Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Lama MO tak menulis artikel kan. Seorang
sahabat alam maya menghubungi MO dan meminta MO menulis “Kenapa Allah menemukan
kita dengan orang yang salah?”. MO kata, dah ramai yang mengupas mengenai isu
ini, cari saja di Google. Tapi katanya dia mahu kongsikan kisah hidupnya yang
berjumpa dengan orang yang salah sehingga dia terasa jauh dari Allah. Katanya
dia terlalu sakit menghadapi perpisahan ini sedangkan dia yang meminta
perpisahan itu berlaku. Jawapan yang diberi, berpisah kerana Allah. Alhamdulillah, Allah menghantar dia untuk MO menulis semula kan. :-)
Maaf, disebabkan sudah lama tidak menulis, artikel ini sangat panjang. Jika rasa tak mampu nak habiskan dalam tempoh sehari. Ambillah lebih masa untuk menghabiskan bacaan. :-)
Adakah sekarang ni musim putus cinta?
Ada beberapa kenalan MO yang mengalami situasi ini.
Situasi 1 :
Amer dan Ameera sudah merancang untuk
bertunang Syawal nanti tetapi putus akhirnya. Situasi berlaku ketika Amer ke
tandas tetapi dia meninggalkan telefon bimbit dan walletnya di atas meja makan.
Ameera mungkin dengan sifat ingin tahu membuak-buak dengan tanpa sedar (mungkin
fikiran dikuasai kerana terlalu ingin mengetahui apakah isi kandungannya) telah
membuka wallet Amer. Tanpa diduga, sehelai resit yang menjadi penyebab mereka
berpisah kerana sehelai resit itu ada kaitan dengan Ziela. Setelah disiasat, Ameera
mendapati Amer memang mempunyai hubungan
dengan Ziela. Curangkah?? Lelaki memang tak cukup dengan seorang perempuankah??
Kalau hanya sekadar kawan biasa tak mengapa tapi kalau lebih dari biasa macam
mana pulak. L
Manusia menyoal kenapa, kenapa dan
kenapa?
Kenapa ini berlaku?
Kenapa itu berlaku?
Semua yang berlaku itu ada hikmahnya
kerana Allah menjadikan sesuatu itu tentu sekali tanpa sia-sia.
Situasi 2 :
Hakimi yang sedang bercinta dengan Emelda.
Emelda cemburu habis la kat Hakimi ni sebab Hakimi ni tersangat ramai kawan tak
kira lelaki dan perempuan. Hakimi ni pula suka sangat bersama kawan-kawannya
(keluar makan sembang-sembang dan lepak-lepak). Tapi Emelda tak boleh terima, Emelda
tak mahu nak memahami Hakimi. Padahal Hakimi sangat mencintai Emelda sepenuh
hati. Walaupun banyak kata-kata Emelda yang menyakitkan hati Hakimi tetapi Hakimi
tetap sabar. Hakimi terkenal dengan sifat panas barannya. Sewaktu dia marah,
memang sakit hati jugak dengar perkataan-perkataan yang keluar dari mulutnya. Tetapi dengan Emelda, dia boleh cukup sabar. Dia
bertanya, kenapa Allah menguji begini?
Hikmahnya, dia menjadi penyabar. Sabar
dengan kata-kata hinaan dan cacian. Hatinya tidak mudah panas dan melenting.
Allah itu HEBAT kan. Allah itu ingin mendidik manusia dari pengalaman hidup
kan. Sebab itu dikatakan “pengalaman itu guru paling beharga”.
Situasi 3 :
Shakira (bukan nama sebenar) seorang
gadis yang sangat materialistik. Dia pernah berimpian sejak zaman sekolahnya,
jika dia mahu berkahwin nanti dia mahukan pasangan yang sudah ada kerja tetap,
sudah ada kereta dan sudah ada rumah. Tak kaya tak mengapa asalkan dah ada
semua tu. Tetapi Shakira ditemukan dengan Airil yang berasal dari sebuah
kampung terpencil. Hatta Airil tidak mempunyai lesen kereta, kereta lagilah tak
ada. Rumah apatah lagi. Tetapi Shakira sangat ikhlas menerima Airil sebagai
pasangan hidupnya dan mereka telah berjanji untuk menikah. Keluarga pun sudah
mengetahui dan merestui. Hubungan ini telah menghilangkan sifat materialistik Shakira. Sehinggakan Shakira terfikir, kenapa dia
boleh menerima Airil yang tiada apa-apa itu? Jawapannya adalah Allah. Allah
yang menakdirkan. Allah HEBAT kan, Dia ingin Shakira menjadi gadis sederhana
yang tidak memandang harta untuk meneruskan hidup. Walaupun perpisahan terjadi,
sifat materialistik Shakira telah hilang. Cuma yang menjadi pengharapannya kini,
seorang lelaki yang boleh membimbingnya kejalan Allah.
Hari ini kita beharta, siapa tahu esok
lusa kita kehilangan segala-galanya. Musibah kebakaran atau dirompak. Kita tak
tahu apa yang akan berlaku hatta seminit dari sekarang. (Sila rujuk artikel RISIKO). Mungkin hari ini si miskin
papa kedana, tetapi dengan usaha dan doa pada masa hadapan dia seorang jutawan.
Allah yang menakdirkan bukan. Tetapi syaratnya MANUSIA WAJIB BERUSAHA. Rezeki tak datang bergolek mahupun melayang
bak peribahasa, “Yang bulat tak datang bergolek dan yang pipih tak datang
melayang”.
Situasi 4 :
Naziha sudah sangat layak untuk
bernikah. Umurnya awal 30-an. Cantik, sangat pandai memasak, bukan sahaja
memasak dalam kuantiti yang sedikit malah masak untuk jamuan pun boleh. Kagum. Rakan-rakan
seusianya sudah mempunyai anak-anak. Bukan dia tidak ada calon. Tetapi Adam
terpaksa bekerja di luar negeri. Hubungan mereka sudah menginjak 5 tahun. Tetapi
Adam tidak pernah memberi kata putus untuk menikahi dalam masa terdekat. Adam
pernah berkata, jika ada lelaki lain masuk meminang, terimalah. Naziha
meredhai. Bukan tak ada orang yang berkenan pada Naziha, ramai yang berkenan
nak dijadikan menantu tetapi Naziha pula tidak berkenan. Dia juga pernah
melalui fasa percintaan sebelum ini tetapi bukan jodoh dan hubungan itu
terputus. Adakah dia dipertemukan dengan orang yang salah? Tentu sekali tidak.
Orang yang ditemui sebelum ini adalah pengalaman hidup yang beharga. Dalam
tempoh usianya sekarang, dia sudah memiliki perniagaan sendiri, mengambil
tempahan itu dan ini. Rezekinya bertambah murah. Rakannya bertambah ramai. Allah
mengurangkan bahagian ini dan melebihkan bahagian itu. Allah itu maha adil.
Allah mengetahui sesuatu yang kita
tidak tahu. Kadang-kadang kita bertanya, kenapa kita belum dipertemukan dengan
pasangan yang sesuai, jodoh yang telah ditetapkan dari usia kandungan 120 hari.
Kita juga menyoal, kenapa kita masih belum dikurniakan anak sedangkan sudah
bernikah 10 tahun, malah ada yang berbelas tahun. Allah ada jawapan yang kita
tidak tahu. Mungkin saja kita belum bersedia sepenuhnya walaupun pada
hakikatnya kita merasakan kita sudah bersedia untuk untuk bernikah atau
memiliki cahaya mata. Kita merasakan kita sudah bersedia memikul tanggungjawab
yang berat. Tetapi mungkin Allah lambatkan jodoh kita, Allah lambatkan zuriat
kita kerana Allah ingin memberi peluang yang belum bernikah untuk membantu
keluarganya terlebih dahulu. Allah memberi peluang kepada pasangan yang belum
dikurniakan cahaya mata untuk terus menikmati alam bulan madu. Positif, positif
dan positif dan semestinya kita WAJIB
berusaha dan berdoa.
Situasi 5 :
Adira bekas pelajar sekolah agama. Seorang
yang solehah. Sentiasa menjaga hubungan dengan lelaki. Boleh dikatakan tiada
kawan lelaki. Pernah menjalani proses taaruf untuk membina baitul muslim tetapi
lelaki yang ditaaruf kali pertama itu bukan jodohnya. Tanpa diduga Adira bertemu
dengan seorang lelaki di laman sosial. Mereka berhubungan dengan rapat,
kadang-kadang berchatting berjam-jam lamanya. Berkongsi segala suka dan duka.
Ammar berjaya membuat Adira ketawa, berjaya membuat Adira yang pada asalnya berfikiran
negatif menjadi positif. Ammar selalu memberikan semangat dan pendapat yang
sangat bernas. Adira jatuh hati, jatuh sayang pada Ammar. Adira semakin berani
meluahkan rasa sayang tetapi tidak di pihak Ammar. Kata Ammar belum masanya
untuk mereka memikirkan soal cinta. Selama Adira berhubungan dengan Ammar, dia
merasakan dirinya semakin jauh dengan Allah. Selalu teringatkan Ammar padahal
tak pernah bertemu rupa, hanya alam maya menjadi medium perhubungan. Masanya untuk
mengaji telah berkurang, masanya bersama Allah juga terasa lebih sedikit
berbanding bersama Ammar. Tetapi dikala Ammar mengajak Adira “couple”, hati
Adira terasa kosong sedangkan itulah saat yang dinantikan. Adira memilih
Allah kerana dia yakin keputusan yang di buat itu tepat kerana hubungannya
dengan Allah semakin jauh. Begitu juga dengan perwatakannya, berubah jauh
kearah keburukkan dan bukannya kebaikan. Walaupun sayang dan cintanya terhadap
Ammar kuat namun itu harus diketepikan. Adira yakin, hadirnya Ammar dalam
hidupnya sebagai satu ujian, untuk melihat sejauh mana cintanya terhadap Ilahi
dan cintanya terhadap manusia. Adira kini lebih tenang menjalani hidupnya
sekarang walaupun ada kalanya kisah semalam menghantuinya, memori itu
mengejarnya dan kenangan pahit itu terlalu sukar untuk dilupakan. Adira
memerlukan masa untuk melupakan segalanya. Semoga Allah bersama-sama dengannya
dalam meraih semula cintaNYA dan juga mengampuni segala dosanya di saat dia
terleka ketika mencari cinta manusia. Adira sedih dan terluka kerana tidak
berupaya meraih cinta manusia yang inginkan cinta Allah bersama-samanya. Adira
terkilan kerana telah melanggar prinsip hidupnya di mana tidak mencari cinta
sebelum nikah. Namun bagi Adira kini, dia berpegang kata-kata carilah cinta
Ilahi dan pasti Allah akan menghadiahkan cinta manusia. Adira tetap dengan
pendiriannya, biarlah dia kehilangan seseorang kerana Allah daripada kehilangan
Allah kerana seseorang.
Kenapa Allah menguji begini? Kenapa
Allah menemukan kita dengan orang yang boleh melalaikan kita? Adakah salah pertemuan
itu? Allah ingin melihat sejauh mana tahap keimanan kita. Yang baik agamanya
diuji lebih hebat, dihantar iblis yang lebih kuat untuk memujuk dan menghasut. Allah
menguji sebab Allah ingin memberi didikan. Adira menjadi lebih positif selepas
mengenali Ammar walaupun dia terleka sebentar dengan dunia tanpa sempadan. Allah
menjadikan sesuatu itu pasti bersebab kan.
Situasi 6 :
Saidatul Nafisa pernah bertunang
dengan Syukri tetapi Syukri mempunyai hubungan dengan Atiqah. Saidatul Nafisa
bukanlah seorang wanita yang suka menuduh tanpa usul periksa. Dia menyiasat dan
dengan berani pergi bertemu dengan Atiqah. Atiqah mengaku tetapi Syukri tidak
mahu mengaku dan akhirnya dia mengambil keputusan untuk memutuskan perhubungan.
Tambahan pula Syukri seorang lelaki yang panas baran. Saidatul Nafisa bertemu
pula dengan Firdaus. Tetapi hubungannya bersama Firdaus tidak mendapat restu
keluarga Firdaus. Sekali lagi hubungan terputus. Salahnya dia sebelum ini
kerana menerima Syukri dan Firdaus tanpa melakukan Istikharah. Kemudian, Hamka
seorang lelaki soleh datang dalam hidupnya. Tetapi dia tidak mahu tersilap
langkah lagi, menerima lelaki tanpa Istikharah. Untuk menerima Hamka dalam
hidupnya dia melakukan Isthikarah selama sebulan setiap kali sepeas solat Isyak.
Alhamdulillah, mereka sudah hampir ke majlis pernikahan. Persediaan sedang
dilakukan.
Kenapa Allah pertemukan Saidatul
Nafisa dengan Syukri dan Firdaus sebelum ini? Kenapa tidak dipertemukan terus
dengan Hamka? Allah mahu Saidatul Nafisa meletakkan Allah sebagai yang utama
dalam melakukan keputusan. Jika sebelum
ini dia membuat pilihan berdasarkan kata hatinya tetapi setelah pertemuan
dengan dua orang lelaki sebelum Hamka, Saidatul Nafisa kini lebih menghargai
Hamka dan dia juga meletakkan Allah sebagai yang utama. Cintai Allah kemudian
baharu mencintai manusia.
Adakah kita dipertemukan dengan orang
yang salah? Tidak ada salahnya pertemuan itu, cuma pertemuan itu bukanlah
pertemuan dengan jodoh kita. Kita ditemukan dengan orang yang betul pada masa
itu. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan bukan sama ada perpisahan hidup
mahupun mati. Cuba fikirkan dah berapa ramai insan yang datang dan pergi dalam
hidup kita?
Jangan pernah menyalahkan takdir atas
setiap pertemuan yang berlaku.
Allah uji sebab Allah sayang,
Allah uji sebab nak mendidik,
Allah uji sebab nak menguatkan hati hamba-hambaNya,
Allah uji sebab nak mendekatkan diri kita kepadaNya.
-MO-
MO kata : Nama-nama watak diambil dari
drama-drama TV. Cari sendirilah cerita apa. MO pun jarang tengok TV. Jenuh
google nak cari nama-nama watak. Huhuhu.
MO kata lagi : Situasi-situasi di atas
adalah kisah benar yang berlaku di sekeliling MO. Tuan badan dah bagi izin
untuk MO kongsikan di sini untuk dijadikan teladan dan pengajaran.
Sekian Wassalam.
22 Pesanan:
salam...mintak izin nk copy ayat nih
Jangan pernah menyalahkan takdir atas setiap pertemuan yang berlaku.
Allah uji sebab Allah sayang,
Allah uji sebab nak mendidik,
Allah uji sebab nak menguatkan hati hamba-hambaNya,
Allah uji sebab nak mendekatkan diri kita kepadaNya.
-MO-
ayat tuh buat sy terpk... izinkn sy
tq
Sedihnya, serasa ada pengalaman hidup kwn2 ni sm dgn kisah hidup sy... knp Allah menemukan kita dgn org yg salah?? satu artikel yg bgus, ada unsur pengajaran di sebalik pengalaman hidup kwn2 yg lain... TAHNIAH MO
Tanpa pertemuan, pasti xkn berlaku perpisahan itu... jgn di salahkan pertemuan, jgn di salahkan takdir krn Allah tidak akan memberi sesuatu itu dgn sia2 kecuali kita mengambil pengajaran drpdnya...
Semoga Allah memberi peluang kpd kita utk saling memaafkan.. usah di fikir pd dendam & perasaan sakit hati..hidup terlalu singkat utk dipersiakan dgn perkara2 yg xsepatutnya..
Rebutla cinta ALLAH, nescaya ALLAH akan hadirkan seorg peneman hidup yg saling melengkapi kekurangan n kelebihan kita... Semoga ALLAH mempermudahkan urusan jodoh itu bg mereka2 yg masih menunggu pasangan.. percaturan ALLAH terlalu hebat utk dipertikaikan, redhalah atas semua yg berlaku..
Wallahualam...
MO jugak la....tatau nak komen apa tp terima kasih atas perkongsian ini...
tanajt gegirl tgk ada nama shakira bukan nama sebenar..hihihi.. thanks MO atas perkongsian.. #NakMOJugak :p
akak ! hehe ^^
belajar kan :) asif jiddan sy x dpt bace semua..nanti ade rezeki sy bace semula..
selamat berpuasa kak aima
@NugRuL SakuRa
silakan copy jika berminat.. :-) sama2 kongsikan untuk manfaat bersama..
@Muslimah Sejati
sebab tu ada lagu pertemuan dan perpisahan kan, selalu dok nyanyi masa zaman sekolah dulu.. Allah menjadikan sesuatu itu tanpa sis2.. manusialah yang perlu bijak untuk merancang hidup ke arah yang lebih positif
terbaik kak
suke bab ni
ehem3
@kiera'sakura
dan @adish shida
sama-sama
@atin hu-ha ye atin.. :-)
@Bulan Syurga Firdausi
belajar dari pengalaman.. hehe.. terlalu panjang sampai xterbaca kan..
@Nur Sakura
selamat berpuasa dayah.. lama xjumpa,, rindu
lama tak baca entry MO..bz r lani tu yang tak dan nak blogging..haha..apa2 pn MO memang terbaik..hahaha
alhamdulillah ana dah habis bace :) syukran..yaAllah...bijaksanakan Allah..
terima kasih MO.....^^
@Iffah Afeefah
ehem ehem je pandai ek iffah.. hehe
@aniki
thax aniki.. sapa ye aniki ni?? sibuk apa tu dik
@Bulan Syurga Firdausi
alhamdulillah.. terima kasih
@Anonymous
sama-sama
Suka sy nk kongsikan kata-kata ini "Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah..."
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik...
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa
mengharapkan pertolongan Allah
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik khas untuk diri kita..
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa Allah Maha Pemurah dan Penyayang
kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang HEBAT untuk kita dan kehidupan kita pada masa hadapan...
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita menjadi manusia yang hebat jiwanya
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tak selamanya kekal
~~...Kembali kepada cinta-NYA adalah lebih baik daripada jatuh ke lembah hina... Moga Allah mengampunkan segala keterlanjuran kita. Aamiin...~~
Post a Comment