Bismillahirahmanirrahim..
Fail mungkin boleh dipadam, FB mungkin boleh dibuang, barang-barang maujud mungkin boleh dilenyapkan dari depan mata, namun bolehkan kita memadamkan semua kenangan dari kotak fikiran kita? Ingatan tetap ada selagi otak masih berfungsi, bahkan manusia mampu untuk menyaksikan kembali semua kenangan-kenangan tersebut.
Quote di atas saya temui di FB suatu ketika dahulu, dikongsikan oleh seorang sahabat. Ciptaan Allah memang hebat. Kadang-kadang imaginasi yang dihasilkan oleh sang otak seperti kita sedang menonton filem di panggung wayang. Setiap yang pernah berlaku dalam hidup kita mampu untuk kita ulang tayang dalam fikiran kita.
Ketika bersembang-sembang dengan seorang sahabat mengenai kehidupan, secara tiba-tiba terkeluar mengenai mengingati yang baik.
Kenapa kita cenderung untuk mengingati perkara yang buruk dalam hidup kita tetapi mudah untuk kita melupakan kebaikan orang pada kita. Ada perumpamaan, "Hanya disebabkan satu kejahatan yang dilakukan akan menutup 1000 kebaikan yang pernah dilakukan sebelum ini".
Selagi kita masih mengingatkan yang buruk-buruk selagi itu hidup kita tidak akan senang. Tetapi apabila kita hanya mengingati yang baik-baik dan melupakan keburukan yang orang lakukan pada kita, hati kita akan lebih senang. Saya pernah mengalami kedua-dua situasi di atas, dan saya akui, bila kita mengingati kebaikan orang dan melupakan keburukan yang dilakukan pada kita hidup terasa lebih indah dan menyenangkan.
MO kata : Ingatlah kebaikan yang orang lakukan pada kita, dan lupakanlah keburukan yang pernah orang lakukan pada kita. Mengingati kebaikan itu adalah mulia. Jom ingat yang baik-baik.
3 Pesanan:
btul apa yg MO smpaikan tu .. dn manusia skrg ni .. bgtu lah .. krn 1 ksilapan skrg .. jk ad 1001 kbaikn y prnh dbuat dlu pn .. xmgkin bguna utk lupakan ksilapan tu .. manusia lbih akn ingt y slh dn buruk .. hmm
begitu la hakikat kehidupan manusia skrg nie..disebabkan 1 kejhatan/keburukan yang dilakukan olehnya..habis lenyap kebaikan yang dia pernah buat sebelum nie..selagi dok ingat kejahatan tu selagi tu kita akan rasa diri nie terseksa...so ingat2 la kebaikan yang pernah dibuat oleh nya..
tak salah kita berbaik dengan orang
kak masih ingat lagi apabila si dia datang ke utara..kak sebolehnya tak nak jumpa..tp mak kata..pergi je..ingat orang tu pernah buat baik dengan kita..so akak pun pergi atas nasihat mak..alhamdulillah...
Saya hanya ingat yang baik-baik sahaja tentang semua orang yg hadir dlm diri ini... Selalu muhasabah diri, yang hadir dalam diri walaupun pernah menyakitkan hati selalu membawa pengajaran yang bermakna.. Tidak mampu membenci & tidak mampu melupakan... Semuanya neutral dalam diri..
Selalu muhasabah diri dengan kata-kata ini: Setiap perkara yang berlaku semuanya dengan IZIN-NYA... Kita hanya mampu menerima segala takdir yang ditetapkan olehNYA... Berbaik sangka kepada Pencipta krn hanya DIA Maha Mengetahui segalanya..
Saya sayang semua yg pernah hadir dalam diri ini... Terima kasih ALLAH kerana menghadirkan mereka semua untukku merasai suka, duka, pahit & manis kehidupan... :-)
Post a Comment