Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Warna bendera negeri Terengganu Darul Iman adalah hitam dan putih. Dalam apa sahaja yang kita lakukan mesti ada hitam dan putih kan, perlu ada dokumen bertulis, tak cukup sekadar hanya cakap mulut sahaja. Ok, bukan nak cakap pasal warna hitam dan putih ni, tapi sekadar nak maklumkan dan berkongsi pengalaman dengan semua pembaca mengenai trip MO ke Terengganu bersama sahabat dari UM.
Kami memulakan perjalanan pada jam 9.30 malam dari Shah Alam (MO, Fa, dan Kir bersama Pok Ya). Jam 6.00 petang je terus bersiap-siap balik untuk kemas barang dan bawak apa yang patut ke Terengganu (selalunya kami balik lewat - MO, Fa dan Kir, bukan sebab nak bodek bos tapi sebab banyak kerja yang tak tau nak siapkan yang mana dulu, huhuhu). Kemudian, kami singgah di Pantai Permai. Di sini, muatan kereta adalah sebanyak 6 orang dengan pertambahan Kak Ain dan Sarah. Kami naik Alza yang disewa dengan bayaran sebanyak RM 450 untuk tiga hari. Tong-tong sorang sikit.
Kemudian perjalanan ke Terengganu bermula pada jam 11 malam dari Pantai Permai. Sepanjang perjalanan tu MO mampu bertahan sehingga jam 12.15 pagi je, then terus ketiduran sehingga hampir sampai ke Kerteh. Subhanallah, memang cantik lampu-lampu di Kawasan Perindustrian Minyak Terengganu (apa entah nama sebenarnya, MO lupa la pulak). Tapi tak boleh amik gambar, siap ada tulis DILARANG MENGABIL GAMBAR tapi mungkin juga ada orang yang amik kan. Jadi MO try google nak cari gambar Petronas. Jmpa sekeping gambar dari blog adunancahaya.
Cuba klik gambar tersebut untuk mengetahui serba sedikit mengani Loji Petronas Kerteh. :-)
Kami sampai di rumah Fa yang bertempat di Dungun pada jam 5 pagi. Sementara nak menanti subuh tu terus check senarai nama untuk temuduga bagi Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah sebab dimaklumkan senarai nama untuk empat negeri dah keluar. Ya, MO kena temuduga pada 30 Januari 2012. Masa yang ada kurang dari 10 hari. Ditolak percutian MO ke Terengganu ni, bertambah kuranglah hari untuk persediaannya. Yang menambahkan kerunsingan MO apabila hujung bulan ni juga akan diadakan Audit dalaman bagi kursus Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak, dan MO sebagai pengajar perlu menyediakan segala jenis fail yang berkaitan untuk audit tersebut dan MQA pula akan berlansung pada 14 dan 15 Februari 2012. Memang runsing, dengan belum ulangkaji untuk temuduga. Huhuhu. Semoga Allah permudahkan urusan. Ameen.
Hurmm, perjalanan 210112 dimulakan pada jam 9.25 pagi menuju ke kampung yang terpanjang di Terengganu iaitu kampung Delong (The Long) heheheh, untuk menghadiri majlis akad nikah seorang sahabat dari UM. Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik. Ada satu pertemuan yang tak dirancang berlaku di rumah sahabat tadi. Dalam entry berkenaan Tunang Saya Berusia 25 tahun, ada dinyatakan tarikh jemputan walimah sahabat-sahabat. Dan tanpa disangka di kediaman Wan Hasanah, terjumpa dengan Che Det (rakan sepejabat) yang merupakan bekas teman serumah suami pengantin perempuan. Patutlah, mula-mula ternampak kelibat Che Det, eh macam kenal. Che Det pun perasan MO dan Fa agaknya, dia angkat kening menandakan kami tak salah orang. Minggu depan gilirang Che Det pulak bergelar suami orang. :-) Saya tumpang gembira.
Balik dari rumah Kak Anah, kami ke pekan Dungun sebentar untuk membeli hadiah kepada pengantin. Hadiah tak sempat nak beli. So bagi hadiah lambat sikit. Hihi. Lepas beli barang terus pulang ke rumah Fa, memandangkan Adah dan dua orang adiknya telah sampai. Adah singgah umah Fa selepas ke walimah kak anah. Adah merupakan partner praktikal MO dulu. :-) Kemudian, sampai pula Jie dan Linda yang juga sahabat dari UM. Sekarang masing-masing berdebor nak temuduga. Huhuhu.
Disebabkan tidak berapa nyeyak tidur semasa dalam perjalanan ke Terengganu, masing-masing ketiduran keletihan. Selepas asar, lebih kurang 5.45 petang, kami bersama dengan ahli keluarga Fa, menuju ke Pantai Teluk Gadong untuk menikmati hembusan angin pantai sambil-sambil makan keropok lekor. Sedap sungguh dihembus bayu pantai.
Kejadian di pantai yang menarik minat MO apabila seorang bapa mahu mendidik anaknya menjaga alam sekitar dengan menyuruh anaknya yang berusia dalam lingkungan 5 tahun, mengutip sampah yang berdekatan dengan kakinya. Si ayah juga hanya membiarkan si anak bermain pasir pantai. Sebenarnya dalam proses pembelajaran, bermain pasir adalah suatu aktiviti yang digalakkan kerana aktviti ini akan meningkatkan keupayaan motor kecil dan motor besar kanak-kanak.
Kami pulang bila waktu hampir jam 7 petang. Sampai di rumah lebih kurang jam 7.30 petang. Malamnya, sangat meriah apabila kami dihidangkan dengan ikan dan kerang bakar. MO makan sangat banyak. Sebab sedap. Hihihihi.
Lepas makan dan mengemas, tentulah sesi merehatkan diri. Esok akan sambung perjalanan ke Kuala Terengganu. Hajat di hati nak melawat Taman Tamadun Islam dan pusing-pusing sekitar Masjid Kristal. Esok ada diskaun sempena cuti sekolah. Diskaun RM 5 je pun. Tapi menguntungkan. Dengan RM 5 macam-macam boleh buat kan. :-)
MO kata : Percutian yang best tetapi jiwa sedikit runsing dengan panggilan temuduga dan urusan di tempat kerja yang sangat banyak. Walau apa pun, jangan berhenti berusaha untuk mencapai yang terbaik. Pesan seorang sahabat, nama baik kita kena jaga.
Nantikan perjalanan esok pulak. :-)
Sekian Wassalam.
11 Pesanan:
Wah... Bila tengok gambar tu teringat kenangan balik besut masa kecik2 dulu...
Welcome to terengganu! kalau ade kat ganu sekarang, boleh ajak singgah rumah. hehe.
salam,
temuduga tuk ppps tu tuk jawatn skrg ni ke? rasanya mcm jwtn cikgu jer... actually, mo skrg ngajar kat mana?
makin bertambah2 bz naa...
wahh terengganu.,,thanks share info ni ye =)
do follow my blog~
na na na na na ganu kite! hiks! ;)
lepasni kalo datang lagi, leh la jumpe. :p
@Bella
bella orang besut ye?? hehe.. nanti boleh singgah rumah bellah pulak
@Areef Ibn Naim
wasalam.. aha jawatan cikgu.. masa entry ni ditulis aima mengajar kat Kolej PTPL under MSU. sekarang ni mengajar kat Pusat Anak Permata Negara
@Ckin Kembaq
semakin bertambah usia, semakin banyak komitmen sayangku ckin.. hehe
@Firdaus®
u r welcome.. ok saya akan menerjah ke blog kamu
@Miss Butterfly
miss rama-rama ni orang terengganu jugak eh.. insyaAllah nanti kita jumpa ye
Post a Comment