Motivasi Kehidupan

Bismillahirahmanirrahim..

Alhamdulillah, masih diberi sehari lagi kesempatan untuk menghirup oksigen percuma di atas tanah pemberian Ilahi yang semakin tandus diceroboh tangan-tangan rakus manusia. 

Manusia, 
Sering alpa dengan nikmat yang Tuhan berikan,
Sering saja terlupa bersyukur bukan,
Aku tidak mengata kamu, 
Tetapi menunding pada diriku sendiri,
Tapi tahukah kamu dan aku,
Sebahagian daripada iman adalah "sabar"
dan sebahagian lagi adalah "syukur"?

Berbual, berborak dan berbincang dengan seorang rakan mengenai kehidupan. Komplikatedkan hidup ni. Itu kata sesetengah orang yang punya banyak masalah. Habis, kau tak punya masalah? Undercontrol. 

Masalah tu teman rapat manusia. Jika tiada masalah, tidak sempurna hidup bukan. Pernahkah, anda yang sering ditemani masalah tetiba, tiada masalah yang melanda dan anda akan berasa kekok tanpa masalah. Itu normal bukan tipikal.

Motivasi. Motivasi. Motivasi.

Saya tidak katakan bila hanya kita berhadapan dengan masalah sahaja kita perlukan motivasi. Motivasi tu kita perlukan setiap hari. Kalau saya memang perlukan motivasi setiap hari, tidak kisah sama ada saya akan mendapatkan motivasi daripada pembacaan ataupun daripada perbualan. Saya juga tidak katakan kita adalah sama, mungkin orang lain mempunyai pendapat yang berbeza.

Hasil perbincangan santai dengan sahabat yang tua setahun daripada saya, katanya dia mahu sambung belajar tetapi di kala dia diterima masuk ke peringkat ijazah pertama usianya sudah menginjak ke angka dua lapan , saya katakan, bukan dua tujuh ke? Katanya lagi bulan September baru kemasukan pelajar baru kan, jadi lagi 5 bulan ke tahun baru dan angka dua tujuh sudah bertukar menjadi dua lapan semestinya. 

Saya katakan tiada istilah terlambat untuk belajar. Saya pernah menghadiri Kolokium Pembimbing Rakan Siswa peringkat IPTA yang diadakan di UUM, Sintok pada tahun 2008. Pada majlis pembukaan, ucapan diberikan oleh Timbalan naib Canselor ketika itu, yang saya ingat namanya Datuk Dr. Faiz, sekarang Prof.  Madya beliau berkata beliau menduduki SPM kali kedua pada usia 25 tahun, selesai ijazah pertama pada usia awal 30-an, menghabiskan ijazah kedua pada usia 40-an dan menghabiskan ijazah doktor falsafah pada usia 50-an. Kata beliau, tiada istilah terlambat untuk berjaya jika kita mahu berjaya dan berusaha.

Ucapan MO untuk sahabat itu : Selamat berjaya untuk kamu sehingga ke PhD seperti yang kamu cita-citakan. Mahu sambung psikologi bukan? Moga jadi motivator berjaya. Ameen.

MO kata : Dalam hidup ni, tiada istilah terlambat untuk berubah. Kita terlambat apabila kita sudah berada di ambang kematian dan kemudian baru terfikir nak berubah. Itu memang sudah terlambat.

MO kata lagi : Suka untuk saya kongsikan kata-kata Ustaz Pahrol Mohamad Juoi, "Rasa sukar memaafkan insan petanda hati belum benar-benar inginkan keampunan Tuhan". Alhamdulillah. Tiada lagi bebanan tidak memaafkan yang dibawa dari tahun 2012. Hati lapang dan senang apabila sudah memaafkan. 

3 Pesanan:

Muslimah Sejati said... [Reply]

Sy suka kpd MOTIVASI!! Kerana MOTIVASI mampu mendorong sy untuk berusaha menjadi yg terbaik drpd sebelumnya...

Saya inginkan keampunan Tuhan, sy memaafkan semua orang yg melukakan hati sy.. Dan sy juga berdoa org lain juga memaafkan sy... Semoga ALLAH meredhai semuanya, aamiin..

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Muslimah Sejati

ameen.. mudah-mudahan Allah redha

haryzkhairuddin said... [Reply]

tertarik dengan kata-kata Ustaz Pahrol tu.. buatkan diri tersentak sebentar. 'adakah benar diriku tidak mengharapkan keampunan Tuhan...???'