Berhati-hati dalam berkata.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

"Berhati-hati dalam berkata. Kamu tak tahu masalah yg tengah dihadapi seseorang. Hal kecil darimu mungkin bisa sangat menyakitinya." 

Ayat tu tadi ternampak di twitter. Hurmm. Ya kadang-kadang benar sekali pepatah tersebut. Kita kan tak tahu apa yang terbuku dalam hati manusia lain. Disebabkan perkara yang kecil mungkin menyebabkan salah faham yang membuatkan dua manusia tidak bertegur sapa kerana terasa hati. Tapi itulah lumrah dunia.

Jadi kena jaga pertuturan selalu kan. Ya saya akan sentiasa belajar dan mengingatkan diri untuk menjaga pertuturan dan perlakuan tambah-tambah sebagai staff baru. Banyak mata yang memandang apa saja yang kita lakukan. 

Pagi tadi department kami mengadakan gotong-royong membersihkan stor dan membuang semua skrip-skrip peperiksaan lama. Sempat jugaklah MO berkenalan dengan beberapa rakan sekerja yang lain. Esok pulak diadakan portluck jam 10 pagi untuk department kami dan tengah hari pulak dijemput makan tengah hari di rumah salah seorang staff. Alhamdulillah Rezeki. 

Apa yang MO nak bawak esok ya?? Semestinya Kek Lapis. :-) InsyaAllah..

Ada satu berita yang mungkin baik dan mungkin tidak baik. MO dipindahkan office. Waaaaaa. Tempat baru MO adalah berdepan dengan bilik Boss department MO. Aduhaiii. So lepas ni memang tak boleh nak mengelat selalu la mengonlinekan diri. Kena lebih banyak study la lepas ni kan. 

Bagus jugak macam tu so, MO tak dak la nak lagha sangat dan boleh siapkan nota-nota untuk lecture bagi semester depan. 

Semoga Allah berikan kekuatan dan kesihatan yang baik. Ameen. 

MO kata : Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Jangan sesekali menyalahkan Allah. Kerana Allah mengetahui sesuatu yang tidak kita ketahui. Positif selalu. :-)

Sekian Wassalam.


14 Pesanan:

JIJI YU said... [Reply]

engko pon geng kek lapis gak ek

Nuur mutiara said... [Reply]

Emm betul gak kan.. tingginya ilmu seseorang tu terletak pada kata-katanya..nice MO :)

aniki said... [Reply]

kerja leklok naa..

Kumbang Jingga said... [Reply]

sedapnya kek lapis...

Gen2Merah said... [Reply]

betul tu MO.. berhati2 dlam berkata2... wah, cikgu dah semakin rajin d sekolah tu yaa.. tahniah.. all the best

@wexkedah said... [Reply]

betoi tu


kadang2 kami terbabas juga

walaupun perkataan tu baik ja tp kadang2 pada masa yang salah diucapkan

pastu rasa menyesal tak sudah

hu~~~



akak..ceq rindu..=(

puteri rimba said... [Reply]

betul tu...kerna mulut badan binasa

Muslimah Optimis said... [Reply]

@JIJI YU hahaha.. ko taknak jadi geng lapis ke ostad

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Nuur mutiara ya tepat sekali

Muslimah Optimis said... [Reply]

@aniki insyaAllah

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Kumbang Jingga nak rasa meh la rumah

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Gen2Merah hehehe.. kena lah jadi rajin kan kalo nak dapat staf cemerlang.. hehe

Mohamadazhan.com said... [Reply]

mencuba utk menjaga lidah sebaiknya =)

aDisH.sHidA said... [Reply]

bila akak nak merasa kek lapis aima nie.....

hehehhee lepas nie kena hti2 la kan nak on9....