KENAPA KITA TAK KAYA-KAYA?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Artikel kali ini mungkin kata-kata yang biasa kita dengar dalam kehidupan seharian kita.   Namun suka untuk MO kongsikan juga sebagai peringatan. Manusia itu kan mudah lupa, jadi harus diingatkan selalu. Mungkin sesetengah orang akan bertanya pada Allah “kenapa aku masih hidup miskin sedangkan aku bekerja kuat dan tak putus-putus berdoa”. 

Kenapa agaknya?
Kalau soalan “kenapa” tentu hanya Allah yang boleh menjawabnya. Tapi soalan saya “kenapa agaknya”. 

Dari segi logik akal kenapa Allah tak memakbulkan doa kita untuk menjadi kaya?

Mungkin,
  1. Allah tahu jika kita menjadi kaya kita akan menjadi sombong
  2. Allah tahu jika kita menjadi kaya kita akan lupa berdoa kepadanya
  3. Allah masih mahu menguji kita sejauh mana kita akan bersabar dengan ujian berada di dalam kemiskinan / kesederhanaan sama ada kita merungut, atau tidak
  4. Belum masanya Allah mahu berikan kita kesenangan kepada kita dengan kemewahan
Terlalu banyak kemungkinan yang kadang-kala tak terjangkau oleh pemikiran kita. Allah tahu sesuatu yang kita tidak ketahui. 

Allah mahu kita sentiasa meminta dan merayu kepadaNya. Tapi jangan pula kita meminta yang bukan-bukan. Jika sekadar meminta dan berdoa pun tanpa usaha jangan mimpi la Allah akan tunaikan hasrat kita. Allah memberikan mengikut kemampuan kita. Tapi tidak mustahil juga Allah akan memberikan sesuatu kepada hambaNya walaupun hambaNya kurang usaha dan itu dinamakan Istidraj. Itu juga adalah satu bentuk ujian. Hati-hati.

Manusia kadang-kala Nampak kekayaan itu hanya dari segi material sahaja. Kaya harta belum tentu bahagia. Kebahagiaan itu juga adalah satu kekayaan. Pernah tak kita rasa “mudahnya urusan aku” macam lepas satu, satu selesai tanpa ada masalah yang serius. Mungkin doa kita dah dimakbulkan cuma dalam bentuk yang lain. 

Allah tak berikan kita kekayaan tapi Allah permudahkan urusan kita. Apa guna banyak duit tapi banyak kesulitan dalam hidup? Apa guna gaji besar tapi hutang keliling pinggang. Pernahkah kita terasa duit yang ada pada kita sekejap saja habis dan kita tak nampak apa yang kita beli? Mungkin ini juga ada kaitan dengan keberkatan. Ada orang gajinya kecil namun mampu membeli macam-macam.Simpanannya,juga sudah banyak berbanding kita yang gaji lebih besar tapi langsung tak ada simpanan. Hurmmmm. Fikir-fikirkan. 

Allah menurunkan ujian kerana Allah mahu kita sentiasa ingat padaNya kan. Contohnya, ujian perasaan. Kadang-kala kita merintih kenapa Allah seksa jiwa dan perasaan kita kerana masih ingatkan kisah cinta yang mungkin dah berakhir 4 atau 5 tahun lepas sehingga kita tutupkan hati kita pada orang lain. Sedangkan si dia dah bergembira bersama orang lain? Kenapa? Manusia sering bertanya kan. Persoalan-persoalan yang dicipta itu sangat bagus jika kita fikirkan sebab musababnya. Bukan merintih kenapa dan terus merintih. Kerana Allah mahu kita sentiasa dekat padaNya. Sentiasa menyebut namaNya. Percayalah suatu hari nanti pasti Allah akan gantikan perasaan itu kepada insan yang benar-benar layak untuk kita. Senyum-senyum selalu. 

Kita juga kena ingat dan terapkan dalam diri kita, kekayaan itu satu ujian. Memang MO pun kalau boleh memang nak harta banyak, nak beli apa pun boleh tapi kalau dengan menjadi kaya mampu membuatkan MO melupakan Allah, MO redha jika MO hanya berada di level sederhana. Cukup makan dan pakai serta boleh membahagiakan keluarga. :-)

MO kata : Letakkan keyakinan dan kepercayaan pada Allah swt. MO tak kata orang lain tapi MO kata pada diri MO sendiri. Put your belive in Allah. InsyaAllah. 

Sekian Wassalam.

6 Pesanan:

Rozuan Ismail said... [Reply]

kesimpulannya, Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk kita

azu said... [Reply]

emm..mungkin jugak kan..semuanya ade hikmah..diri sendiri je mampu menilainya.tepuk dada, tanya hati!

H Y D E said... [Reply]

:)

Mohamadazhan.com said... [Reply]

salam idul adha =)
moga dirahmati-NYA

aimie amalina said... [Reply]

sesungguhnya Allah memperluaskan rezeki itu kepada yang banyak biaya nya
dan Allah menyempitkan ruang rezeki itu kepada yang kurang biaya nya..

dan Allah lebih mengetahui yang terbaik buat makhluk-Nya..

Huraizah Zakaria said... [Reply]

As-salam,
Menarik topik ini. Pada saya, kita tak kaya sebab :
- belum sampai masanya
-belum cukup usahanya
- belum bergantung sepenuhnya pada Allah
- Ada slack kat mana-mana, hablum minannas
Sekadar berkongsi pengalaman