Allah. Kuatkanlah Hati Hamba-MU ini.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dah lama sangat tak mencoret sesuatu di Laman Muslimah Optimis. Bukan kerana merajuk membawa diri tetapi kerana kekangan masa.

Ya Allah. Kuatkanlah Hati hamba-Mu ini. Bukan mahu merungut kerja banyak tetapi berdoa supaya sentiasa dikuatkan hati ini. 

29 hari di bulan Februari tidak terasa langsung berlalu hari-harinya. 

Dari awal bulan Januari hingga ke saat ini, rasanya tidak putus-putus kerja. Lepas satu-satu perlu diselesaikan. Pengalaman ini memang sangat beharga walaupun kadang-kala sakit untuk menempuhnya.

Apa pun MO sentiasa mendoakan semoga dikuatkan diri untuk menempuh segala dugaan ini.

Kadang-kala kita berdoa untuk KUAT dan DUGAAN itu datang bertimpa-timpa ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

Kadang-kala kita meminta untuk BAHAGIA tapi MUSIBAH pula menjadi peneman hidup.

Tapi setiap yang berlaku itu berlaku pasti berlaku dengan HIKMAH

Tanpa kita sedari DUGAAN itu menjadikan kita semakin KUAT.

MUSIBAH pula menjadikan kita semakin TABAH menghadapi ujian hidup kerana di penghujung jalan ini pasti ada BAHAGIA yang menanti. 

Dan akhirnya  KEBAHAGIAAN itu pasti lebih manis dirasanya. 

MO kata : Kerja dunia ni memang tak pernah habis. Semoga baik-baik sahaja semuanya. 

MO kata lagi : Tahniah kepada Kak Suji dan Leng yang akan menamatkan zaman solo bulan ini. Jeles pulak tengok seorang demi seorang teman seperjuangan meninggalkan zaman solo. Untuk pujuk hati, masa kamu juga akan tiba MO. Sabar dan terus sabar menanti. Hadapi dengan senyuman. :-)

Sekian Wassalam. 

9 Pesanan:

Sunah Sakura said... [Reply]

insya'Allah setelah kesulitan ada kemudahan...doa sama2 yukk... :)

Miss Pija said... [Reply]

Betul tu, kerja dunia, tak pernah nak habis.

ps: MO, saya pun rasa apa yang awak rasa. Jangan risau. Masa itu pasti tiba =)

Lydia Miza said... [Reply]

sama2 kita berdoa agar semuanya lancar spt yg dirancang ye aima

Kira Sakura said... [Reply]

Allah tak kan menguji klu kita x mampu kan... :)

aindzaya said... [Reply]

lama tak mlawat MO...hadapi hidup nie dgn senyuman..setiap pe yg diciptakan ALLAH ada hikmahnya..jgn bersedih ye MO...hidup kene cheer up! n jgn pernah risau tentang kehidupan kita kerana ALLAH telah aturkan semuanya yg terbaik untuk kita..hanya kita yg kene bijak mengatur langkah.

"Jadi draftsman cita cita sejak azali.".

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Sunah Sakura

surah al-Insyirah

Muslimah Optimis said... [Reply]

@FiZ


yep.. setiap hari ada kerja baru.. nanti fiz nikah jangan lupa jemput ye

Muslimah Optimis said... [Reply]

@kiera'sakura

Allah menguji semampunya HambaNya. InsyaAllah mampu menempuh semuanya

Muslimah Optimis said... [Reply]

@ain dzaya

terima kasih ain.. InsyaAllah.. moga itu adalah yang terbaik buat kita..ameen