Solat Hajat Merdeka


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, kenyang makan lemang, ketupat dan segala jenis kuih muih raya. Huhuhu. Konfem berat naik mendadak. Huhuhu lagi.. Hari ni 31 Ogos 2011. Setiap tahun pada tarikh ini kita akan menyambut Hari Kemerdekaan bagi memperingati perjuangan pejuang terdahulu yang menuntut kemerdekaan bagi kemakmuran Malaysia. 


Selalu bila nak sambut merdeka mesti kena ada konsert-konsert kan. Tak paham la MO. Kenapa tak digantikan konsert-konsert tu dengan solat hajat perdana ke, dapat pahala disamping mendoakan kesejahteraan negara kita sampai akhir usia.

MO kata : Tahun ni kita merayakan Aidilfitri pada 30 Ogos dan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos. Percaturan yang maha hebat, sebab tahun ni takdak konsert kan. Hihi. Bukan apa, bila ada konsert ada percampuran antara lelaki dan perempuan, dan boleh kena raba macam kes ini. 

Sekian Wassalam.

Pendedahan Eksklusif-Siapa Sebenarnya Sitt Al Wuzara

Assalamualaikum dan salam Sejahtera.

Hari ni hari raya, semua Umat Islam meraikan hari bersejarah ni, tapi tahukah anda bahawa ada kekecohan yang berlaku mengenai isu murtad dan kes makcik Sitt Al Wuzara???

Kalu rasa nak tau lebih banyak pasal ni cuma klik page ini. Didedahkan sedikit demi sedikit mengenai siapa dalang di sebalik penubuhan blog yang menghina Islam tersebut. MO nak cakap lebih-lebih pon tak berani, takut tersalah fakta. Cuma MO ikuti perkembangan pages ni, godek satu-satu sebab MO pon baru jumpa pages ni.

Apa kata korang klik dan baca sendiri serta nilaikan dan tolong report untuk blok pages AMS. 

MO kata : Semoga Umat Islam semuanya bersatu. Ameen


Sekian Wassalam.