Kerja ohh Kerja


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah sangat-sangat.. Allah permudahkan urusan saya. Tak perlu menganggur lama. Saya ditawarkan dua kerja yang memang dalam bidang yang saya pelajari di UM dulu. 


Dulu masa kecik-kecik saya pernah bercita-cita nak jadi Pensyarah, bila masuk UM dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pendidikan Khas saya bercita-cita nak jadi Usahawan Berjaya dengan membuka Tadika sendiri. Sekarang kedua-dua peluang tu datang pada saya. 


Pertama, Saya ditawarkan jawatan sebagai Pengetua/Pengurus Tadika untuk Cawangan yang akan dibuka tahun 2012 (Kalau terima boleh belajar selok belok uruskan sebuah perkhidmatan Tadika). Kedua, saya ditawarkan jawatan sebagai Tutor di salah sebuah IPTS. Kedua-duanya perlu lapor diri pada 10.10.11. Kedua-duanya menyumbang dalam institusi Pendidikan.


Saya pernah terkilan kerana tidak dibenarkan menyambung pengajian dalam bidang Diploma Kejuruteraan Kimia selepas saya tamat SPM. Abah saya mahu saya menjadi pendidik. Jadi dengan hati separuh rela (pada mulanya), saya mendaftar masuk ke Tingkatan 6 kerana impian abah saya mahu saya menjadi Pelajar Cemerlang STPM Daerah Kulim. Alhamdulillah, saya berjaya membuat mereka tersenyum pada Hari Anugerah Cemerlang Sekolah (abah dan mama yang naik amik sijil, pada masa tu saya dah berada di UM).


Kemudian, saya ditawarkan untuk melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaya dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak (Minor Pendidikan Khas). Sekali lagi saya terkedu kerana ianya bukan pilihan pertama saya. Pilihan pertama saya adalah Sarjana Muda Kaunseling kerana mahu jadi seorang Kaunselor (cita-cita terbina semasa mengikuti Kursus Asas Kaunseling di ILKEB, Port Dikson). 


Tetapi 4 tahun di UM, melatih saya menjadi seorang yang lebih positif dalam membuat keputusan dan menerima ketentuan Allah dengan Redha. Dalam tempoh 4 tahun di UM banyak benda yang saya belajar (termasuklah soal hati dan perasaan). Hohoho. Alhamdulillah saya diberi peluang menjadi Pimpinan Kolej Kediaman, menjadi Jawatankuasa dan Majlis Tertinggi untuk beberapa projek anjuran Kolej Kediaman mahupun Persatuan PAKK,UM. Semua itu adalah ilmu yang takkan diperoleh di dalam bilik kuliah. Pengalaman yang sangat berguna walaupun pernah dimarah dan diherdik (seram je bunyinya kan). Tapi tu semua adalah pengalaman berguna. Terima kasih kepada penyarah, penyelia kolej, sahabat-handai yang banyak menyokong sebelum ni.
 
Alhamdulillah, ini adalah perancangan Allah kepada saya. DIA tak benarkan saya menyambung pengajian dalam bidang Kejuruteraan Kimia kerana DIA mahu saya menjadi pendidik bangsa dan agama. 


Tawaran mana yang saya pilih?? Tawaran kedua. Sebabnya, jika saya memilih untuk menjadi Pengetua/Pengurus tadika ilmu ini hanya akan dikongsi dengan 25 orang kanak-kanak (untuk tempoh setahun) dan jugak guru-guru tadika tersebut disamping tugas mengurus sebuah organisasi, tapi jika saya memilih tawaran kedua ilmu yang saya ada akan dikongsikan dengan bakal-bakal guru yang kemudiannya dikongsi pula dengan anak didik mereka. 


Lagi pula jika saya memilih tawaran pertama, hasrat saya untuk menjadi Pensyarah mungkin tak akan kesampaian tapi jika saya memilih tawaran kedua, saya masih berpeluang membuka sebuah tadika saya sendiri nanti. InsyaAllah jika diizinkan Allah swt. 

Anda semua adalah sebahagian hidup saya. Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong saya dan sentiasa mendoakan saya. Terima kasih kepada abah dan mama yang banyak menyokong dan bersabar dengan karenah kakak selama hari ni. Sayang mama dan abah. 


Perlu lebih alert dengan masa lepas ni.

MO kata : 
5.10.11 adalah hari bersejarah dalam hidup MO, my convocation day. 10.10.11 lapor diri bekerja. Saya sempat menjadi suri rumah sepenuh masa selama 2 bulan bermula 1.8.11.. Lepas ni jadi suri rumah separuh masa la pulak. Oh bila dah bekerja makin banyak tanggungjawab dan komitmen. 17.10.11 pulak adalah ulangtahun kelahiran MO. Banyak sejarah dicipta dalam bulan Oktober 2011. Semoga semuanya dalam redha Allah.. Ameen. Sesungguhnya peracangan Allah adalah yang terbaik. :-)


MO kata lagi : Saya lebih suka kesibukan melanda diri berbanding banyak masa lapang kerana dalam kesibukan itu saya berjaya menjadi diri saya yang sangat patuh pada masa.

Terima kasih atas kesudian membaca. Sekian Wassalam. 


32 Pesanan:

fRaMe+LenSeS said... [Reply]

tahniah sahabat. moga2 ALLAH beri kekuatan pada kita untuk jadi seorang guru yang bukan saja mendidik anak2. tapi mengjar mereka bahawa betapa penting ALLAH didahulukan dalam diri.

Hidup bukan sekadar mencapai kejayaan dnia, tapi kejar akhirat yang bakal membawa kejayaan keduanya. :D

aamalinaazman said... [Reply]

alhamdulillah =]
aduhai
tumpang gembira sgt MO
bagusnyela
berderet2 rezeki dtg
aduhaii
sungguh berkat restu ibu dn ayah tu membawa kemanisan sekrg =]

wee..kite "sebulan" la MO..heee =]

Ca Ezah said... [Reply]

tahniah MO~ bestnyer dpt keje dah..semoga niat baik MO tu akan mmbawa keberkatan dr ALLAH~ :) gudluck dear!

Kumbang Jingga said... [Reply]

tahniah MO...kerja rajin2 ye..

H Y D E said... [Reply]

ni nak komen ni....

tahniah. bertabah ya menghadapi dugaan di rumah :D

Mior Syabab said... [Reply]

M.O .... Moga terus sukses dalam hidup. Dunia wa akhirat :)

*Selamat Ulang Tahun Kelahiran*

aniki said... [Reply]

congrate ampa dah dapat kerja..nanti ampa kerja elok2 tau tak mau culas..bittaufiq wan najah

Kira Sakura said... [Reply]

Alhamdulilah... kami pulak bulan september yg byk bnde berlaku...

Erin Azizan said... [Reply]

tahniah k.a...semoga terus success

hadi Saaidin said... [Reply]

didoakan semoga ALLAH mudahkan jalan.

dan

berdedikasi dan istiqomah dalam apa jua yang dilakukan.

amiin

farhan said... [Reply]

PERLU BERSYUKUR..SEMUANYA ALLAH YG MEMBERI REZEKI...BUKAN MANUSIA..BERGANTUNG SEPENUHNYA HANYA KEPADA ALLAH

Woofer Storm said... [Reply]

thniah sis...semoga pilihan sis tidak mengecewakan dikemudian hari..

aDisH.sHidA said... [Reply]

TAHNIAH AIMA....ALLAH MAHA MENGETAHUI SEMUA NYA...ALHAMDULILLAH AIMA MENDAPAT APA YANG AIMA NAK

SELAMAT MENJADI PENDIDIK...

Nuur mutiara said... [Reply]

MO..hehe nk ucap awal la, selamat hari lahir..and tahniah juga sbb dh convo :))

Niena Muhammad said... [Reply]

:D

tahniah sbb dh kerja..

sama la kte..bulan 10 bnyak sejarahnya :D

Muslimah Optimis said... [Reply]

@fRaMe LenSeS terima kasih sahabat. ya benar, kita hidup untuk akhirat

Muslimah Optimis said... [Reply]

@aimie amalina alhamdulillah.. terima kasih..
ya ka sebulan, amalina berapa haribulan

Muslimah Optimis said... [Reply]

@♥CiK DuYuNG [Ca]♥ terima kasih.. semoga Allah memberkati semua tindakan kita

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Kumbang Jingga terima kasih.. ya memang kena jadi rajin, kalo malas macam mana student nak rajin kan.. hehe

Muslimah Optimis said... [Reply]

@H Y D E terima kasih komen.. rajin2 la komen lagi.. hhoho..

ya sedang bertabahlah di rumah itu.. InsyaAllah i'll be fine

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Mior Syabab terima kasih mior.. nak ole-ole dari jordan.. hehe

Muslimah Optimis said... [Reply]

@aniki terima kasih aniki.. kami teringin pulak nak tau nama penuh ampa ni.. orang kampung la katakan.. hehe

Muslimah Optimis said... [Reply]

@kiera'sakura alhamdulillah.. hehe.. tragedi oktober

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Erin Azizan tahniah untuk kamu juga erin.. semoa kita sama-sama jadi cikgu yang berjaya mendidik anak didik supaya menjadi manusia..ameen

Muslimah Optimis said... [Reply]

@hadiee ameen.. terima kasih hadi.. semoga kita semua stiqamah dengan apa yang dilakukan

Muslimah Optimis said... [Reply]

@farhan ya semuanya datang dari Allah swt kerana Dia adalah pemberi segala-galanya

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Woofer Storm terima kasih achie.. insyaAllah

Muslimah Optimis said... [Reply]

@aDisH.sHidA terima kasih kak shida. Ya Allah mengetahui sesuatu yang kita tak ketahui..

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Nuur mutiara terima kasih.. nak hadiah.. hehe

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Niena Pengembara Ilahi hehehe.. tragedi oktober

Hadi Rofiee said... [Reply]

Tahniah. :-)

CikTomyam said... [Reply]

tahniah kakakku

ceq pulak ada pahit dan manisnya..

Semoga terus berjaya ok..^^

p/s : bulan Nov adalah bulan tuah kami =)