"Status Saya Sebagai Suri Rumah dan Hutang PTPTN".


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Cuti 3 hari, apa faedah yang kita dapat daripada cuti ni??? 

Cuti dah nak habis, esok dah kena memulakan kerja semula dan minggu depan cuti lagi. Cuti, cuti dan cuti. Kenapa manusia perlukan cuti? Sebab manusia ni makhluk. Tak sempurna. Badan perlukan rehat. Otak perlukan rehat. :-)


Perkongsian kali ni berkenaan dengan "Status Saya Sebagai Suri Rumah dan Hutang PTPTN".


Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?

Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor : Halimah pula?

Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?

Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??

Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??

Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?

Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?

Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Halimah buat?

Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.


Dialog di atas MO jumpa di FB dan MO kongsikan di wall suatu ketika dahulu. Geram sebenarnya pada Encik Zainal tu. Kalau dapat, nak lenyek-lenyek ja muka dia dengan tayar trektar.

Lepas tu tadi saja masuk blog Solihin Zubir baca pasal kisah Lisa Surihana dan Yasri nak berkahwin , kemudian ternampak link blog beliau yang satu lagi Suri Rumah : Bekerja atau Tidak Bekerja. 

Sebenarnya MO tertarik nak berkongsi komen di bawah ini yang ditinggalkan di ruanga komen entry Suri Rumah : Bekerja atau Tidak Bekerja.

Saya seorang guru. Kadang2 org bertanya, "Isteri bekerja ke?" Saya jawab,"Ya, kat rumah". Kalau soalan, "Isteri guru juga ke?". Saya kata"Ya, mengajar anak2 di rumah". Sebenarnya kerja2 yg dilakukan oleh isteri kat rumah lebih banyak dari yg dibuat oleh sisuami di luar. Kasihan kpd para isteri yg terpaksa melakukan dua kerja (di luar dan di rumah). Para suami bila di rumah, asyik berehat saja, manakala siisteri macam lipas kudung.
Ha, dengar tu para suami dan akal suami sekalian. Contohi sikap pengkomen tersebut.

Sini suka untuk MO kogsikan TOPI YANG DIPAKAI atau PERANAN yang dimainkan oleh suri rumah.

1. Penyanyi = Kita dilahirkan dah didodoi dengan selawat-selawat dan lagu-lagu yang tidak lagha tapi menghiburkan.

2. Perancang Pemakanan = Merangka makanan yang berkhasiat dan bernutrisi untuk sekeluarga, walaupun masakannya tak setanding dengan makanan-makanan di kedai yang dah diadun pelbagai perasa.

3. Interior Designer = Mengatur hiasan di dalam rumah bagi menepati konsep ‘Rumahku Syurgaku’.

4. Perancang Kewangan = Menjadi penasihat terbaik buat suami, bagaimana menuruskan perbelanjaan rumah tangga, sebab kebiasaannya, suami kurang arif mengatur kewangan sendiri. ;)

5. Doktor = Dialah doktor kita kalau kita sakit. Sibuk menguruskan ubat-ubat yang perlu untuk kita.

6. Nurse = Menjadi peneman setia sakit kita. Pantang merengek siket, terus dia terjaga untuk memenuhi keperluan kita.

7. Ustazah = Dia yang mengajar kita mengenal huruf-huruf Al-quran, mengajar kita ilmu agama, bercerita kepada kita kisah para anbiya’ sebagai tauladan dan panduan kepada sedari kita masih kecil, agar cerita tersebut mampu dijadikan panduan hidup.

8. Cikgu = Dia dengan sabar mengajar kita dari kecil mengenal huruf dan angka, menghafal sifir, menunjuk ajar pelajaran semampunya.

9. Gardener atau Tukang Kebun = Dia yang banyak tanam bunga, siap ada reka bentuk susunan bunga-bunga yang ditanam lagi.

10. Farmer = Dia yang berbakti pada tanah, sekurang-kurangnya lepaslah nak makan sekeluarga, kurangkan belanja dapur. Perancang ekonomi yang sangat pintar!

11. Tailor = Jahit baju anak-anak dan baju suami yang koyak sendiri. Yang tau jahit fesyen-fesyen, mabruk!

12. Hakim =  Kalo anak-anaknya gaduh, dialah yang akan dengar masalah yang sebab mereka bergaduh. Haaaa dah habis semua mengadu, semua dapat ‘penalti’ yang sama.

13. Model Eksklusif = Penampilannya menjadi panduan, bagaimana penampilannya apabila berada di rumah, bersama ahli keluarga, bersama suami, keluar daripada rumah. Pakaian mereka akan menjadi ikutan anak-anak kelak, kerana anak-anak ini cara pembelajarannya bukan lebih kepada mendengar arahan, tetapi mereka akan mencontohi teladan yang dipersembahkan oleh kedua ibu bapa mereka.


Saya berbangga ibu saya seorang suri rumah yang bekerjaya untuk membantu suaminya yakni Abah saya. Saya juga seorang suri rumah yang bekerjaya. InsyaAllah. 

Apa kaitan pula Suri Rumah dengan Hutang PTPTN??

Tak ada apa kaitan pun. Cumanya MO tertarik dengan kata-kata Nur Lina Jamal yang mahu hantaran belanja kahwinnya nanti cukuplah sekadar suaminya melunaskan pinjaman PTPTN beliau.. Hehehehe.. Alangkah bagusnya kalau begitu kan.

MO kata : Banyak benda perlu dilunaskan dalam desakan waktu yang terhad. Bak kata Imam Hassan AL-Banna "Urusan yang mengejarmu lebih banyak daripada masa yang kamu ada".

Sekian Wassalam. 

9 Pesanan:

hana said... [Reply]

rasa nk lenyek juga en zainal...
isteri nye keja la tu..
len r duk umah x wat pe2..
haish...

aimie amalina said... [Reply]

hehehe
unik gak tang ptptn tu
heheh
suri rumah adalah mutitaskerr terhebat :)

Cik Wa @ Azwaty Mohd Azmi said... [Reply]

Salam... Menarik susunan tugas surirumah di atas.. sama seperti saya.. cukuplah jika sehari isteri tiada di rumah.

pengemis Cinta~ said... [Reply]

hebatnyer seorang surirumah ;) mymama pun suri rumah..

Mohamadazhan.com said... [Reply]

benar..tugas isteri lebih berat dan luas...=)

H Y D E said... [Reply]

:)

terbakor said... [Reply]

Itu lah cabaran seorang isteri.. jadi suami kene faham keadaan isteri..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [Reply]

salam MO..sis dah 3 hari batuk teruk.tp tak dpt mkn ubat.surirumah sepenuh masa tak blh mkn ubat sbb ubat mengantukkan.nnt siapa nak urus semua keperluan?kadangkala ingin bercuti walau sehari.cuti..berehat!selalu fikir mcm tu, tapi tergelak sendiri,]..tak sanggup pun tak sentuh anak2, tak msk utk suami dan tak mop lantai walau sehari..hihi.penat?mmg penat.amat penat.tapi sgt puas melakukan semuanya demi insan tersayang,alhamdulillah

Muhammad Amir said... [Reply]

like2.. ^_^