Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera.
Masa depan itu dibeli oleh masa
sekarang. –Samuel Johnson-
Kenapa
dikata “Masa depan itu dibeli oleh masa
sekarang”? Sebabnya pelaburan yang kita lakukan hari ini akan menentukan
hidup kita pada masa akan datang. Pelaburan? Kalau kita tak ada duit macam mana
nak melabur? Hurmmm, adakah nak melabur itu perlukan duit yang nilainya jutaan
ringgit? Yelah kan, selalu kita dengar pelaburan ni dilakukan untuk projek
juta-juta. Untuk syarikat besar-besar. Orang kaya-kaya. Tapi kita yang hidup
sederhana ini juga boleh melakukan pelaburan. Ohh, ini bukan pelaburan Skim
Cepat Kaya.
Pelaburan
yang saya maksudkan adalah PENDIDIKAN. Tahukan kita bahawa pendidikan itu juga
adalah salah satu bentuk pelaburan. Pendidikan perlu dibayar dengan wang
ringgit. Macam MO sendiri mempunyai hutang dengan PTPTN semata-mata kerana
pendidikan. Bukan sikit, tapi hampir 30K untuk pengajian 4 tahun.
Memang
ada yang cakap, “kalau nak belajar pun sampai kena berhutang lebih baik lepas SPM
terus kerja je. Dapat duit tak perlu nak berhutang. Lagipun sekarang ni lepas
degree pun belum tentu dapat kerja. Sebab tu sangat banyak program untuk
graduan yang kerajaan dan pihak swasta lakukan.
Cuba
kita tanya dengan diri kita sendiri dulu sebelum nak menyalahkan sistem
pendidikan. Adakah diri kita ini cukup
bagus dan layak untuk diterima bekerja? Apakah nilai tambah yang ada pada diri
kita? Apa kelebihan diri kita? MO tak kata MO bagus kerana tak perlu menganggur
lama. MO lulus temuduga pertama MO selepas bergraduasi. Alhamdulillah. Itu
mungkin rezeki yang Allah tetapkan untuk MO. MO masih dalam usaha nak
meningkatkan kredibiliti diri MO. InsyaAllah sama-sama kita tingkatkan nilai
diri kita di mata masyarakat dan juga di mata Allah swt.
Jangan
berputus asa. Yang penting usaha dan doa. InsyaAllah Allah akan permudahkan
urusan.
Masa
depan itu dibeli oleh masa sekarang kerana masa yang pergi tidak akan berpatah
ke belakang semula. Jadi belilah masa depan anda dengan masa sekarang. Tidak
semestinya membeli masa depan dengan pendidikan tinggi, namun dengan melakukan
perniagaan kecil-kecilan juga merupakan satu pelaburan. Siapa tahu jika
perniagaan kecil-kecilan hari ini mampu menjadi sebuah empayar multinasional
suatu hari nanti pada masa akan datang.
MO
kata : Jangan sesekali menyesal kerana sambung pengajian ke peringkat yang
lebih tinggi dan masih belum ditawarkan kerja yang sesuai dengan kelulusan.
Pasti Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita kerana Allah mengetahui
sesuatu yang kita tidak ketahui.
Sekian
Wassalam.
5 Pesanan:
emm3
betul3
msih dlm usaha mncri pekerjaan lagiiii
beruah MO dan adik MO.. alhamdulillah atas kejayaan kalian ye =]
Mabruk alaiki MO!^^
Menyalahkan orang lain takkan mengubah apa-apa. Pilihan di tangan kita. Apapun, Tahniah! Alhamdulillah
bace pendahuluan da mcm bisnes emas.. eheee
Jika diniatkan belajar utk kerja yang bagus, maka hanya kerja itu yang kita akan dapat. Jika tidak dapat kerja, kita akan kecewa.
Berapa ramai yang berjaya di dalam bidang berlainan dengan apa yang mereka belajar. Secara tuntasnya, rezeki Allah Taala itu luas, jangan pernah berputus asa. :D
Post a Comment