Fiksyen 302 - Khatam


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dah baca entry ini?? Sebelum menghabiskan bacaan entry ini sila habiskan bacaan entry sebelum ini dahulu. Entry ini adalah sekuens kepada entry ini.

Dalam entry terdahulu ada dinyatakan bahawa pembunuh dalam novel Fiksyen 302 terdiri daripada pesakit mental. Mereka adalah Lan lani, Prakash Kumar, Jimmy Yeoh dan Farid Ja'ah. Mereka melakukan pembunuhan kejam namun terlepas daripada hukuman gantung mandatori atau Hukuman Jenayah Kanun Keseksaan 302 kerana didapati tidak sihat akal. 

Mereka membunuh dan melakukan tindakan yang sama kerana percaya pada Zonan yang kerap datang menggangu mereka meminta mereka melakukan sedemikian. Di dalam entry terdahulu MO tertanya-tanya siapakah Zonan. Namun persoalan itu sudah terjawab.

Zonan sangat bijak memanipulasi minda manusia menggunakan otak tengah. Zonan bukanlah "roh jahat yang tidak berwajah" namun dia adalah seorang manusia biasa yang bertindak mahu membalas dendam atas kematian Zarina Mustapha yakni bekas kekasihnya yang sangat dicintainya. DIsebabkan ingin membalas dendam dia telah bertindak mencipta Fiksyen 302. Dia telah mengawal minda keempat-empat mangsa yang dijadikan pembunuh upahan tanpa membiarkan mereka jatuh ke tali gantung kerana hukuman membunuh. 

Pada tahun 2032, Rita yang telah membongkarkan rahsia penyiasatan yang tertangguh selama 20 tahun ini. Ini semua dengan bantuan Dr. Rozlina dan dibantu oleh Dr. Hakimi dengan membawa Rita kembali ke zaman 2014 demi membongkar siapa Zonan yang sebenarnya. Namun belum sempat semuanya berakhir, Zonan telah datang ke Hospital Permai, Johor Bharu dan bertindak membunuh Dr. Rozlina dan Dr. Hakimi dengan tragis. Manakala Rita yang berada di dalam inkubator pula dibiarkan bebas kerana dia telah mencabut semua wayar-wayar yang berselirat yang disambungkan ke badan Rita. Dengan itu, Rita akan menjadi amnesia tahap serius. 

Disebabkan kejadian itu, Rita telah percaya bahawa dia adalah Noorhafiza Izura peguam muda yang mati dibunuh oleh Zonan 18 tahun yang lalu kerana semasa menjalankan pengembaraan minda ke masa silam, Rita telah memainkan peranan sebagai Noorhafiza Izura dan apabila dia sedar ke dunia realiti dia telah mengalami pertukaran watak akibat gangguan dalam projek khas itu. Memorinya tertinggal 18 tahun kebelakang. 

Ingatan Rita kembali normal apabila berlaku perlanggaran kuat antara keretanya dengan kereta Zonan yang pada ketka itu cuba mahu membunuhnya. Namun dia terselamat dan akhirnya Zonan diberkas oleh polis. 

Siapa pembunuh sebenar Zarina Mustapha???

Untuk mengetahuinya , anda perlu mendapatkan Fiksyen 302. "Jangan Percaya"



Judul Novel : Fiskyen 302
Penulis : Ramlee Awang Mursyid
Halaman : 501

MO kata : Setelah menghabiskan pembacaan, MO merasakan MO perlu bekerja lebih keras jika mahu menjadi seorang penulis yang berjaya seperti RAM. Perjalanan hidup MO masih jauh lagi. :-) Semoga Berjaya untuk diri sendiri.

Sekian Wassalam.

13 Pesanan:

fRaMe+LenSeS said... [Reply]

Wahhh da abis da. Hihihi

Kalamhati said... [Reply]

Salam ziarah..

pernah baca hasil karya ramli awang mursyid ni tp lupa dah tajuk apa..=)

Elly Jade said... [Reply]

ulasan yg sgt mantap
akk kalau novel RAM mmg x leh nk ulas
sbb xtau nk stat dr mana.haha

x sabar nk crk buku ni

Pendamba Mawar said... [Reply]

cam best jer...hurm..

ps napa kak aima marah sangat komen sampai 3 komen.haha

Al - Mu'allim said... [Reply]

Salam 'alaik.

Wah, cepatnya.

Selepas pembaca perenggan pertama entri ni, terus saya melompat ke ruangan komen. Tidak mahu menjejaskn tumpuan pembacaan nanti :)

Apapun, terima kasih atas reviewnya.
Ternyata saya sudah terlambat utk memilikinya.

Ckin Kembaq said... [Reply]

Gud Luck dik.. ^_^

Muslimah Optimis said... [Reply]

@fRaMe LenSeS hehe.. nak menghabiskan tu pada jugak la kan.. huhu

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Kalamhati novel2 beliau banyak yang best2.. :-)

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Suhaili Sarif cari jangan tak cari.. heheh

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Pendamba Mawar memang best pon.. ala line xok kot sampai naik komen 3 kali.. huhu

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Al - Mu'allim waalaikumussalam.. hehehe.. saya tak review banyak pon, masih meninggalkan persoalan tanpa jawapan.. cepat memilikinya cikgu sebelum terlambat

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Ckin Kembaq thax.. tapi bila masa MO jadi adik pulak.. huhu

Unknown said... [Reply]

cite ni mmg best..lgpun novel2 karya Ramlee Awang Murshid ni mmg sume best2..