Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera.
Semalam MO berpeluang ke Expo Buku
Islamik di KL Sentral. MO pergi dengan seorang sahabat. Kebetulan kami berdua
mengenakan pakaian dari rona yang sama yakni Ungu. Warna ungu melambangkan sebuah kekayaan, kebijaksanaan, dan
inspirasi.
MO beli empat buah buku kat sini yang
nilainya hampir RM 100 jugak. Tapi berbaloi kerana MO memang suka membeli buku.
Pantang masuk kedai buku selalunya memang MO akan keluar dengan dua buah buku
melainkan jika ke Pesta Buku maka bilangan buku yang dibeli selalunya akan
lebih daripada dua. Hehehe.
Semalam giliran Ustazah Fatimah Syarha
bertemu dengan peminat novel-novelnya. Memang ramai yang beratur nak
mendapatkan tandatangannya. Hurmmm, MO teringin jugaklah nak dapat tandatangan
daripada penulis novel itu sendiri, memang MO beli novel tulisan beliau yang
berjudul Sebarkan Cinta-Mu. Selepas bayar semua harga buku, masa nak balik MO
tengok dah tak ada orang yang beratur nak dapatkan tandatangan beliau, beliau
pun dah berdiri gaya macam hendak meninggalkan tempat tersebut, MO pun dengan
muka tak berapa nak malunya pun berjalan menghampiri meja dan suakan buku untuk
ditandatangan. Alhamdulillah dapat jugak. Walaupun pada asalnya MO memang malas
nak beratur kerana mendapatkan tandatangan penulis buku bukanlah satu keperluan
tapi kalau dapat bagus jugak kan. Itulah dinamakan takdir kan. Lepas beliau
menurunkan tandatangan dan kami bersalam beliau bersama tiga orang yang lain
meninggalkan tempat itu. Balik kot.
Hurmmm. Apa persamaan antara kami
berdua??? Baca sampai habis ya. Tapi persamaan yang pertama adalah kami berdua
adalah muslimah. Heheheheh. Persamaan seterusnya??? Jeng..Jeng.. Jeng..
Lepas dah penat bersesak-sesak di Expo
Buku Islamik di KL Sentral, MO dan sahabat bergerak ke Jalan Masjid India. Kami
nak ke Perpustakaan Kuala Lumpur. Tapi sebelum bergerak ke Perpusatakaan,
sempat dulu kami round-round sekitar Masjid India (dapatlah pashmina dan beg
balik kampung dengan nilai yang berpatutan). Lepas tu kami ke Mydin Mohamed
sekejap. MO kalau nak membeli stoking lengan dan stoking kaki memang selalu
akan shopping di Mydin. Murah dan berkualiti (tolong promot ni). Hoho.
Lepas tu kami singgah solat di Masjid
India dan dengan menaiki komuter kami meneruskan perjalanan ke Tintiwangsa. Dah
sampai Titiwangsa kami amik teksi ke Perpustakaan Negara. Takdak Banner pun
kata ada Pesta Buku Kanak-kanak ni. Hairan bin Ajaib sungguh. Hurmm, kami ke
café dulu untuk mengisi perut. Disebabkan suasana yang sangat lengang, kami pun
ke kaunter dan tanya Pesta Buku tu kat mana. Waaaaaaaaaaaaaaa. Kat Perpustakaan
Kuala Lumpur. MO ingatkan Perpustakaan Kuala Lumpur dan Perpustakaan Negara tu
tempat yang sama. Aduhaiiiiiiiiiiii. Memang member ada cakap dekat Perpustakaan
Kuala Lumpur tapi disebabkan kejahilan tempat kami berdua tersilap tempat.
Huhuhu.
Tapi ada hikmahnya juga tersilap
tempat tu, sebab sebelum ni MO beum pernah pon menjejakkan kaki ke Perpustakaan
Negara, at least once MO pernah ke sana dan tahu cara nak ke sana. Heheheh.
Masa kat café pun kami banyak bercerita kisah masa di UM, terutama saat-saat
genting menyiapkan thesis. Hehehe. Setiap yang berlaku itukan pasti penuh
dengan hikmah, yang membezakan manusia itu mengambil ibrah atau tidak saja.
Hurmmm. Akhirnya kami berpatah balik
ke hentian Masjid Jamek dan kami berjalan kaki sahaja ke Perpustakaan Kuala
Lumpur. Ohhhh, agak jauh berjalan kaki tapi terasa sangat sekejap. Apa nak
heran, jalan kaki ni macam dah jadi makanan MO semasa menetap di KL dulu. MO
dengan tiga orang kawan yang lain pernah buat gila berjalan kaki dari stesen
Bandaraya Kuala Lumpur ke Tugu Negara dan Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur.
Sempoi tak kami. Hihihihi. Klik sini, sini dan sini untuk mengetahui kisahnya dengan lebih lanjut.
Dah sampai kat kat Dataran Merdeka tu
kami sekali lagi tersilap jalan yang menyebabkan kami terpaksa berpatah balik.
Ohhh. Berjalan sakan namanya dengan beg yang agak berat. Tapi itukan satu
pengalaman yang bernilai kerana bukan mudah nak nampak dua anak gadis yang
berbaju kurung dan berjubah berjalan di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur
dengan selamba. Kami berdua memang gembel. Dah rasa macam tersesat tu, MO pun
telefonlah kawan. Mujur juga ada kawan yang maklumkan jalan nak ke Perpustakaan
tu. Dah sampai sana, apa lagi sekali lagi MO rambang mata. Jadi MO beli lagi
empat buah buku yang juga berciri islamik nilainya kurang RM 100 tapi lebih RM
50. Membeli buku ni kan pelaburan. Jadi MO tak rasa rugi pun.
Lepas dah bayar harga yang sepatutnya
dibayar, dengan menggunakan kaki kurniaan Ilahi ni, kami berdua kembali semula
ke hentian Masjid Jamek. Kami berpisah di situ sebabnya Sahabat MO tu akan
meneruskan perjalanan ke Gombak manakala MO pula akan ke KL Sentral. Masa ni
hujan maha lebat. Seterusnya MO membeli tiket KTM untuk ke Stesen Batu Tiga
kemudian MO ambil teksi untuk sampai ke rumah. Sepanjang perjalanan hujan maha
lebat, tapi dengan kuasa Allah, Alhamdulillah semasa memasuki kawasan perumahan
MO hujan dan semakin reda. Kalau masih lebat tentu buku-buku yang MO beli akan
menjadi mangsa kan. Tapi ternyata tidak. Kenangan yang tercatat dalam lipatan
sejarah MO.
Persamaan seterusnya antara MO dan Ustazah Fatimah Syarha adalah kami
lahir dalam bulan yang sama iaitu Bulan OKTOBER dan lebih tepat lagi tanggal
pada tarikh yang sama yakni 17 Oktober cuma tahun saja yang berbeza. MO sangat
mengangumi penulisan beliau. MO berharap, suatu hari nanti MO juga dikurniakan
ilham untuk menghasilkan bahan bacaan yang baik. InsyaAllah.
Terima kasih semua kepada yang sudi
membaca.
MO kata : Syukur Alhamdulillah. InsyaAllah jika berkelapangan MO akan review satu-satu buku. ;-).
13 Pesanan:
hehehehehee
orang lahir bulan oktober ni suke menulis kan?
wee
seronoknye dpt beli buku
mimi suke buku!=)
wahh, sama tarikh lahir :)
*moga niat tu tercapai. sekarang pon dah boleh jadi Fatimah Syarha kot :)*
waaa bnyknya MO beli buku..betul2 ulat buku MO nie hehehe
MO, bile abeh pesta buku ni? Ari Jumaat tu takde pon lagik?
tudia aihh sakan berjalan...wahaha lepas ni cerr try dr kl p shah alam pulak...keh keh keh
@aimie amalina hehehhe.. mungkinlah suka menulis..hehe
@aimie amalina eh, O pun memang suka beli dan bca buku..hhe
@Mior Syabab jauh lagi nak jadi macam beliau.. huhu
@Kumbang Jingga tu baru sikit tu..kalo tidak lagi banyak nak beli, memandangkan bajet, so terpaksalah lupakan niat nak membei lebih..huhu
@Penjejak Mimpi tak taulah... huhuhu.. rasanya 2 nov last kot..huhu
@Erin Azizan hahaha... dah banyak kali berjalan mai shah alam dari KL.. ada sejarah tersendiri..hehe
sakan nya dia berjalan...dah tau dah aima nie jenis gemble....ooooh buku yang aima cite tu erk....dah habis ke baca
@aDisH.sHidA HEHEHE.. HABIS DAH KAK
Post a Comment