Bismillahirahmanirrahim..
Terpanggil aku untuk bersuara
Dan suara ini, aku tinggalkan
Di sini; di ruangan putih ini
Tersusun di balik cermin kaca yang kau lihat
Tersembunyi dalam alam maya yang kau tatap
Ingin untuk aku,
Panggil angin itu,
Untuk aku katakan sesuatu,
Agar nanti angin sebarkan,
Suara yang akan aku tinggalkan
"Angin, engkau tahu sesuatu?"
Angin diam,
Tapi dinginnya ku rasa.
"Indah, Sungguh Indah kehidupan. Indah, ciptaan Tuhan"
"Tapi, tak ramai yang perasan."
Dan angin seolah mengangguk, mengiyakan.
Kerana damainya masih terus bertiupan.
Biar angin tak mungkin berbicara,
Tapi damainya itu kita rasa
Tersiratnya sesuatu tidak semua disuratkan
Cukuplah, olahan kata ini hadir sebagai perantaraan,
Antara aku, kau, dia, dan semua,
Untuk lihat dunia ini,
Untuk mula kenal apa erti menghargai
Belajar apa itu mensyukuri
Belajar, untuk gunakan hati
Betapa tingginya nilai hati itu
Hati; ianya anugerah, tapi ramai tidak tahu
Dan impaknya bertaburan;
Masih ramai tidak ambil tahu.
Dunia sedih. Penghuninya seperti mendidih
Dan kesan itu terus menindih.
Kerana suara itu, masih terdengar merintih.
Dan aku tinggalkan suara aku ini
Agar suatu hari nanti,
Lenyap suara tangisan. Terpadam bunyi kesedihan.
Dengan izinNya, suatu hari nanti
Aku percaya.
Kerana Dia, Maha Mendengar segala suara dari hati.
Nukilan
Farah Mn
MO kata : Allah Maha Mendengar dan Mengetahui. Berkeluh-kesahlah pada Dia yang Esa. Pohonlah pada Allah supaya Dia memakbulkan doa-doa kita. InsyaAllah.
MO kata lagi : Menikmati keindahan alam. Jom, boleh tambah pahala jika kena caranya. :-)
4 Pesanan:
Betul tu MO. Sy setuju. Bermunajat dan berbicara seolah2 Allah ada di hadapan kita. Tp tu lah.. kita ni bila senang, lupa kat Dia... bila susah.. sedih.. baru nak ingat kat Dia.
Moga kita akan selalu ingat kat Dia samada susah ataupun senang.. Insya Allah.
ingatkan bintang yang tulis sebab ada angin disitu..
MO...awt jwg sgt..haha
@Anonymous
ngeee. bukan MO yang tulis la. saja kongsi sebab tertarik dengan perkataan angin je. hehe
Post a Comment