Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera.
Kalau orang kata nak buang tatu di kulit itu sakit, nak buang tatu dosa di hati itu lagi sakit -Hlovate-
Bukan senang nak singkirkan dosa dari
dalam diri kita tambah-tambah kalau dosa yang sering kita lakukan dalam dunia
seharian. Tak perlu tengok jauh-jauh “mengumpat” itu tergolong dalam dosa
besar. Pernah tak kita mengumpat? Kadang-kadang tergosip-gosip jugak kan. Kalaupun
kita tak mau bercakap mengenai orang lain, hatta “TERDENGAR” dan kita masih
setia mendengar itu juga dikira sebagai bersubahat. Kalau dah ‘terdengar’ tu
cepat-cepatlah pergi ke tempat lain. Jangan pula dah “terdengar” tapi masih
lagi nak setia mendengar.
Cuba bayangkan kalau dalam hati kita
penuh dengan bintik-bintik dosa?? Keadaannya mesti hodoh kan. Macam ‘tahi
lalat’ yang bertempek di kain yang lembab. Geli kan tengok. Haaaa, macam tu lah
agaknya bintik-bintik hitam kan hati kita kan. Nasiblah kita tak boleh nampak dosa
tu. Kalaulah dosa tu kita boleh nampak,
misalnya warna hijau ke bertebaran di sekeliling kita atau dosa tu ada bau.
Mesti kita semua jijik dengan diri
sendiri. Sedangkan tengok hasil perut sendiri (t**k) atau muntah sendiri pon
kita geli kan. Cuba bayangkan jika Allah benarkan kita melihat dosa kita sendiri
atau bau dosa kita sendiri. Agak-agak kita sanggup ke tidak? Jawab dalam hati.
Hidup di dunia memang terasa sangat
bahagia melakukan dosa. Tapi bagaimana keadaan kita di neraka nanti? (kliksini).
MO kata : Peringatan ini untuk diri MO
sendiri. Kalau pernah tersasar kembalilah ke pangkal jalan. Setiap orang ada
masa silam dan setiap orang juga punya masa depan. Jangan sia-siakan masa muda
kita dengan harapan kita akan bertaubat bila sudah tua. Kerana kita tak tahu,
bila janji Allah nak menjemput kita berhijrah ke rumah batu dua yang tinggi dan
lebarnya 7 kaki.
Sekian Wassalam.
4 Pesanan:
hurm2
begitu Allah sygkan kite kan
Dia menjadikan pahala dan doa itu halimunan supaya kita rsa tenang dlm hidup
tapi ketenangan tulah selalu dipermainkan manusia
insaf dengan diri sendiri jugak..
kami kena tembak ngan ampa...
nak membuat dosa tu hari2 boleh. Nak bertaubat hari2 pun boleh, selagi nyawa belum di ambil. Tapi untuk istiqomah untuk tidak melakukan dosa, bukan semua orang boleh T_T
superb! C:
Post a Comment