SALAHKAH AKU BERCINTA???

Assalamualaikum wbt... Salahkah aku bercinta?? itulah tajuk entry kali ni... Salah ke??? eh, tak salah cuma kena berada pada landasan yang betul. Pandai pulak MO nak kongsi pasal cinta ya padahal belum ada pengalaman bercinta dengan manusia berlainan jantina yang tiada ikatan darah.. Bahaya ni kalau jatuh cinta dengan yang bukan halal bagi kita sebab itu MO memilih untuk mendiamkan diri sahaja... Belum tiba masanya, insyaAllah jika sudah bersedia fizikal dan mental MO akan maklumkan pada sahabat handai.. Sama-sama kita berdoa ya..ameen

Sebenarnya tadi MO berpeluang ke satu majlis ilmu yang membicarakan mengenai Salahkah Aku Bercinta?? Panel yang dijemput adalah dua orang yang tidak asing lagi dalam dunia penulisan iaitu Ustaz Pahrol Juoi dan Ustaz Syaari Abd Rahman. 

Alhamdulillah tak rugi menghadirkan diri sebab kalau ada kelapangan MO suka juga ke majlis-majlis ilmu ni tambah-tambah kalau free.. hehehe... Baiklah, MO mahu kongsikan serba sedikit apa yang telah disampaikan oleh panel Diskusi Salahkah Aku Bercinta??

Mula-mula sekali kita fahamkan dulu konsep cinta itu. Ramai orang yang berkongsi perasaan cinta tetapi persepsi setiap orang adalah berbeza. Ada yang kata cinta ni tak dapat digambarkan dengan kata melainkan yang merasainya sahaja yang tahu akan hakikat cinta.  Benar. Cinta adalah ibarat tenaga, tak mampu dilihat namun mampu dirasai. Tiba-tiba saja lampu menyala, sedangkan hakikatnya haba telah menukarkan tenaga kepada cahaya (eh betul ke ni)..hehehe... 

Cinta ini luas. Sebelum kita mencintai seorang lelaki atau wanita dalam hidup kita, SEHARUSNYA MALAHAN WAJIB untuk kita mencintai PENCIPTA RASA CINTA iaitu ALLAH swt dan KAABAH adalah simbolik cinta kita kepada Allah swt... sebab tu kena solat 5 waktu sehari semalam  dengan hati yang tunduk menunjukkan kecintaan kita kepada SANG PENCIPTA. Cintai IBU BAPA dan KELUARGA dan semestinyalah sebelum kita mencintai orang lain terlebih dahulu kita kena mencintai diri sendiri kerana kita adalah khalifah dan setiap khalifah di muka bumi ini wajib untuk menyebarkan kebaikan tambah-tambah kepada orang yang kita cintai kerana kalau boleh mestlah kita nak meniti jalan ke syurga bersama-sama orang yang dicintai, kan.

Cinta seharusnya atas dasar aqidah bukan atas dasar lain sehinggakan Nabi Ibrahim a.s sanggup untuk menyembelih anaknya nabi Ismail a.s kerana rasa kecintaan kepada Allah swt yang sangat menggunung dan akhirnya sembelihan diganti dengan seekor kambing. Itulah terjadinya ibadah korban yang jatuh pada tanggahl 10 Zulhijah setiap tahun hijrah. Kalau ibu bapa zaman sekarang sanggupkah untuk melakukan demikian?? Wallahualam... Sama-sama kita berdoa supaya kita dikuatkan hati untuk terus berjuang di landasan Islam yang benar.. Ameen...
Sahabat-sahabat pembaca yang budiman, cinta boleh menjadi cinta rahmat dan boleh juga menjadi cinta laknat. Cinta yang dipenuhi rahmat itu mestilah cinta yang halal dan cinta yang mengutamakan Allah dalam segenap hal manakala cinta yang laknat pula tentulah cinta yang bertuhankan nafsu dan syaitan..wallahualam..

nak kempen sikit boleh??? Say no couple before akad (klik untuk membaca)...Allah lebih menyukai pasangan yang halal bercinta dan MO nak betulkan pendapat seorang teman blogger yang menghantar komen pada entry sebelum ini, beliau berpendapat bahawa cinta  MO terhalang kerana ego. Bukan cinta MO terhalang kerana ego namun kerana MO tidak mahu terjebak dengan cinta masa belajar. dan cinta sebelum kahwin. Bila dah terjebak susah nak patah balik. Carilah cinta yang halal. InsyaAllah diredhai...


sekian, wassalam...

18 Pesanan:

Dinaz said... [Reply]

rasanya dinaz pn nak cinta halah ...dijamin bersih dan memuaskan hati...

Menusuk Hati said... [Reply]

assalamualaikum MO..nanti bila2 ada org ush2 MO,tanya pendapat dia utk kahwin dgn MO...sila kumpul koleksi jawapan utk di entrykan kelak.hahaha

Unknown said... [Reply]

menarik. Apa yang dapat, terus dikongsi :)

Cerpen menarik.
Penghujung!

Shaofie said... [Reply]

jemput join segmen di blog. mudah je. blog review.

http://shaofie.blogspot.com/2011/01/segmen-blog-aku-bukan-privasi-lagi-jom.html

aynadys said... [Reply]

salam cmne wat signature tu ye?sy wat xkua plak kt bwh entry post.leh ajar x?tq

Muslimah Optimis said... [Reply]

DiaUmaiNiNaz ; insyaAllah banyak2kan berdoa

menusuk hati : waalaikumussalam. hahahaha.. mustahil untuk saya lakukan itu

iqbalsyarie : ilmu kan untuk dikongsi...ok, nanti MO singgah ke Bayinat untuk baca cerpen..\

shaofie : insyaAllah

aynadys : salam.. nanti MO buatkan tutorial ya..senang je

ctiey ranieya said... [Reply]

as salam

nak share kat kawan2 boleh tak???

Muslimah Optimis said... [Reply]

ctiey ranieya: wasalam..boleh ja..dialu2kan sama ada share di FB dekan tekan butang share atau copy paste di blog kamu, cuma jangan lupa sertakan link asal ya..tq

qaseh_raihana said... [Reply]

salam.... yupp... itu la yg setepat2nya... tapi amat payah untuk direalisasikan lebih2 lagi di kalangan masyarakat kita hari ini.... tapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil... cintailah yg halal sahaja...

@mel said... [Reply]

as'salam dik...

ermmmm...bg papa khai cam ni lak...
actually cinta tu adalah satu perasaan..
lahir dari hati...

jika hati tu bersih maka cinta yg lahir tu bersih la...

tp klu hati tu kotor maka cinta yg lahir tu kotor la...

n bg papa khai x salah klu kita ada rasa ingin bercinta @ di cinta...

kerana rasa cinta tu adalah salah satu anugerah dr Allah SWT yg x mmpu di ungkapkan dgn kata2 sahaja...

sbg contoh kt cini...

bukti perasaan cinta Siti Khadijah kpd Muhammad Rasulullah SAW..

lahirnya rasa cinta Siti Khadijah terhadap Rasulullah semasa beliau sedang menantikan kepulangan Rasulullah dari berniaga di jendela di rumah beliau dan terlihat di dalam kelompok rombongan Rasulullah tersebut ada sekumpulan awan sedang memayungi perjalan Rasulullah dr panas matahari...

begitu hebat Allah ciptakan perasaan cinta buat hambanya...

cuma kita insan la yg sepatutnya mencorakkan agar cinta itu di redhai @ sebaliknya...

afifah said... [Reply]

pendapat MO xnk bercinta sbb nak fokus pd blajar mmg dah btol..xptot org kata MO ego..kputusan MO ni mmg amat2 sye hormat coz xramai org ley wat kputusan mcm ni n stick with it..kagum dgn MO..:)

Muslimah Optimis said... [Reply]

@@mel

WASSALAM.. terima kasih pap khai kerana kesudian berkongsi.. memang perasaan cinta itu lahir dari hati.. sebab tu Saidatina Khadijah menghabtar Maisarah untuk Melamar rasulullah untuk dijadikan teman hidupnya. Perasaan itu tidak diluahkan hanya untuk main2 tetapi terus menuju ke fokus utama iaitu pernikahan...

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Nurul Afifah

terima kasih atas sokongan nurul

Unknown said... [Reply]

btol2..skali trjebak sush nk brpth balek..:)

aNdi.Hanin::حنين said... [Reply]

salam,

LIKE SANGAT

kita memerlukan EGO untuk mempertahankan Cinta Allah. :)

wassalam

Mek Onie said... [Reply]

kak aimaa,mekaseh info ni .. onie pon sekarang sedang mencari cinta yang sebenar iaitu cinta dariNya, sedang mendalami diri sendiri yang mana kurang dan yang mana terlebih....yang kurang tu onie nak perbetulkan dan yang lebih tu onie maintainkan .... insyaAllah

fRaMe+LenSeS said... [Reply]

suka perkongsian ni.. :D

hadi Saaidin said... [Reply]

nice one. bagus la kalo pikir macam tu.