Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Lama ruangan ini dibiarkan sepi. Saat ini jari-jemari mula menari-nari menaip aksara untuk tatapan pembaca.
Allah menyibukkan manusia dengan urusan dunia, kerana Dia mahu menguji sejauh mana ketaatan hambaNya. Kesibukan dunia memang tidak akan pernah habis melainkan maut datang secara tiba-tiba. Rehatlah kamu di alam sana.
Allah memasukkan rasa kasih dan sayang dalam hati manusia kerana Dia mahu hati kita lebih dekat padaNya. Rasa itu wujud apabila Pencipta Rasa itu (Allah) berkehendakkannya. Biar ia tumbuh mekar tanpa perlu diusik oleh Pemilik Rasa. Biarkan masa itu datang tanpa perlu dipaksa. Jika benar seperti ketentuanNya, terimalah dengan redha.
MO kata : Menanti dengan penuh sabar keputusan temuduga. Penantian itu adalah satu proses untuk mendidik jiwa menjadi insan yang sabar kerana sabar itu adalah separuh daripada iman.
MO kata lagi : Hanya entry pendek yang mampu dikongsi. Salam Maulidur Rasul.
Sekian Wassalam.
9 Pesanan:
salam maulidur rasul mari kita sama2 banyakkn selawat.
owh saya pun dah jarang2 nak update sebab kesibukan mencari rezeki.rindu juga nak baca entri di sini,teruskan berkongsi cetusan hati sebab kami semua setia di sini ^^
xpe sabar...yup salam maulidurrasul :)
interview apa tu cik kak?
insyaALLAH saya doakan MO berjaya. aminn :)
MO, di mana menghilang?
@||aLeaSaRa||
terima kasih aleasara kerana sudi nak membaca entry di Laman MO.
@Bulan Syurga Firdausi
sabar itu separuh daripada iman kan encik bulan
@CikTomyam
interview PPPS41
@FiZ
MO ada je kat sini.. terima kasih fizah selalu jenguk laman MO
Post a Comment