Perihal Hati dan Jodoh

Bismillahirahmanirrahim..

Dalam dunia tanpa sempadan hari ini semuanya berada di hujung jari sama ada menggunakan laptop, telefon pintar atau gadget-gadget canggih. 

Setelah sekian lama tidak membuka laptop sendiri sejak bulan syawal yang lepas, akhirnya  bila saya nak buka laptop semula, saya terlupa password laptop. Huhuhu.

Peracangan Allah itu memang sangat hebat. Mungkin Dia mahu saya format semula laptop tersebut memandangkan terlalu banyak kenangan yang tersimpan dalamnya. Dia pasti mahu saya menjadi orang baru pada tahun 1434H ini. 

Lagi 3 hari sahaja 2012 bakal meninggalkan saya dan kamu semua. Yang terjadi biarlah berlalu sepi. Jadikan ia sebagai pengajaran berharga. Lagi 3 hari jugak blog ini tidak akan beroperasi menggunakan url http://ukhwah-dhearty.blogspot.com. Lepas ni, url blog ini akan dipadam. Biar tahun 2013 membuka lembaran baru.

Bercakap soal jodoh, iaitu satu topik yang tidak pernah lapuk dek zaman. Teringat dua kisah yang diceritakan oleh seorang sahabat. 

Jodoh itu memang terlalu misteri. Ada dua kisah yang dia ceritakan kepada saya.

Kisah 1

Zafirah dan Haris bercinta tetapi akhirnya putus di tengah jalan. Kerana rasa cinta yang sangat mendalam, Zafirah mengabadikan tarikh lahir Haris sebagai nombor pin kad ATMnya. Pada saat Zafirah berkahwin dengan suaminya (Zafril),  mereka terpaksa tinggal berjauhan kerana komitmen tugas. Setelah beberapa bulan berkahwin, Zafirah dan suaminya dapat ditukarkan untuk bertugas di daerah yang sama. Gaji pertamanya di tempat baru, tidak dapat dikeluarkan. Kenapa agaknya??? Sebab dia terlupa nombor pin  kad ATM. Itulah kuasa Allah, menghapuskan kenangan lama kerana cinta sejati. Kini mereka telah memiliki seorang cahaya mata yang sangat comel. Jadi usah takut dengan sejarah lama pasangan kita. Berdoalah seikhlasnya, InsyaAllah bantuan Allah akan tiba. 

Kisah 2

Suriati bakal berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya disaat dia baru ditinggalkan kekasih yang dia cintai. Hatinya masih pada kekasih yang telah terputus hubungan. Sehari sebelum tarikh pernikahan dia berasa ragu, bagaimana untuk dia hidup bersama dengan seorang lelaki yang dia tidak cintai? Sedangkan pada beberapa minit sebelum mereka diijabkabulkan, dia masih ragu dengan hatinya kerana tiada langsung walau sekelumit cinta dan kasih untuk bakal suaminya. Namun kuasa Allah, setelah tangan si suami berjabat dengan tangan kadi melafazkan "Aku terima nikahnya", langsung ingatan pada kekasih lamanya hilang. Itulah kuasa Allah. Dan kuasa percintaan selepas nikah.

Doa itu kan senjata orang mukmin. Allah yang berkuasa memakbulkan doa yang kita pohon. Apa pun Allah pasti memberikan kepeluan kita dan bukan kehendak kita. Redhalah.

Sekarang ni tengah hangat orang dok cerita pasal Drama Adam & Hawa, adaptasi dari novel yang ditayangkan di Astro sekarang ni. Tapi rumah saya tak langgan Astro, jadi adik yang tukang download cerita ni. Novel dia dah baca lama dah sejak zaman sekolah menengah rasanya. Sekarang ni layan drama dia pulak (itupun lepas kawan sekerja dok cerita best dan best). Lagi 9 episod akan tamat. 80 Episod semuanya. MO mahu simpulkan dua perkara mengenai drama ini.

1. Adam Mukhriz dan Ain Hawani yang bernikah secara terpaksa (berpisah selama 8 tahun,) tetapi kalau dah jodoh tetap bersatu semula. Sekarang ni  Am dan Ain dah bersatu semula tapi konflik tetap ada. Kadang-kadang jangan percaya dengan apa yang dilihat walaupun melihat dari depan mata sendiri, mungkin ia merupakan salah faham. Selidik dan siasat dahulu. Jangan main hantam kromo je.

2. Konflik cinta tiga segi antara Johan, Ain dan Azie. Sejak zaman universiti Johan cuba memikat Ain untuk dijadikan isteri, (Azie yang jadi orang tengah) namun tetiba Johan terjatuh hati dengan Azie pulak (sahabat baik dan housemate Ain sejak dari zaman universiti sehingga zaman pekerjaan). Part ni memang geram ni. Sorokkan hubungan pulak tu. Tapi jodoh tu kan misteri. Akhirnya Am bahagia dengan Ain dan Johan bahagia dengan Azie (mereka bernikah akhirnya) tapi dalam episod hujung-hujung kot. Lani Azie dan Johan masih dok bercinta lagi ni.

Sekarang ni tengah menonton episod ke 70 part Ain tengah sakit dan perbualan antara Azie dan Am. Kata Azie, "Johan is with me now. Ya, I tahu I mengaku memang dia susah nak lupakan Ain sebab dia terlampau cintakan Ain. Tapi I tak risau, sebab apa, Ain cuma anggap dia sebagai kawan baik. Itu je. Tu yang penting. So, nothing to be afraid off".

Dalam cerita Adam & Hawa ni, watak yang paling saya benci adalah watak Dee. Haihhh geram betul.  Kalau dalam cerita Cinta Itu Milikku pula watak yang paling saya benci adalah watak Dini. Nama pun hampir sama kan. Antagonis sungguh. Nampak sangat saya suka tengok drama kan. Tapi saya dah jarang tengok TV sekarang, tak sempat. Tapi adik download saya tengoklah. Hehehe.

MO kata : Biarkan masa itu datang dan serahkan semuanya pada Allah. Sat-sat tetiba ternampak status seorang jejaka di Muka Bukunya "Ya Allah Ya Tuhanku, jika si dia adalah jodohku seperti mana yang telah tertulis di Luh Mahfuz oleh-Mu, jodohkanlah dan kekalkanlah daku dengannya yang tetap menungguku dengan sabar dan tidak putus asa walau seberapa daya daku menolaknya". Kepada si gadis yang saya kenali yang cukup sabar dengan karenah si jejaka. Saya doakan jodoh kalian berdua hingga ke syurga. Walaupun pendapat sesetengah orang, kamu layak mendapat yang lebih baik tapi saya percaya jodoh yang Allah utuskan itu adalah yang terbaik buat kamu wahai si gadis. Mereka adalah blogger tapi saya akan tagged selepas semuanya menjadi pasti disatukan dengan ikatan pernikahan. Nanti saya tagged depa macam saya tagged Frameandlense dan Kiera Sakura (depa ni pun pasangan cinta blogger jugak. Dengar kata mereka bakal menjadi ayah dan ibu tak lama lagi. Tahniah Nadh & Kiera).

MO kata lagi : Saya minta ampun dan maaf kepada semua yang mengenali saya secara langsung mahupun tidak langsung. Saya banyak khilaf dan bukan insan sempurna. Dan saya juga tidak mencari yang sempurna. Cukuplah yang boleh menerima segala kelebihan dan kekurangan diri.

### Ini hadiah buat awak wahai sahabat muslimah saya. Hadiah untuk Muslimah. (Klik). 


Saman AES, Tangguhkan Pembayaran?


Bismillahirahmanirrahim..

Alhamdulillah, 18.12.12 tarikh yang ditunggu-tunggu oleh kakitangan awam. Sudah ramai yang mula bershopping-shopping membeli itu dan ini tambahan pula sekarang diadakan sales besar-besaran untuk masyarakat marhein seperti saya menghabiskan duit. Huhuhu.

Bulan Oktober yang lepas masa AES baru dilancarkan, saya dah dapat 3 keping surat cinta. Dua dari JPJ dan 1 dari PDRM. Tahu sahajalah wanita lasak seperti saya, mana tahan daulat bawa kereta perlahan-lahan, tambah-tambah atas highway, speed 140km/j-160km/j (takdelah laju sangat kan). Last-last balik rumah, tengok ada tiga surat saman (waktu berbeza) siap dengan gambar kereta dan pemandu lagi. Sadis betul. Itulah akibat kalau memandu lone ranger dalam perjalanan jauh. Selalunya naik bas atau train je lone ranger ni sejak zaman belajar lagi. Kali ketiga diminta ke KL, tiada yang nak menemankan, tak jadilah pergi takut kena saman lagi sebab takut tak dapat kawal kelajuan ketika memandu. :-(

Lepas dah kena AES ni mulalah pandu kereta slow sikit, sebab tu masa pergi Ipoh ke walimah pemilik blog Frameandlense dengan pasangannya Kiera Sakura pandu ikut lane kiri je. Itu pun sebab ada kawan-kawan yang ingatkan kalau terover speed. Huhuhu. Ingatkan nak jadi pemandu berhemah dah tapi sekejap je jadi pemandu berhemah ni bertahan November je, sekarang Disember dah mula bawa laju balik. Jiwa memberontak kalau pandu perlahan-lahan.

Niatnya nak membayar saman guna duit bonus nilah, tapi terbaca kenyataan Prosiding AES ditangguhkan. Jadi perlukah saya membayar saman AES yang bernilai RM600 (twice) + saman trafik yang bernilai RM300?.


Sepanjang perjalanan di Lebuh raya Utara-Selatan ni sebanyak 14 AES tu belum termasuk Speed Trap lagi. Memang rabaklah poket kalau asyik nak membayar saman AES saja. Huhuhu. 

MO kata : Rezeki tu memang Allah yang bagi tapi Allah boleh tarik semula rezeki kita bila-bila masa saja. Muhasabah diri selalu.

MO kata lagi : Lebih baik simpan duit untuk umrah dan nikah daripada bayaq saman kan.