Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Perkahwinan
itu sesuatu yang mulia di sisi Allah swt kerana bertujuan meramaikan Ummat
Muhammad di atas muka bumi ini. Bukan itu saja, perkahwinan itu juga suatu
proses untuk kita membantu antara satu sama lain. Benar, perkahwinan itu satu
ibadah dan ganjaran pahala namun ia perkahwinan juga boleh mengundang dosa. Bak
kata Bro Hamka penulis blog Kereta Mayat kita tak mampu lari dari dosa dalam
dunia sekarang ni. Kiri, kanan, depan belakang semuanya dosa. Nauzubillah..
Tapi
sedarkah kita bahawa perkahwinan itu merupakan satu tanggungjawab dan amanah. Perkahwinan
itu bukan hanya berlangsung sehari di hari pernikahan dan walimatulurus yang
memerlukan belanja puluh-puluh ribu namun perkahwinan itu adalah selepas hari
pengantin dirai bagai Raja Sehari.
Jika
sebelum ini kita hanya hidup bujang tetapi tiba-tiba ada manusia asing yang
masuk kedalam hidup kita.
Jika
sebelum ini kita hanya hidup dalam kelompok keluarga kita, namun setelah
berkahwin kita kena hidup dalam kelompok keluarga lain yang mungkin budayanya
amat jauh berbeza dengan budaya hidup kita sebelum ini.
Jika
sebelum ini kita masak untuk seorang makan, selepas berkahwin kita kena masak
untuk dua orang makan.
Entah
berapa banyak “jika” untuk kita senaraikan.
Pendek
kata perkahwinan itu suatu perkara yang memerlukan komitmen yang sangat tinggi.
Kalau boleh biarlah perkahwinan yang kita bina itu berkekalan hingga ke
taman-taman syurga kan.
Tapi
kenapa saya katakan dosa dalam
perkahwinan? Kita perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru.
Sebab itu kita kena perlu benar-benar bersedia Jika tersilap langkah pasti akan
mengundang dosa walaupun hakikatnya perkahwinan itu adalah salah satu cara
untuk mendapatkan pahala. Pandang kat suami atau isteri pun dah pahala apatah
lagi kalau senyum kan. Bab dosa dan pahala memang urusan Allah, kita yang
makhluk ni haruslah beringat dan berjaga-jaga. Kalau bagi perempuan yang tidak
menjaga dirinya dari segi aurat dan sebagainya, si suami yang terpaksa
menanggung dosa. Jika si isteri meninggikan suara pada suaminya, itu juga satu
dosa. (Dalam dunia ni sangat senang nak buat dosa kan). Jadi kalau kita masih
belum benar-benar bersedia, jangan cuba dekati perkahwinan. Memang ada yang
berkata “Kalau nak tunggu betul-betul
sedia memang tak kahwinlah sampai ke tua”. Ada juga yang berkata “Sedia itu datang seiring dengan niat kita
untuk berkahwin”.
Sedia
itu merujuk kepada apa? Ilmu rumah tangga? Ilmu agama? Persediaan mental dan
fizikal. Semua aspek kita perlu bersedia. Paling penting adalah ilmu bagaimana
kita mahu melayarkan bahtera rumahtangga. Rumahtangga dan keluarga bagaimana
yang kita mahukan? Adakah keluarga yang bercirikan Islam pada dasarnya atau
keluarga yang hanya Islam pada nama? Itu kena tanya diri sendiri. Rumahtangga
yang bagaimana kita mahukan? Cuba renungkan dan fikirkan dalam-dalam.
"Orang-orang
yang enggan menikah kerana hendak menghindari beban tanggungjawab adalah
orang-orang yg tersesat. Sebab perasaan takut memberi nafkah menjadikan iman
seseorang itu cacat. "Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kami lah yang
memberi rezeki kepadamu. Dan akibat yang baik itu adalah bagi orang-orang yg
bertaqwa." (QS.Thaha:132)"
-Imam Hasan Al Banna -
Tapi
jangan pula kita takut untuk menikah kerana pernikahan itu adalah sunnah Rasulullah
saw. Menyempurnakan perkahwinan ibarat menyempurnakan sebahagian daripada
agama. Dengan berkahwin juga dapat melahirkan zuriat yang halal yang
mudah-mudahan menjadi khalifah di muka bumi ini.
Sejak
akhir-akhir ini ramai yang berkongsi kata-kata ini di Laman Facebook.
"Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM....”
Itu adalah tersurat. Apa yang tersirat? Yang tersirat ialah,
“Aku
tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia
buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa
bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya
nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia akhirat dan juga bertanggung
jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemuMu Tuhan. Aku juga sedar,
sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka
aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan
malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini
bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini
adalah perjanjian terus kepada Tuhan."
Berat bukan tanggungjawab seorang suami? Berkahwin bukan semata-mata bagi nafkah zahir dan batin sahaja namun juga ilmu. Jika isteri tersalah, tegurlah jangan biarkan sampai ia menjadi barah dalam keluarga.
Jika usia sudah mencecah 20-an
buatlah persediaan dari sekarang. Persediaan dari ilmu rumahtangga, ilmu agama,
ilmu nak mendidik anak-anak, ilmu segala jenis ilmu yang berkaitan supaya
rumahtangga yang dibina dalam redha Allah swt. Material pun kena sedia juga
baik lelaki mahupun perempuan. Takkan lepas nikah nak duduk bawah jambatan kan.
Dan paling penting restu ibu bapa. Kerana redha Allah terletak pada redha Ibu
bapa.
Artikel ini adalah susulan daripada entry ini.
MO kata : Terima kasih kerana sudi membaca. Maaflah MO agak sibuk sekarang ni kerana semester baru akan dibuka bulan depan, jadi sekarang ni MO dalam proses menyiapkan lecture notes dan merangka program untuk sepanjang sesi hadapan. Dalam meeting room yang lepas, MO sempat menyiapkan 5 entry namun belum sempat nak menaip dan publish. InsyaAllah nanti. Banyak hutang di blog ini. Mudah-mudahan dipermudahkan urusan. :-)
Sekian Wassalam.
19 Pesanan:
suke dgn entri ni =]
peringatan sebelom kawen kan..heee
ayoo..bizinya MO..
pilih jadi Tutor ye..
all d bestt to u!
Salam..thanks sebab berkongsi ilmu.semoga kita dapat manfaat kan ilmu ini.isyaAllah.
kekadang perkahwinan jadi ringan bagi kita..
kekadang perkahwinan jadi ringan bagi kita..
fuh..dasyat ampa punya entry ni..setuju sangat2 apa yang ampa tulis..toce2 bagi ingatan
besar tanggungjawab dalam alam perkahwinan ni sebenarnya. kena betul betul bersedia nak menghadapinya.
semoga dipermudahkan urusan MO..Amin..
hmm. betul tu. kahwin is about tanggungjawab sebenarnya. banyak orang salah paham dan sengaja buat tak paham dan ada juga takmo paham.hehe
buat persediaan secukupnya sblm berumah tangga...
smoga perjalanan rumah tangga tue tenang, bahagia , damai dan bergerak diatas landasan islam yg betol...
sangat setuju...perkahwinan bukan boleh dibuat main-main...
Assalam alaikum,sangat tertarik dengan isu yang dikupas,namun tiba-tiba ilmu yang ustazah syariah ajar sewaktu di sekolah menengah dulu menyinggah di benak fikiran..
Dalam Islam,hukum nikah kahwin ada 5,yang mana dengan keadaan tertentu ia akan jatuh pada sama ada hukum haram,sunat,makruh,wajib,dan harus...jadi,disini,adakah petikan kata-kata Imam Hasan Al Banna perlu dijadikan pegangan?
Terima kasih andai sudi jawab pertanyaan saya.
@aimie amalina
terima kasih kerana suka.. hehehe.. rezeki Allah di mana2.. sekarang nak cari pengalaman dulu
@Mira Amirudin insyaAllah
@JIJI YU sebab manusia memang suka memandang ringan semua benda
@aniki terima kasih firdaus
@H Y D E betul tu enchik hyed
@pengemis Cinta~ terima kasih PC
@kiera'sakura insyaAllah kira
@FiZ perkahwinan itu sesuatu yang serius.. heheh.. bukan main2
@Mana Milik Kita Waalaikumussalam.. Kata-kata Imam Hassan Al-Banna itu ditujukan kepada golongan yang berada dalam kategori harus atau mubah.. :-) jika "Mana Milik Kita" ada perkongsian yang lebih bagus, silakan berkongsi.. saya sedia terima.. saya juga masih dalam proses pembelajaran.. terima kasih
Post a Comment