Teater 1 Plastik Hitam- Review Penuh


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Entry ini adalah rentetan daripada entry ini. 
Tolong baca entry terdahulu untuk kefahaman cerita.. Terima kasih

KLCC tu bukannya kecik kan, jadi kami tersesatlah. Huhuhu. Pusing sana, pusing sini kami tak berjumpa dengan laluan ke Convention Centre sebab Along dan Iffah ada di sana. Ada macam-macam pameran kata Along dan Iffah. Last-last kami jumpa di depan pokok krismas kat tengah-tengah tu. Dah berjumpa tu, kami pun terus menuju ke kereta dan menghala ke bangunan DBP untuk menyaksikan persembahan teater 1 Plastik Hitam yang hanya dilakonkan oleh 5 watak. Tapi memang banyak mesej berguna dalam teater ini. Tahniah kepada penulis skripnya. 

Sebelum sampai ke DBP pun kami agak sesat jugak menyebabkan kami sampai agak lewat dan setelah hampir setengah jam teater dimulakan. 

Review Teater 1 Plastik Hitam

Kisahnya bermula apabila seorang Busker menyuruh seorang budak berpakaian sekolah menjaga Taman Larangan Membuang Bayi sehingga dia datang semula sejam kemudian, tetapi tiba-tiba muncul perempuan berpurdah membawa sebuah beg plastik hitam yang besar tetapi tidak diketahui isi kandungannya.

Perempuan bepurdah itu meninggalkan plastik hitam tersebut di atas sebuah kerusi di taman larangan itu dan dia meminta budak perempuan yang berpakaian sekolah itu untuk menjaga  platik hitam tersebut. Katanya dia mahu mengambil barang yang tertinggal.  Sedikit pertengkaran kecil beraku apabila si budak perempuan berpakaian sekolah itu ingkar pada mulanya kerana kedatangan dia ke taman itu untuk menghilangkan tekanan disebabkan putus cinta. Budak perempuan berpakaian sekolah ini, memaklumkan kepada perempuan berpurdah itu bahawa teman lelakinya meminta putus dan keputusan teman lelakinya itu diisytiharkan di  FB, yang menyebabkan budak perempuan berpakaian sekolah ini berasa malu.

Tahu apa yang dilakukan oleh perempuan berpurdah ini?

Perempuan berpurdah ini dengan selambanya mengambil laptop budak perempuan berpakaian sekolah ini dan menghempuknya sampai berkecai, kononnya nak menyelesaikan masalah tapi masalah tu bukan selesai pun kan (ceteknya kan pemikiran sesetengah manusia ni. Inilah yang berlaku dalam dunia realiti, marahkan isteri, anak ditangankan). Kemudian dengan tergesa-gesa perempuan berpurdah itu meninggalkan tempat itu. Tinggallah budak sekolah tadi mengenangkan nasib diri. Satu ayat yang MO suka "walaupun putus cinta saya tak akan mati dengan sia-sia" (yela kan, satu tindakan bodoh jika ingin mati sebelum masanya, ingat mati tu senang ke?? Sakit yang paling sakit adalah sakit ketika menghadapi sakaratul maut).

Sedang budak sekolah itu mengenangkan nasib dirinya datang pula seorang lelaki perkasa. Lelaki perkasa tersebut cuba mengalihkan plastik hitam itu kerana mahu duduk di kerusi yang disediakan. Dengan tegas budak perempuan berpakaian sekolah tadi menghalangnya. Lelaki perkasa ini dengan berfikiran negatif cuba meracuni pemikiran budak perempuan berpakaian sekolah itu. Dia menyatakan bahawa kemungkinan terdapat bom di dalam bugkusan platik hitam itu. Tetapi budak perempuan berpakaian sekolah ini tetap positif tidak bulat-bulat mempercayai kata-kata si lelaki perkasa (sifat ini yang kita mahukan, positif selalu).

Pada waktu ni banyak pengulangan dialog demi untuk mempertahankan plastik hitam itu supaya tidak disentuh dan dialihkan dari tempatnya.

Datang pula graduan musflis mempengaruhi pemikiran mereka berdua menyatakan bahawa kemungkinan dalam beg plastik hitam tersebut ada sejumlah wang yang nilainya jutaan ringgit. SI lelaki perkasa terus terpengaruh tetapi si budak perempuan berpakaian sekolah ini masih lagi setia dan tetap dengan pendiriannya kerana amanah yang dipegang.

Kesudahannya, budak perempuan berpakaian sekolah itu dirogol dan dibunuh kerana ingkar dengan kata-kata graduan muflis dan lelaki perkasa.

BILA SYAITAN MENGETUK PINTU HATI, SEORANG ALIM JUGA AKAN TEWAS JIKA TIDAK BERLAWAN DENGAN NAFSU SENDIRI. MANUSIA MEMANG MUDAH TEWAS PADA NAFSU, TAK KIRA SAMA ADA NAFSU MAKAN, SHOPPING ATAU APA SAHAJA.

MOST :

Latar tempat :
Taman Larangan Membuang Bayi (mungkin mesej yang nak disampaikan jangan buang bayi kot, tapi berdasarkan props banyak pulak patung-patung bayi yang dibuang berselerakkan)

Amanah : satu sifat yang perlu ada pada semua manusia. Amanah ni dituntut. Apa yang kita buat di dunia, akan disoal di akhirat kan. Budak perempuan berpakaian sekolah tetap dengan pendiriannya bahawa beg plastik hitam yang diamanahkan kepadanya tidak disentuh, dibuka dan dialihkan dari tempatnya.

Berbaik sangka dan positif : Bila kita positif selalu barulah aura-aura positif akan berlegar-legar di sekeliling badan kita. Seperti budak perempuan berpakaian sekolah sentiasa positif dan bersangka baik bahawa di dalam beg plastik hitam tersebut mungkin ada sesuatu yang baik (lupa pulak ayat yang dinyatakan).

Jangan besarkan perkara yang remeh.:

1. Ni mungkin part putus cinta tu kan. Kalau dah putus tu putus la kan. Kecewa memang la kecewa tapi hidup tetap kena teruskan kan. Jadi mahu tak mahu kena kuatkan semangat untuk menghadapi hari-hari mendatang dengan penuh keceriaan dan motivasi untuk berjaya. Putus cinta bukan penghalang untuk kita berjaya kan.

2. Haihhh, dah orang kata JANGAN tu JANGAN la, tapi mentaliti masyarakat sekarang ni kalau orang kata jangan tu la yang nak dibuatnya. Semangat INQUIRI tinggi sangat kan.
Mungkin ada banyak lagi mesej yang nak disampaikan. Ada juga ayat-ayat sakarstik dalam tu yang berkaitan dengan kejujuran, pilihanraya dan apa lagi ntah tak ingat pulak. Huhuhu. 

BTW, korang nak tau tak ada apa dalam plastik hitam yang diberi ARAHAN supaya JANGAN disentuh, dibuka dan dilalihkan????

jeng.. jeng.. jeng..

MO pun tidak mengjangkakan ada tetttttttttt... Hihihihi...

Menurut perempuan berpurdah itu, dalam beg plastik hitam tersebut mengandungi lampin pakai buang bayinya semenjak lahir sehingga sekarang dan satu yang sirius jika berlaku dalam dunia realiti. Tahu apa BARANG YANG TERTINGGAL OLEH PEREMPUAN BERPURDAH tu????? Grrrrrrrrrrrrrrrrr.. Bayinya sendiri. Memang malang betui kalau tertinggai anak ni.. Haishhhhh...

Tapi semasa di akhir persembahan, diceritakan kembali oleh perempuan berpurdah kepada busker tersebut apa yang terjadi. Bila si perempuan berpurdah tadi ingin mengangkat beg plastik hitam tersebut, tak termampu diangkat olehnya. Kerana isinya telah ditukar. Mayat budak perempuan berpakaian sekolah tadi ada di dalamnya.

Apa yang MO boleh katakan di sini. Penceritaan yang menarik. AMANAH walaupun diminta menjaga sebuah bungkusan plastik hitam (plastik sampah) yang tidak diketahui isi kandungannya dan diminta pula untuk dijaga oleh seorang yang tidak dikenali. Bukan calang-calang orang boleh AMANAH macam ni kan.

Cuma yang tak paham, mana plastik hitam asal jika dalam bungkusan tersebut dimasukkan mayat budak perempuan berpakaian sekolah tu??? ngeh4....

Dan satu yang MO tak puas hati di akhir teater ni dibuat penyingkiran (entah MO pun tak paham, ala-ala macam penyingkiaran AF tu siap bawak beg segala bagai). Lelaki perempuan berpegangan tangan, berpelukan. Commonlah guys, bukan muhrim ok. Malu la sikit depan orang ramai kot. Yang pakai tudung pun sama je. Tak tahulah wataknya bertudung tapi sebenarnya tidak bertudung ke wallahualam. Dah pakai tudung lepas tu nak berpeluk-peluk pulak dengan lelaki (yela berpelukan kesedihan la kononnya). Haahhhhhhhhhh... Tak boleh diterima akal.

MO kata : AMANAH lah dalam melakukan setiap pekerjaan. MO pun sedang mendidik jiwa untuk menjadi seorang yang amanah malah lebih amanah.

Tambahan daripada seorang penggiat teater iaitu Along Usop : 

Teater ni sebenarnya banyak menegur dalam bentuk sarka (perli)

1. Tentang watak wanita berpurdah tu merujuk kepada banyak artis kita yang berpurdah hanya dalam lakonan tapi kat luar??? sebab tu dia pakaikan legging pink (warna terang)

2. Tentang tempat dilarang membuang bayi tu dia sarka 2 perkara
i - banyaknya pembuangan bayi sampai dah jadi perkara biasa sekarang ni.

ii- kat tempat yang orang larang buang sampah lah berlungguk sampah dibuang

Sekian Wassalam.




4 Pesanan:

Udin said... [Reply]

as-salam

hurmmm.. macam menarik jugak teater ni..

AlongUsop said... [Reply]

Salam K.A. :)

thanx sebab sudi teman along g tengok teater tu... kalau tak.. memang along tak g la nampaknye.. ;P

teater ni sebenarnya banyak menegur dalam bentuk sarka(perli)

tentang watak wanita berpurdah tu
merujuk kepada banyak artis kita yang berpurdah hanya dalam lakonan tapi kat luar =.= sebab tu dia pakaikan legging pink*warna terang

tentang tempat dilarang membuang bayi tu dia sarka 2 perkara
-banyaknya pembuangan bayi sampai dah jadi perkara biasa sekarang ni
-kat tempat yang orang larang buang sampah lah berlungguk sampah dibuang


:)

Kira Sakura said... [Reply]

dh tue mane pegi baby tue?

Ce'gu JAERA said... [Reply]

wah, panjangnye.. (",)