Tips Mengatasi Kesedihan

Bismillahirahmanirrahim..
"Kehidupan ibarat secawan kopi. Apa yang terkandung di dalam cawan itu sama ada panas atau suam, pahit atau manis, itulah yang akan menceritakan kehidupan kita".
Kata-kata yang saya jumpai di laman muka buku. Ada benarnya kan. Kehidupan kita terlalu komplikated. Jadi hadapilah hidup ini dengan senyuman walaupun payah. Senyuman itu kan sedekah. Ganjarannya pahala. 

Sedih dan gembira adalah dua perasaan yang ada pada setiap manusia. Semua orang berpeluang merasainya. Tadi, membuka mesej-mesej di FB untuk dipadam mesej-mesej lama, kemudian terjumpa soalan seorang kenalan yang bertanya, bagaimana mahu mengatasi rasa sedih yang bertandang di hati. Soalan ini dah lama. Tahun 2011. Baru sekarang Allah izinkan untuk diberi penjelasan dan perkongsian di Laman Muslimah Optimis.

Apa yang saya kongsikan dengan beliau dalam mesej tersebut adalah "senaman dan riadah". Aktiviti sebegitu sebenarnya mampu untuk merawat kesedihan kita kerana sel-sel badan kita akan menjadi lebih aktif. Bila sel-sel badan aktif maka kesedihan akan hilang sedikit demi sedikit. 

Selain daripada senaman dan riadah, bercuti juga boleh menghilangkan rasa sedih. Luangkan masa untuk bercuti ke mana-mana dengan sahabat handai atau pun ahli keluarga. Ada perbezaanya apabila kita bercuti dengan sahabat handai dan bercuti dengan keluarga. Kedua-duanya pasti akan ada pengalaman menarik.

Allah memberi kesedihan kerana mahu kita ingat padaNya. Bila Allah menduga kita dengan rasa sedih atau rasa sakit itu adalah nikmat yang Allah berikan kerana Allah ingin menghapuskan dosa-dosa lama kita yang tidak kita sedari kita telah melakukan dosa. Dosa ada di mana-mana kan. Kiri kanan depan belakang, mudah sangat nak melakukan dosa. Beruntunglah insan-insan terpilih kerana diuji dengan kesakitan kerana Allah sedang menggugurkan dosa-dosa lama.

Teringat saya pada suatu perbualan dengan seorang kakak. Pada ketika itu kami berbual mengenai harta dan kekayaan. Kata beliau, ada sesetengah orang yang tidak menjaga solat, melakukan kemungkaran tetapi diberi nikmat yang banyak, harta melimpah ruah. Kita dah buat semua yang Allah suruh tapi masih tetap di takuk lama. Beliau sedih dengan kehidupannya yang biasa-biasa sahaja.

Hmmm. Terdiam seketika saya. Saya hanya mampu berkata, Allah menguji dalam pelbagai bentuk. Jika si pelaku kemungkaran masih diberikan nikmat yang melimpah ruah itu mungkin istidraj. Jika si pelaku ibadah masih dalam kehidupan yang biasa-biasa sahaja mungkin Allah mahu dia lebih berusaha. Berdoa sahaja tidak cukup bukan. Usaha mesti diiringi dengan doa. 

MO kata : Bila kita sedih, ingatlah Allah. Allah sentiasa ada.

MO kata lagi : Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Kita tidak tahu apa kesudahan episod hidup kita. Jadi berusahalah dan berdoalah untuk mencapai apa yang kita inginkan. Allah ingin menguji kita dengan pelbagai bentuk ujian yang kadang-kadang langsung kita tidak menjangkakannya. Hadapilah dengan redha. InsyaAllah. Ada jalan keluarnya. 

2 Pesanan:

DYatie ABakar said... [Reply]

sy setuju. senaman dan riadah. tapi kalau tak sempat nak bersenam dalam erti kata sebenar. perbanyakkan solat juga satu senaman. InsyaAllah hati tenang. :)

Penjejak Mimpi said... [Reply]

Tq MO. Artikel yg bgs utk mengingatkan kita yg kdg2 lupa..