Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Mandatori. Cased Closed.
Mengambil masa hampir setengah tahun untuk menghabiskan bacaan novel RAM yang satu ini. Bukan apa, baca sikit satu dua bab dah tertangguh sehingga 6 bulan. Banyak komitmen lain daripada nak baca novel ni. Sebenarnya banyak juga report belum siap ni tapi hati tak keruan jadi, tak mau sibukkan diri dengan kerja, bacalah novel. Hihihi.
Dua tiga hari lepas memulakan pembacaan semula. MO mengambil masa 6 hari untuk menghabiskan bacaan Mandatori ini. Fuhhhhh... Jangkaan yang tepat tapi sedikit tersasar. Tidak menjangkakan plot ceritanya begitu.
Amran, Bogart (nama yang paling MO suka dalam cerita ni), Norman dan Carlos dan Bilal Piut. Orang yang sama tetapi mempunyai watak yang berbeza seperti ada satu kuasa asing terhasil daripada kuasa minda.
Segala-galanya bermula apabila Tassan (ayah kepada Amran merangkap pemandu Datuk Johari. Datuk Johari pula merupakan ayah kepada Juliana iaitu orang yang paling Amran cintai) dihukum gantung sampai mati atas tuduhan membawa dadah seberat 2 kg. Wohaaaa. Angkara siapa ini dadah? (bahasa apa dipakai ni. Hohoho). Sejak peristiwa itu hidup Amran tertekan. Amran berhenti sekolah dan menolong Tua Putih menangkap ikan di laut tapi malang tidak berbau. Bot yang dinaiki mereka dipukul ombak besar yang menyebabkan Amran terlantar di tepian pantai.
Kalau baca cerita ni sekejap kat sana sekejap kat sini. Perlu bersabar untuk mengetahui jalan ceritanya yang banyak selekoh. Malas nak tulis panjang-panjang. Peminat-peminat novel triller, selamat membaca ye. :-)
Apapun penulisan RAM memang semuanya best-best. Pemikiran di luar kotak. I loike so much.
MO kata : Selepas ini 9 Nyawa by RAM atau Meniti Maut by Eyman Hykal??
MO kata lagi : Sepatutnya MO kena baca Meniti Maut dulu by Eyman Hykal ni baru Detik Debar tapi masa beli hari tu terus pi baca Detik Debar, rupanya Detik Debar tu sambungan Meniti Maut. :-( Pengajaran lain kali baca sinopsis dulu. Huhuhu.
Sekian Wassalam.
9 Pesanan:
salam
saya selalu juga baca novel kalau masa lapang tapi tidak pernah baca lagi karya RAM.
ni zmn dlu2 kan kak
Assalam, kak MO.
Saya dah baca Mandatori. Kalau sudah baca novel RAM ni, memang saspens.
Lepas ni bolehlah kak MO baca Fiksyen 302.
Saya memang pembaca tegar novel RAM. Ada sesuatu yang benar-benar menarik dalam setiap novel beliau. ada kelainan.
Pernah baca novel Bagaikan Puteri? saya ada buat review tentang novel ni. Bolehlah kak MO singgah blog saya nnt.
wassalam. :)
Buku RAM bukan ke biasanya bercorak mistik ke... tak pernah baca...Maaf kalau tersilap..:)
@Mencari Sinar
terima kasih kerana singgah
@Mohamadazhan.com
wasalam.. novel RAM best-best tau.. lain dari yang lain. Bila dah baca mesti rasa nak baca lagi
@Iffah Afeefah
novel ni zaman dulu dan zaman sekarang
@annur hafizah
wasalam.. semua novel yang dinyatakan akak dah baca.. hehe.. fiksyen 302 dibaca dulu sebelum baca mandatori.. hehehe.. bagaikan puteri tu kisah laksamana sunan kan.. dah baca jugak.. hehe.. syok kan novel2 RAM ni
@C'Jai
aha, mistik dan triller.. best
Post a Comment