Fiksyen 302 - RAM


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sabtu lepas MO dan dua orang penulis yang lain telah ke Karangkraf untuk shopping novel. Hehehe. Rujuk sini untuk maklumat lanjut. Semua novel yang MO beli adalah bergenre triller. 4 buah daripadanya adalah karya RAM. Ohhh, MO sangat mengangumi cara penulisan beliau yang berlandaskan fakta dan beliau menyusun kata dengan baik sekali. 

MO nak cerita sikit mengenai Fiksyen 302 yakni novel terbaru beliau yang diterbitkan oleh Alaf 21. Beliau mula menulis novel tersebut pada 27 Februari 2011. Hanya beberapa bulan sahaja, novel tersebut teah diterbitkan dan mendapat sambutan bak goreng pisang panas. Superb. Sungguh teruja untuk membacanya.

Fiksyen 302 mengisahkan mengenai empat orang pesakit mental yang melakukan pembunuhan kejam. Selepas melakukan pembunuhan kejam tersebut mereka akan menanggalkan semua pakaian seterusnya menghubungi pihak polis dan mereka akan menyerah diri dalam keadaan yang berbogel. Kenapa mereka berbogel??? Jawapannya anda akan dapat di dalam Fiksyen 302. Silalah baca kalau nak tahu kenapa. Heheheh.

Siasatan demi siasatan dibuat, rupa-rupanya Zonan iaitu "roh jahat yang tidak berwajah" yang menyuruh mereka berbuat demikian. Motifnya adalah membalas dendam terhadap kematian Zarina Mustapha. Siapa Zarina Mustapha? Kena baca Fiksyen 302 untuk menemui jawapanya. Heheheh lagi..

Siapakah Zonan?? Kenapa Zonan mahu mereka membunuh mangsa yang terlibat dalam kematian Zarina Mustapha? Memang agak pening kepala membacanya, kerana sekejap kita akan ke zaman 2032, sekejap ke zaman 2012, sekejap ke zaman 2014, sekejap kita akan ke Hospital Permai, Wad Psikatri, sekejap kita akan ke Kuala Lumpur, sekejap kita akan ke lokap, sekejap ke mahkamah, sekejap kita akan ke bilik eksperimen. Semua tempat-tempat ini menjadikan MO lebih teruja nak menghabiskan pembacaan.

Pada awal pembacaan memang MO tak dapat nak menduga bahawa ada rahsia yang tersembunyi di sebalik watak Dina Din. Siapa Dina Din? Dina Din ialah seorang penganalisis saham yang berjaya. Namun setelah helaian demi helaian diselami setiap ayatnya, menjadikan MO tak sabar-sabar nak menghabiskan pembacaan walaupun hari ni merupakan hari yang ke 5 pembacaan MO. Masih ada 14 bab untuk MO menoktahkan pembacaan.

Tak sabar nak tahu siapa Zonan. Siapa dalang di sebalik cerita ni. Adakah cerita ni lebih kurang cerita Rahsia Perindu? Rahsia Perindu diterbitkan pada tahun 2005 dan itu merupakan novel pertama RAM yang MO baca. Memang menguji minda. Fiksyen 302 pun macam lebih kurang sama dengan Rahsia Perindu cuma jalan cerita Rahsia Perindu MO dah lupa sebab MO baca pun masa zaman sekolah. Huhuhuhu. 

MO kata : Kepada semua peminat novel thriller anda patut dapatkan novel ini dipasaran. Satu lagi MO cadangkan anda membaca Novel Hero karya Hilal Asyraf yakni sebuah novel Islamik yang penuh dengan aksi. Sangat seronok untuk menghabiskan helaian demi helaian sehingga tiba ke noktah terakhir. Tapi mungkin ada ramai peminat novel yang tidak gemar untuk membaca genre sebegini. Cuma yang mahu MO katakan, carilah bahan bacaan yang menguji minda untuk berfikir :-)

Sekian Wassalam.


14 Pesanan:

fRaMe+LenSeS said... [Reply]

A'ah kn? Asik cinta ja. Pala pusing. Ehh silap jd jiwang. Miahahaha

Erin Azizan said... [Reply]

terbaik...RAM mmg suka buat org pening mcm Mandatori ngan Rahsia Perindu jugak la plot dia ni...hehe tenksss ada jugak review novel ni =)

K O R I E said... [Reply]

salam MO,
Dh lama kita berminat nk baca novel thriller dri RAM tapi smpai skrang xbeli2 lagi novelnya..

bila Mo tulis mcm ni lg la kita rsa nk beli scpat mungkin.

Mohamadazhan.com said... [Reply]

pernah dgr Zonan tu.hehe.tapi dah tak ingat...buku Hilal Asyraf bagus dibaca =)

Sue Izza said... [Reply]

tak sabarnya nak lengkapkan koleksi novel RAM ni..ari tu tgk kat alamanda tak de lagi..huuu

Nurul Mazni Sawal said... [Reply]

datang sini bace review fiksyen 302.. adoishhh.. geramnye tak dpt2 lagi buku nie.. buku first yg sy bace adelah sekuel2 tombiruo.. memang best.. start from that jatuh cinta ngan hasil penulisan RAM.. paling terkesan kat hati, novel hatiku di harajuku.. :)

Elly Jade said... [Reply]

wooowww...akk suka rahsia perindu
akhirnya RAM kembali mengganas..hihi
x sbr nk beli buku ni

Muslimah Optimis said... [Reply]

@fRaMe LenSeS bukankah anda memang seorang yang jiwang.. hehehe

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Erin Azizan ya tapi penulisannya superb kan.. ada sambungan rview

Muslimah Optimis said... [Reply]

@K O R I E wasalam.. baca jangan tak baca kerana tak rugi membaca sesuatu bahan bacaan yang mencabar minda manusia untuk berfikir

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Mohamadazhan.com hehe.. Zonan tu watak kartun.. Ya, Hilal Asyraf salah seorang penulis muda yang sangat berbakat

Muslimah Optimis said... [Reply]

@puteri rimba aha sebab baru je dilancarkan 2 disember hari tu.. MO beli kat pesta buku karangkraf

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Nurul Mazni Sawal hehehe.. novel2 beliau semua best2 kan

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Suhaili Sarif beli kak jangan tak beli.. heheh.. hadiah buku untuk saya jangan lupa.. hehe