Percutian Sebelum Kahwin

Bismillahirahmanirrahim..

1. Saya suka melancong.
2. Saya suka travel.
3. Saya suka jalan-jalan.
4. Saya suka untuk melihat ciptaan Allah yang Maha Indah.

Kadang-kadang ada yang berkata, sebelum berkahwin dan sementara belum ada komitmen perkahwinan lah kita boleh berjalan-jalan bersuka-ria dengan kengkawan yang sekepala, yang memahami sang jiwa kononnya. Saya juga begitu. Cuma saya hadkan kisah perjalanan saya  sebelum nikah hanya di dalam negara sahaja kerana jika mahu ke luar negara saya sudah niatkan di hati selepas saya menunaikan umrah dan ziarah. InsyaAllah. 

Sebab apa saya mahu ke luar negara selepas menjejakkan kaki ke tanah suci? Mestilah sebab nak travel ke luar negara dengan sang suami. Hehehe. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih. Walaupun saya belum mengetahui siapakah gerangannya lelaki itu (selagi belum bersedia selagi itu Allah tidak bukakan hati dan menemukan kita dengan jodoh kita kan). Moga Allah permudahkan. InsyaAllah. Ameen. Kata seorang sahabat, selagi belum sampai masa, selagi itulah jodoh itu akan bersembunyi. Walaupun dia dah ada di depan mata sebenarnya tapi kita tak tahu dia adalah jodoh kita selagi dia dan kita belum bernikah. Jangan risau tau kalau masih dipertemukan dengan jodoh masing-masing. Lakukan solat hajat selalu. Itu adalah satu usaha dan ikhtiar.

Kesukaan saya yang satu ini (merujuk kepada No. 1, 2, 3 dan 4) memang saya tidak dapat elak. Ditambah pula mendapat keizinan mama dan abah tercinta. Mereka sangat memahami. Tapi kalau saya tiada mood, jangan diajak. Tetap juga jawapannya tidak. 

Percutian Sebelum Kahwin membazir tak? Kadang-kadang saya rasa membazir, kadang-kadang saya rasa tak sebab saya nak pi bercuti jugak, jalan-jalan jugak. Kadang-kadang saya fikir lebih baik saya simpan untuk "Simpanan Perkahwinan" atau "Simpanan Masa Depan" memandangkan simpanan perkahwinan saya "tiada" sebab tidak menyimpan. Dah belum bersedia nak kahwin so, tak perlu menyimpan lagi kan. Hehehe. Tapi saya percaya pada rezeki orang nak kahwin. Bila dah sampai masa, pasti semuanya akan Allah permudahkan. Ameen. So, duit yang ada sekarang kita joli-joli dulu untuk pi bercuti. Tak gitu. :-)

Bila bercakap pasal "Simpanan Masa Depan", saya kena mula menyimpan ni memandangkan tahun ni umur saya adalah 26 tahun. Hari ini genap 26 tahun mengikut bulan islam. Macam tak percaya. Sudah 26 tahun. 

MO kata : Dikala usia sudah menjejaki angka dua puluh enam lebih banyak dosakah atau pahala? Huhuhuhu. Kerdilnya diri ini, insan hina yang berdosa. Moga Allah ampunkan dosa. Tiada istilah terlambat untuk berubah. Berubahlah Sayang. Moga tahun 2013 menjadi satu perjalanan baru yang diredhai Allah. Ameen.

MO kata lagi : Serahkan semuanya pada Allah swt untuk menentukan perjalanan hidup kita tapi kita perlu membuat pilihan untuk hidup dalam keredhaan Allah dan bukan kemurkaan Allah. 

 

14 Pesanan:

Unknown said... [Reply]

insyaAllah rezeki itu ada dimana.. cuma diri ini ingin mencari atau pon tidak.. kan kak MO..

btw, semoga tercapai niat kak MO nak gi umrah tu..

Nomad Melayu said... [Reply]

Assalamualaikum,

Hmmm...MO ni macam dah dekat jer ni bunyinya...

Nanti buat kenduri jangan lupa jemput!!

Haha XD

Other than that, I slightly disagree with you.

Sebab kembara dengan kawan lain suasananya.

Kembara dengan keluarga lain suasananya.

Tapi mungkin bagi perempuan, dia rasa lebih selesa dan gembira kalau melancong dengan keluarga. There's a sense of security.

Orang laki, mungkin lebih cenderung pada trill and adventure.

Kalau dah jadi suami mungkin kurang dah nak buat perkara tu.

Anyhow, it's an open topic. Mana-mana pendapat tak salah.

Salah cuma kalau hasil melancong tu hanya sekadar suka suki, tanpa pengajaran atau pedoman.

:)

Muslimah Sejati said... [Reply]

Salam MO... Selamat Hari Lahir yg ke 26... Semoga sentiasa dalam redhaNYA, aamiin...

MO temanlah saya pi jalan2 ye? dh lm keinginan nk spend ms sma2.. Kita merancang dulu, semuanya ditentukan ALLAH... Hiking, pi pulau adalah impian utk sy lawati bersama kamu sblm masing-masing dh ada tanggungjawab rumah tangga.. JOM MO kita menerokai keindahan ciptaan ALLAH!!!

Hujung tahun ini, InsyaALLAH... Saving drpd skrg ;-)

sea_lavender said... [Reply]

Assalamualaikum akk :) hee bagus la jalan2 mencari ketenangan dan melihat kebesaran dan Kekuasaan Mha Pencipta.. kte paling tak sabar nk ke Mekah wat umrah. de rezeki nk pergi dengan fmily.. doakn kte :')

aDisH.sHidA said... [Reply]

insyaAllah hujung bulan kita melancong kembara ke selatan pulak ye...tiket x ambik lagi nie..huhu..

akak pun sama..suka je jejalan nie..

Mohamadazhan.com said... [Reply]

salam ukhti

insyaAllah sampai jodohnya nanti amin =)

Muslimah Optimis said... [Reply]

@cucu umie terima kasih ayie, tolong doakan

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Musafir Melayu

waalaikumussalam.

setiap orang ada pendapat sendiri kan. bercuti dengan kawan-kawan memang menyeronokan. saya juga sukakan sesuatu yang mencabar.

tepat sekali ayat akhir musafir melayu, kita perlu amik iktibar daripada melancong tu.

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Muslimah Sejati

wasalam. terima kasih.

insyaAllah, jika Allah memberi izin. sebelum masing-masing bernikah kan. saya lambat lagi.. hehehe.. kamu tu dulu semestinya

Muslimah Optimis said... [Reply]

@sea_lavender

insyaAllah.. kalau ada duit lebih nak je akak sponsor adik beradik semua.. ameen

Muslimah Optimis said... [Reply]

@aDisH.sHidA

hehehehe... jom2.. semoga semuanya dipermudahkan

Muslimah Optimis said... [Reply]

@aDisH.sHidA

hehehehe... jom2.. semoga semuanya dipermudahkan

Muslimah Optimis said... [Reply]

@aDisH.sHidA

hehehehe... jom2.. semoga semuanya dipermudahkan

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Mohamadazhan.com

wasalam. Ameen.. semoga Allah permudahkan urusannya