Menerima Dengan Seadanya


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada suatu petang yang hening (ayat macam nak mula bercerita kan), MO tengah sagat jagung nak buat coq jagung (jemput-jemput jagung), mama MO pulak tengah gubah bunga dari guni bawang (kraf tangan) masa tu kat dapur. Mama tanya, kat mana nak letak pasu bunga tu nanti, nak ubah kedudukan sedia ada. MO cakaplah, "letak je lah kat luaq rumah. Rumah kita jugak". Mama kata, "satgi mai anak jiran tu tangan dok tak diam habis bunga mama". Erkkk. MO pon jawablah, "alah, haippp la sikit kat anak orang tu". Mama kata lagi, "mama tak suka nak marah anak orang depan mak dia, mesti mak dia terasa sama macam mama pun tak suka orang marah anak mama. Jahat macam mana pon anak. Kenalah terima jugak".

Gambar Hiasan.

Hurmmmm. Ya, kita kena terima seadanya kan. Mana boleh nak tukaq-tukaq kan. Darah daging kita kan. Kadang-kadang kita selalu memilih, kita cuma nak yang indah-indah saja dalam hidup kita. Kalau boleh tak mau ada kekurangan langsung. Semua nak perfect. Kalau dapat anak yang kurang sempurna, rasa macam nak tinggal-tinggalkan je. Tapi MO respek sangat la dekat ibu dan bapa yang ada anak istimewa yang mencurahkan sepenuh kasih sayang pada anak mereka. 

MO amik minor Pendidikan Khas, jadi sedikit sebanyak MO belajar jugak macam mana nak tangani budak-budak istimewa ni. Tapi MO sendiri masih ragu-ragu dengan diri MO jika MO diuji begitu. Tabiklah kat ibu-ibu, bapa-bapa yang sangat setia menguruskan anak mereka dari bayi sampai besar. Kadang-kadang rasa nak menitis air mata. Serius, sangat tabah mereka yang ada anak macam ni.

Sama jugak dalam hal memilih pasangan hidup. Mana mungkin kita mahukan pasangan yang tottaly serupa dengan keinginan kita. Kita tak suka orang marah-marah kita, kita tak suka kena marah dan kita jugak tak suka nak marah orang. Tapi jika ketentuannya pasangan kita adalah orang yang hot tempered, kenalah terima jugak. Tapi si hot tempered jugak boleh berubah mengatasi rasa cepat amarah. Ada banyak teknik sekarang ni. Mahu atau tidak mahu saja.

Atau si wanita tak suka lelaki yang merokok, tetapi pasangannya merokoklah pulak. Habis nak buat macam mana tu? Takkan nak putuskan perhubungan tu? Lelaki tersebut hanya diketahui merokok setelah setahun berkawan. Ya la, selama berjumpa si lelaki tak pernah merokok depan tunangnya (kisah benar). Dah nak kawen takkan nak putuskan macam tu saja kan. Sebab tu penerimaan harus dengan redha. Perubahan boleh dilakukan sedikit demi sedikit.

MO kata : Terimalah seadanya. Kita berhak memohon dan berdoa untuk mendapat sesuatu yang lebih baik daripada Allah swt tapi kita tak berhak nak menolak sesuatu yang Allah dah berikan pada kita. Terimalah dengan redha. Dan kita jugak tidak berhak untuk memarahi atau apa saja jika sesuatu kesayangan kita diambil balik dari kita kerana semuanya hanyalah pinjaman saja. Tiada sesuatu di dunia ini adalah milik kita. Wallahualam.

Sekian Wassalam.

4 Pesanan:

udin said... [Reply]

hurmmmm.. tiada yg perfect dlm dunia ni.. terpulang sama ada boleh terima atau tak.. masing2 ada akal.. boleh fikir mana baik mana buruk.. bagi sy sbg cth yg MO bagi.. if tmn lelaki perokok.. tak kan nak clash mcm tu ja.. mana tau kot lepas kawen dia berenti ka.. sy ckp ni berdasarkan pengalam member2.. so kesimpulannya jgn cpt wat keputusan melulu.. kang menyesal tak sudah.. sokong MO terima lah seadanya.. hehehe.. ;)

aniki said... [Reply]

sokong..kalau asyik nak rasa manis ja nanti bila orang tanya masin tu rasa lagu mana,kita tak tau nak jawab plak..cayala...

Qaseh dalia adelia said... [Reply]

yup terima seadanya tu lagi baik .. sebab hati pun akan tenang ..

xde sape yg sempurna pasti punya kekurangan

Halawatul_Insyirah said... [Reply]

Setiap manusia ada positif negatif. Sebab tu manusia ni hidup saling memerlukan untuk saling melengkapi. Semua manusia tak sempurna, dan dengan adanya orang d sekeliling kita, untuk menyempurnakan kita.