Ramlee Awang Mursyid Penulis Thriller No.1 di Malaysia


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Entry ni mengisahkan mengenai seorang blogger yang katanya belum pernah menjejaki ke Perlis Indera Kayangan. Tetapi hakikat hidupnya dia sudahpun menjejakkan kaki ke negeri Perlis pada penghujung tahun 2008. Aduhaiiiiiiiiiii.. Padang Besar tu di Perlis rupanya. Selama ni dia ingatkan di Kedah. Ishhh..Ishh..Ishhh.. Tragis kan.. Kalau tahu Padang Besaq tu kat Perlis maknanya dia dah menjelajah ke seluruh negeri di Malaysia ni. 

Intro je berkenaan Padang Besar di Perlis ni.  Entry sebenar sila scrol ke bawah gambar. :-)




Hari Sabtu yang lepas bersamaan dengan 2 Disember 2011 atau dalam bulan Hijriahnya 6 Muharram 1433 MO bersama dengan seorang novelog hebat di alam Blogging ni yakni  Nadh dan pembaca Novel Tegar yang sudah mempunyai mini libary di rumahnya iaitu kakak Shida Anwar mengadakan satu pertemuan sulit.

Kami bertiga berjumpa di Extreme Park Shah Alam sebelum bergerak menaiki Kuda Biru Kak Shida yakni kereta Saga SEnya ke sebuah destinasi yang sudah dirancang perjalanannya berminggu-minggu lamanya. Perjalanan dimulakan lebih kurang jam 3 petang dan sesampainya kami di tempat yang dituju yakni sebuah kawasan yang penuh dengan bangunan yang dicat putih dan ungu, Fuhhhhhhhhhhh, ramainya manusia di Pejabat Karangkraf ni walaupun hanya ada beberapa khemah sahaja yang dipasang. Dengar-dengar cerita Awal tahun depan akan ada lagi Sales. Ohhh, membeli sakanlah ye kepada semua peminat Novel.

Nampak tak gambar di atas tu, semua tu adalah koleksi novel yang dibeli oleh kami bertiga. Novel yang MO beli semua adalah genre thriller. Yang barisan paling bawah tu, dua yang paling kanan tu bukan MO punya ye. Hehehe.. Sekarang ni novel-novel cinta selalunya akan menjadi pilihan terakhir untuk dibaca. MO lebih gemarkan novel thriller dan aksi selain daripada Islamik Novel. 

Yang paling menarik pada pertemuan kami bertiga itu adalah blogger Nadh masak Spageti dan dihabiskan oleh MO. Dah lama sebenaqnya nak makan spageti ni, pastu tetiba balik-balik rumah rumet pun masak spageti memang rezeki MO la Sabtu lepas makan Spageti Bolongnise dan Carbonara. Heheheh... Alhamdulillah. Allah mendengar doa MO. :-) 

Sebenarnya, MO dah menghabiskan beberapa buah buku dan novel dalam bulan Oktober dan November yang lepas cumanya MO tidak ada semangat nak mereviewnya. Hati memang nak review tapi, seperti ada sesuatu yang menghalang MO untuk berbuat demikian yakni satu semangat hitam (penyakit M) yang beraja di hati ditambah pulak dengan kesibukan sebagai seorang pendidik. Kalau ada kelapangan akan direview InsyaAllah..

Errrr, kenapa tajuk berkenaan dengan RAM??? Sebabnya MO borong 4 daripada novelnya yang masih belum dibaca oleh MO. Sebelum ni MO hanya pinjam saja kebanyakkan novel-novel Melayu ni, baru sejak dua tiga tahun lepas MO mula membeli novel-novel Islamic dan Thriller untuk dijadikan koleksi disamping buku-buku yang memberi manfaat pada si pembaca. Impian MO, MO akan memiliki sebuah Mini Library di rumah MO sendiri nanti. Ameen.

Uktuk maklumat semua, MO beli 7 buah novel, ditambah dengan meminjam 3 buah novel koleksi Bagaikan Puteri karya RAM menjadikan jumlahnya 10 buah dan akan menyusul 2 buah lagi sekuens Bagaikan Puteri setelah tuannya menghabiskan bacaan. Kesimpulannya, ada 12 buah novel yang akan menjadi stok bacaan MO untuk setahun, Erkkk, yeke setahun, ke setengah tahun?? Hihihi.. Apa pun bergantung kepada kelapangan masa MO membaca novel dan membaca buku ilmiah untuk pengajaran MO..

Semoga kita semua dipermudahkan urusan selalu.. Ameen

MO kata : MO tidak lupa hutang pada blog ini.. Akan MO lunaskan 1 persatu. InsyaAllah

Sekian Wassalam. 

14 Pesanan:

Erin Azizan said... [Reply]

one word....S.A.K.A.N!

.::.MY.s.e.l.f.::. said... [Reply]

a'ah.. yer la, padang besar kat kedah.. hehehee.. nnty pinjam ya novel2 nie.. nak ngorat kak shida anwar plak past nie..

PUCCAnis said... [Reply]

saya peminat setia RAM..:)
setakat ni semua novel beliau dlm koleksi..jgn lupe baca siri BAGAIKAN PUTERI...mmg terpaling best..haha

Kira Sakura said... [Reply]

kami bru dpt blek mood nk bce novel.. RAM novelis thriller yg mmg kami minat!!! :)

Yildirim Fateh said... [Reply]

boleh pinjam novel RAM lepaas nie..hoho,,

terbaiK novel RAm

Jay Saja said... [Reply]

MO, peminat ram semua tengah hangat bercakap tentang novel baru sekarang ni. fiksyen 302. make sure beli bila ada kat pasaran nanti ye. saya dah order siap2. ;) kekeke.

Jay Saja said... [Reply]

baru perasan! fiksyen 302 ada dalam senarai! ala. terjeles la pulak. ;) hehe. selamat membaca, MO! :D

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Erin Azizan heheheh... BORONG SAKAN

Muslimah Optimis said... [Reply]

@.::.MY.s.e.l.f.::. boleh je nak pinjam epas akak baca ye

Muslimah Optimis said... [Reply]

@PUCCAnis sedang usaha untuk membaca sekuel bagaikan puteri

Muslimah Optimis said... [Reply]

@kiera'sakura sebab RAM penulis hebat kan

Muslimah Optimis said... [Reply]

@shairazi sharizan boleh je nak pinjam.. hehehe.. pi pinjam kat library.. hehehe

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Najmah A. M heheheh.. MO tengah membaca Fksyen 302.. superb idea yang memeningkan kepala.. tak boeh nak predict sangat.. lebih kurang macam rahsia perindu jugak kot

Yildirim Fateh said... [Reply]

libry Um ka?