Assalamualaikum. Apa khabar? Kali ni MO tak mahu bermukadimah panjang-panjang, MO mahu terus masuk kepada isi. Boleh kan. Terima kasih kepada kesudian singgah dan membaca di Laman MO.
Ermmm. Wahai sahabat pembaca yang budiman, anda ada musuh tak? Kalo bagi diri MO sendiri, wallhualam. Seingat MO yang masih waras MO tak ada nak bermusuh dengan sesiapa tapi tak tahulah kalau ada orang yang tak berpuas hati dengan MO kan. Nak menjaga hati orang ni bukan senang kan. MO tahu hakikat itu.
Beberapa malam yang lalu, MO ada berbual dengan seorang teman mengenai hal maaf memaafkan. Katanya dia sampai menangis disebabkan kata-kata seorang kawannya. Dia mengaku dia salah (tapi tak dimaklumkan kesalahan apa, dan MO jugak tidak mahu bertanya. Jika ada yang bercerita MO akan dengar nak tanya lebh-lebih pun bahaya kang terguris hati plak). MO namakan dia sebagai A dan kawannya sebagai B.
Menurut A, B kata tidak akan memaafkan dia jika dia membuat kesilapan sekali lagi. Lumrah manusia akan berbuat silap kerana Allah mahu kita belajar daripada kesilapan kita. A mengucap syukur kerana kesilapan yang pernah dia lakukan. Katanya selepas peristiwa itu dia lebih dekat dengan Allah swt. Katanya lagi jika peristiwa itu tidak berlaku mungkin hubungan dia dengan Allah tidak sebaik sekarang. Alhamdulillah, MO tumpang gembira mendengarnya.
Cuba bayangkan jika kita hidup tanpa redha dan tanpa kemaafan daripada makhluk yang bernama manusia?? Mahukah kita jika mereka redeem pahala kita di akhirat kelak kerana kesalahan yang kita lakukan di dunia? Dosa sesama makhluk hanya makhluk yang boleh ampunkan. Bertaubat sekalipun tidak akan terhapus dosa sesama makhluk.
Jika mahu orang memaafkan kita, kita terlebih dahulu yang perlu memafkan orang. Dan hadiah paling terbaik untuk musuh adalah sebuah kemaafan. Sedangkan Rasulullah memaafkan umatnya apatah lagi kita hanya manusia biasa. Biasakan diri meminta memaafkan orang lain sebelum tidur.
p/s :
kepada semua yang membaca Laman MO, MO minta ampun dan maaf andai kata ada kata-kata MO yang mengguris hati mana-mana pihak. MO cuba perbaiki diri MO kerana MO tahu MO semakin dekat dengan hari pengakhiran.
Sekian, wassalam.
6 Pesanan:
hadiah yang terbaik tu =)
Salam,,, Tapi kan,, Susah bila kita tau ada insan yang membenci kita dan tak dapat memaafkan kita.
Ibarat pencuri yang baru keluar penjara, tak dapat diterima orang.
sedih kalau mcm tu..
asyfiqaz : yep hadiah terbaik
farah : ya salam..aha, setuju dengan kata2 kamu
hadiah kepada musuh adalah maaf
dan maaf adalah hadiah paling mahal
musuh? yg tu bimbang, takut2 kita tak sedar kita ada musuh
plg takut, ada musuh dlm selimut
nauzubillah
apapun, cuba yg terbaik utk tidak mencari musuh dan menjadi musuh
nice entri, maaf kdg2 senang dilafazkan tetapi sukar untuk dilaksanakan dgn hati yg ikhlas
kdg2 mulut kata maaf, tp hati masih lg merungut
itu yg susah
semoga maaf yg dipinta/diterima itu lahirnya dari hati yg tulus ikhlas, insyaAllah
sama-sama berusaha ke arah itu
thanks for the reminder
jemput join segmen dekat blog. mudah je. hehehe.
http://shaofie.blogspot.com/2011/01/segmen-blog-aku-bukan-privasi-lagi-jom.html
penaberkala : aka, risau jugak kalo ada musuh dalam selimut.. itu lagi bahaya... banyakkan doa semoga Allah melindungi kita dari perkara2 mazmumah dan Alah melindungi dri perbuatan tak elok orang...
shaofie : insyaAllah..
Post a Comment