ASAL USUL PERKATAAN LEADERSHIP

Salam semua kawan-kawan pembaca Laman MO... pernah dengar perkataan leadership??? mestilah pernah dengar kan, kempimpinan... leader tu pemimpin... eh, MO bukan nak jadi guru bahasa inggeris cuma saja je nak berkongsi asal usul perkataan leadership kebetulan sem ni (final sem) MO amik subjek KDO (Kepimpinan Dalam Organisasi) kalo dalam english Leadership in Organizations...

Leader and ship iaitu kapten dan kapal. Tanpa kapten kapal maka kapal akan berlayar tanpa haluan... Jika kapal hanya belayar mengikut arah gelombang laut maka destinasi yang dituju hanyalah mimpi... Silap percaturan kapal akan karam seperti cerita Titanic tu... Kapten kapal ni sangat besar pengaruh dan peranannya dalam sesebuah kapal...begitu juga dengan organisasi. Perlu ada seorang ketua yang menentukan keputusan. Selalu kita dengar kan, mana boleh ada dua orang kapten dalam sebuah kapal.. Kang kapten A nak haluan ke kiri, kapten B pulak nak ke kanan, macam mana tu?? Belah kapal tu.. Sebelah pi kanan dan sebelah pi kiri.. heheh...

Pelayaran sebuah kapal tak sah jika tidak dibantu oleh ombak yang bergelora, namun jika ombak yang terlalu besar maka kemungkinan kapal tersebut akan karam di lautan dalam.. Ombak yang bergelora diibaratkan sebagai halangan dan cabaran yang perlu dilalui dalam berorganisasi. Kadang-kadang halangan dan cabaran tu akan menjadikan kita lebih kuat... Halangan dan cabaran dalam hidup akan menjadikan kita lebih matang dalam membuat keputusan. betul kan..

p/s :
Semoga kita semua menjadi semakin kuat dalam menghadapi cabaran yang mematangkan kita... Hadapai cabaran 2011 dengan senyuman...


sekian wassalam


4 Pesanan:

Hadi Rofiee said... [Reply]

i'Allah, semoga saya menjadi seorang leaderhome yang berjaya. Ameen. Hehe. Tiba2 ja. :-)

Muslimah Optimis said... [Reply]

insyaAllah ustaz salah seorang leaderhome yang berjaya..ameen.. menjadi ketua ni bukan mudah, silap2 haribulan muflis habis semua pahala sebab anak2 buah redeem...hehehe... yep, keluarga juga merupakan sebuah organisasi...

tengkorakemas said... [Reply]

sebagai ketua perlu faham sesuatu yang telah diberikan panduan yg disebut dalam al-Quran..bahawa ia adalah sunnatullah apabila dalam mana2 organisasi, kumpulan atau institusi, akan wujud 3 golongan iaitu penyokong, penentang, berkecuali atau talam dua muka..

so itu adalah cabaran kepada seorg ketua

Muslimah Optimis said... [Reply]

tengkorakemas : setuju dengan kata2 TE..tq