Bismillahirahmanirrahim..
Alhamdulillah, 18.12.12 tarikh yang ditunggu-tunggu oleh kakitangan awam.
Sudah ramai yang mula bershopping-shopping membeli itu dan ini tambahan
pula sekarang diadakan sales besar-besaran untuk masyarakat marhein
seperti saya menghabiskan duit. Huhuhu.
Bulan Oktober yang lepas masa AES baru dilancarkan, saya dah dapat 3 keping surat cinta. Dua dari JPJ dan 1 dari PDRM. Tahu sahajalah wanita lasak seperti saya, mana tahan daulat bawa kereta perlahan-lahan, tambah-tambah atas highway, speed 140km/j-160km/j (takdelah laju sangat kan). Last-last balik rumah, tengok ada tiga surat saman (waktu berbeza) siap dengan gambar kereta dan pemandu lagi. Sadis betul. Itulah akibat kalau memandu lone ranger dalam perjalanan jauh. Selalunya naik bas atau train je lone ranger ni sejak zaman belajar lagi. Kali ketiga diminta ke KL, tiada yang nak menemankan, tak jadilah pergi takut kena saman lagi sebab takut tak dapat kawal kelajuan ketika memandu. :-(
Lepas dah kena AES ni mulalah pandu kereta slow sikit, sebab tu masa pergi Ipoh ke walimah pemilik blog Frameandlense dengan pasangannya Kiera Sakura pandu ikut lane kiri je. Itu pun sebab ada kawan-kawan yang ingatkan kalau terover speed. Huhuhu. Ingatkan nak jadi pemandu berhemah dah tapi sekejap je jadi pemandu berhemah ni bertahan November je, sekarang Disember dah mula bawa laju balik. Jiwa memberontak kalau pandu perlahan-lahan.
Niatnya nak membayar saman guna duit bonus nilah, tapi terbaca kenyataan Prosiding AES ditangguhkan. Jadi perlukah saya membayar saman AES yang bernilai RM600 (twice) + saman trafik yang bernilai RM300?.
Sepanjang perjalanan di Lebuh raya Utara-Selatan ni sebanyak 14 AES tu belum termasuk Speed Trap lagi. Memang rabaklah poket kalau asyik nak membayar saman AES saja. Huhuhu.
MO kata : Rezeki tu memang Allah yang bagi tapi Allah boleh tarik semula rezeki kita bila-bila masa saja. Muhasabah diri selalu.
MO kata lagi : Lebih baik simpan duit untuk umrah dan nikah daripada bayaq saman kan.
10 Pesanan:
insaflah. tak kemana pun bawa laju laju tu :)
sama la kita...sejak2 ada AES ni memang control la skit speed kete tu...selalu jadi lone ranger kan tu yang susah nak bawak slow bosan hehe...so far selamat lagi la tak pernah kena tembak...mintak2 dijauhkan sayang duit woooo huhu...
hati2 tau bawak laju nie..akak alhmdlah xpernah kena lagi...
Ehmmmm, sy ni bwk laju jgk tp bila msuk higway automatik 110 km/jam... syg duit, hehe...
MO nk tangguh dulu xpe pembayaran tp duit yg nk byr saman tu simpan tau... jgn shopping plak ;-)
@H Y D E
huhuhu... ke destinasi lah..
@MissNick
tau xpa, bosan kan bawa slow je
@aDisH.sHidA
huhuhu.. Allah nak uji lah tu... xpa, teria dengan redha
@Muslimah Sejati
errkkkk.. nak simpan ke ek?? hihihi.. banyak planning nak guna duit ni.. :-)
xpernah kena lagi AES ni. unt nset yg ada aplikasi android boley detect lokasi aes ni smasa tgh drive, so boley r berjaga2
@korie hensem
tu lah baru register ars detector
Post a Comment