Sementara Masih Punya Masa

Bismillahirahmanirrahim..

Aku sebenarnya terluka.
Bila saat aku kecewa.
Tiada yang bertanya.
Hingga aku rasa tawar dalam jiwa.
Bukan aku tak mahu bercerita.
Tapi aku tak tahu harus dari mana.
 
Temui aku dan tanyakan hatiku.
Itu yang aku impi dan mahukan selalu.

Hanya satu saat tika hatiku diketuk rasa.
Buat aku berfikir untuk apa aku berharap pada manusia?
Bukankah mereka juga insan biasa?
Seperti aku mereka juga pasti terluka.
Seperti aku  pasti mereka juga punya hari duka.
Seperti aku mereka juga perlu pendamping untuk terus menguatkan jiwa.
Jadi mana bisa mereka beri aku bahagia.
Aku terdiam kelu tanpa bicara.

Aku terlupa.
Ini aturan Dia.
Mahu aku terus berusaha.
Mahu aku kenal tarbiyyah dalam agama.
Mahu aku jadi gadis yang kuat jiwa.
Mahu aku tahu tawa dan tangis itu biasa.
Mahu aku faham hidup di dunia ini hanya sementara.
Mahu aku letakkan Dia jadi yang pertama.
Sementara aku masih punya masa.
Untuk buktikan pada Dia.
Kalau aku benar benar mahu jadi permata.

Aku tertawa.
Malu rasanya pada Dia.
Masih berharap pada manusia.
Sedang Dia ada.
Andai saat ini aku kecewa.
Andai saat ini di pipiku mengalir airmata.
Bukan lagi kerana di sisiku tiada sesiapa untuk bertanyakan tentang jiwa.
Tapi kerana kecewanya aku pada diriku yang selalu lupa.
Selamanya aku punya Dia.
Pencinta yang setia.

Nukilan, 

MO kata : Kita masih ada Dia yang tidak pernah melupakan kita dulu, kini dan selamanya. Dialah Tuhanku dan Tuhanmu. Terima kasih Tuhan kerana tidak pernah melupakan aku walaupun aku sering melupakanMu.

6 Pesanan:

Unknown said... [Reply]

salam ziarah n dah follow sini,jemput ziarah blog saya ye ^_^

Dzasc Skachers said... [Reply]

ingat lagu tadi..:)

salam kenal:
http://moral4all.blogspot.com/

Muslimah Sejati said... [Reply]

..Selamanya aku punya DIA, Pecinta yang setia...

Ya, kita masih mempunyai DIA yang sentiasa ada di saat kita suka, di saat kita berduka..

Terima kasih ALLH di atas segala nikmat yg telah ENGKAU kurniakan.. Terlalu sedikit aku bersyukur namun xpernah ENGKAU melupakan aku..

Berusaha mencari CINTA ILAHI...

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Nurul Jannah

wasalam.. insyaAllah akan dizirah kembali bila berkelapangan..

Muslimah Optimis said... [Reply]

@wadud@duad

salam kenal jga.. terima kasih ziarah.. insyaAllah akan dizirah kembali

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Muslimah Sejati

ya, insyaAllah.. cinta ilahi takkan pernah hilang