Perihal Hati dan Jodoh

Bismillahirahmanirrahim..

Dalam dunia tanpa sempadan hari ini semuanya berada di hujung jari sama ada menggunakan laptop, telefon pintar atau gadget-gadget canggih. 

Setelah sekian lama tidak membuka laptop sendiri sejak bulan syawal yang lepas, akhirnya  bila saya nak buka laptop semula, saya terlupa password laptop. Huhuhu.

Peracangan Allah itu memang sangat hebat. Mungkin Dia mahu saya format semula laptop tersebut memandangkan terlalu banyak kenangan yang tersimpan dalamnya. Dia pasti mahu saya menjadi orang baru pada tahun 1434H ini. 

Lagi 3 hari sahaja 2012 bakal meninggalkan saya dan kamu semua. Yang terjadi biarlah berlalu sepi. Jadikan ia sebagai pengajaran berharga. Lagi 3 hari jugak blog ini tidak akan beroperasi menggunakan url http://ukhwah-dhearty.blogspot.com. Lepas ni, url blog ini akan dipadam. Biar tahun 2013 membuka lembaran baru.

Bercakap soal jodoh, iaitu satu topik yang tidak pernah lapuk dek zaman. Teringat dua kisah yang diceritakan oleh seorang sahabat. 

Jodoh itu memang terlalu misteri. Ada dua kisah yang dia ceritakan kepada saya.

Kisah 1

Zafirah dan Haris bercinta tetapi akhirnya putus di tengah jalan. Kerana rasa cinta yang sangat mendalam, Zafirah mengabadikan tarikh lahir Haris sebagai nombor pin kad ATMnya. Pada saat Zafirah berkahwin dengan suaminya (Zafril),  mereka terpaksa tinggal berjauhan kerana komitmen tugas. Setelah beberapa bulan berkahwin, Zafirah dan suaminya dapat ditukarkan untuk bertugas di daerah yang sama. Gaji pertamanya di tempat baru, tidak dapat dikeluarkan. Kenapa agaknya??? Sebab dia terlupa nombor pin  kad ATM. Itulah kuasa Allah, menghapuskan kenangan lama kerana cinta sejati. Kini mereka telah memiliki seorang cahaya mata yang sangat comel. Jadi usah takut dengan sejarah lama pasangan kita. Berdoalah seikhlasnya, InsyaAllah bantuan Allah akan tiba. 

Kisah 2

Suriati bakal berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya disaat dia baru ditinggalkan kekasih yang dia cintai. Hatinya masih pada kekasih yang telah terputus hubungan. Sehari sebelum tarikh pernikahan dia berasa ragu, bagaimana untuk dia hidup bersama dengan seorang lelaki yang dia tidak cintai? Sedangkan pada beberapa minit sebelum mereka diijabkabulkan, dia masih ragu dengan hatinya kerana tiada langsung walau sekelumit cinta dan kasih untuk bakal suaminya. Namun kuasa Allah, setelah tangan si suami berjabat dengan tangan kadi melafazkan "Aku terima nikahnya", langsung ingatan pada kekasih lamanya hilang. Itulah kuasa Allah. Dan kuasa percintaan selepas nikah.

Doa itu kan senjata orang mukmin. Allah yang berkuasa memakbulkan doa yang kita pohon. Apa pun Allah pasti memberikan kepeluan kita dan bukan kehendak kita. Redhalah.

Sekarang ni tengah hangat orang dok cerita pasal Drama Adam & Hawa, adaptasi dari novel yang ditayangkan di Astro sekarang ni. Tapi rumah saya tak langgan Astro, jadi adik yang tukang download cerita ni. Novel dia dah baca lama dah sejak zaman sekolah menengah rasanya. Sekarang ni layan drama dia pulak (itupun lepas kawan sekerja dok cerita best dan best). Lagi 9 episod akan tamat. 80 Episod semuanya. MO mahu simpulkan dua perkara mengenai drama ini.

1. Adam Mukhriz dan Ain Hawani yang bernikah secara terpaksa (berpisah selama 8 tahun,) tetapi kalau dah jodoh tetap bersatu semula. Sekarang ni  Am dan Ain dah bersatu semula tapi konflik tetap ada. Kadang-kadang jangan percaya dengan apa yang dilihat walaupun melihat dari depan mata sendiri, mungkin ia merupakan salah faham. Selidik dan siasat dahulu. Jangan main hantam kromo je.

2. Konflik cinta tiga segi antara Johan, Ain dan Azie. Sejak zaman universiti Johan cuba memikat Ain untuk dijadikan isteri, (Azie yang jadi orang tengah) namun tetiba Johan terjatuh hati dengan Azie pulak (sahabat baik dan housemate Ain sejak dari zaman universiti sehingga zaman pekerjaan). Part ni memang geram ni. Sorokkan hubungan pulak tu. Tapi jodoh tu kan misteri. Akhirnya Am bahagia dengan Ain dan Johan bahagia dengan Azie (mereka bernikah akhirnya) tapi dalam episod hujung-hujung kot. Lani Azie dan Johan masih dok bercinta lagi ni.

Sekarang ni tengah menonton episod ke 70 part Ain tengah sakit dan perbualan antara Azie dan Am. Kata Azie, "Johan is with me now. Ya, I tahu I mengaku memang dia susah nak lupakan Ain sebab dia terlampau cintakan Ain. Tapi I tak risau, sebab apa, Ain cuma anggap dia sebagai kawan baik. Itu je. Tu yang penting. So, nothing to be afraid off".

Dalam cerita Adam & Hawa ni, watak yang paling saya benci adalah watak Dee. Haihhh geram betul.  Kalau dalam cerita Cinta Itu Milikku pula watak yang paling saya benci adalah watak Dini. Nama pun hampir sama kan. Antagonis sungguh. Nampak sangat saya suka tengok drama kan. Tapi saya dah jarang tengok TV sekarang, tak sempat. Tapi adik download saya tengoklah. Hehehe.

MO kata : Biarkan masa itu datang dan serahkan semuanya pada Allah. Sat-sat tetiba ternampak status seorang jejaka di Muka Bukunya "Ya Allah Ya Tuhanku, jika si dia adalah jodohku seperti mana yang telah tertulis di Luh Mahfuz oleh-Mu, jodohkanlah dan kekalkanlah daku dengannya yang tetap menungguku dengan sabar dan tidak putus asa walau seberapa daya daku menolaknya". Kepada si gadis yang saya kenali yang cukup sabar dengan karenah si jejaka. Saya doakan jodoh kalian berdua hingga ke syurga. Walaupun pendapat sesetengah orang, kamu layak mendapat yang lebih baik tapi saya percaya jodoh yang Allah utuskan itu adalah yang terbaik buat kamu wahai si gadis. Mereka adalah blogger tapi saya akan tagged selepas semuanya menjadi pasti disatukan dengan ikatan pernikahan. Nanti saya tagged depa macam saya tagged Frameandlense dan Kiera Sakura (depa ni pun pasangan cinta blogger jugak. Dengar kata mereka bakal menjadi ayah dan ibu tak lama lagi. Tahniah Nadh & Kiera).

MO kata lagi : Saya minta ampun dan maaf kepada semua yang mengenali saya secara langsung mahupun tidak langsung. Saya banyak khilaf dan bukan insan sempurna. Dan saya juga tidak mencari yang sempurna. Cukuplah yang boleh menerima segala kelebihan dan kekurangan diri.

### Ini hadiah buat awak wahai sahabat muslimah saya. Hadiah untuk Muslimah. (Klik). 


2 Pesanan:

Miss Pija said... [Reply]

suka entry ni :).

jika dah jodoh, walau berpuluh tahun, walau beribu batu, tetap akan bertemu jua :)

Muslimah Optimis said... [Reply]

@FiZ

terima kasih kerana suka entry ni..

ya, betul tu. Allah dah tetapkan kan