Tanggung dan Jawab


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sekarang ni MO berada di bumi UM. Hari rabu depan insyaAllah satu sejarah bakal tercipta. MO menumpang je di bilik-bilik adik-adik junior. Diorang semua baik-baik. Semoga Allah melindungi dan memberkati kalian. 

Waktu antara Maghrib dan Isyak semalam sempat kami berkongsi mengenai tanggungjawab. Tanggungjawab ni terbahagi kepada beberapa bahagian. Tanggungjawab sebagai hamba Allah, sebagai seorang anak, sebagai seorang pelajar, sebagai seorang isteri/suami (jika sudah berkahwin), sebagai seorang ibu/ayah (jika sudah mempunyai anak), sebagai seorang pekerja, sebagai seorang ketua dan sebagainya.


Setiap hari, hidup kita dipenuhi dengan tanggungjawab. Bagaimana kita melaksanakannya tanggungjawab kita itu. Bagaimana kita menyusun waktu hidup kita. Bagaimana dan bagaimana. Kadang-kala kita tak menyangka sesuatu itu akan berlaku. Sebab itu kita kena perlu sentiasa bersedia. Kerana hanya Allah yang mengetahui sesuatu yang kita tak tahu.


Tanggungjawab ialah "tanggung" dan "jawab"
Hal-hal yang kita tanggung di dunia dan kita jawab di akhirat.


MO kata : Bila meninggalkan zaman belajar, lebih banyak tanggungjawab yang kita kena galas.

Entry sini menarik untuk dibaca jugak. Tanggung dan Jawab

MO kata lagi : Saya lebih suka kesibukan melanda diri berbanding banyak masa lapang kerana dalam kesibukan itu saya berjaya menjadi diri saya yang sangat patuh pada masa.


Sekian Wassalam

28 Pesanan:

Erin Azizan said... [Reply]

zaman belajar takan sama ngan alam pekerjaan...zaman belajar banyak bnda intersting boleh kita buat walaupon masa kadang2 duit jd penghalang tapi apedal semua org hepi

syukrihasshan said... [Reply]

peringatan yg bgus...dan tahniah sebab bjaya menamatkan pgajian!

norinaomar said... [Reply]

tanggungjawab yang dipikul sekarang pun terasa berat sangat.

orang kata kalau ada tahi lalat kat bahu banyak tanggungjawab..hehehe

aamalinaazman said... [Reply]

tanggungjawab
tanggung+jawab = manusia!
dah selari dengan manusia kan =]

Lydia Miza said... [Reply]

tanggung jawab adalah amanah terletak atas bahu kita kan MO?

Unknown said... [Reply]

tanggungjawab lebih bnyk dari masa yg ada

Abdullah said... [Reply]

suka entri ni :)

Ce'gu JAERA said... [Reply]

masing2 ada tanggungjawab yang perlu dibereskan... baik yang tua mahupun yang muda, tanggungjawab kepada seruan Nya yang perlu kita jaga kan..

K said... [Reply]

nice quote.. tanggung dan jawab

aniki said... [Reply]

nice entry..

Areyoudys said... [Reply]

as salam..
oh..konvo ya? hehe..
selamat berkonvo =)

oh..lebih suka sibuk. tapi pakcik kurang gemar sukaakan sibuk. pakcik lebih gemar antara sibuk dan tak.

"dan apabila sibuk, sudah pasti kelalaian itu akan terselit kerana berkehendakkan kerja yang disibukkan itu untuk diselesaikan dan apabila tidak sibuk, maka peringatan kepada diri utuk menyibukkan diri dalam ibadah2 sunat sepeti berzikir.. ulas uztaz bakri sambil lewa ketika berada di perdu masa yang semakin nazak.."

hehe..quote dari novel Islamik


berusaha menggalas tanggung dan bersedia dengan jawap.hm...

=)

CikTomyam said... [Reply]

tanggung ja kan? tak jawab tak pa tak?

ahh berat..hehehe


esok prg tu konvo kan?

ambek gambo bnyak2 naa..upload kat fb...

heheh tahniah kakak!^^

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Erin Azizan

ya stress belajar lebih seronok dari stress kerja orang cakap

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Mr. Straw sama-sama.. orang tu dah sambung master pon.. aku ni ntah bila nak sambung

Muslimah Optimis said... [Reply]

@norinaomar oh yeke? nasib xde tahi lalat kat bahu

Muslimah Optimis said... [Reply]

@aimie amalina ya memang tak dapat lari dari tanggungjawab kita ni

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Lydia Miza(Aidyl Azim) hurmm.. tanggungjawab tu kenapa orang kata terletak dekat bahu ek?? sebenarnya tanggungjawab tu diletakkan atas diri kita tapi disandarkan pada bahu kita

Muslimah Optimis said... [Reply]

@JIJI YU ya seperti mana kata imam Hassan Al-Banna, kerja yang menuntutmu adalah lebih banyak daripada masa yang kamu ada.

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Gen2Merah ya kena jaga tanggungjawab pada semua yang ada di sekeliling kita hatta tumbuh-tumbuhan

Muslimah Optimis said... [Reply]

@sergeant keroro ya tanggung di dunia, jawab di akhirat

Muslimah Optimis said... [Reply]

@aniki tq

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Подтверждаю wasalam.. ya baru nak konvo.. hurmm.. dalam kesibukan aima akan menjadi lebih patuh pada masa dan lebih dekat padaNya.. kalo sangat banyak masa senggang kadang-kadang tak tahu masa tu dihabiskan untuk apa

Muslimah Optimis said... [Reply]

@CikTomyam terima kasih.. heheheh.. gambar dah banyak tangkap, upload je tidak kot..hehehe

Kira Sakura said... [Reply]

kami pn lagi suka sibuk byk keje dari byk sgt masa lapang..

Ce'gu JAERA said... [Reply]

selamat petang cikgu MO.. bersantai2 di sini lagi d ptg hari

Hadi Rofiee said... [Reply]

Ops.. hampir terlupa.

Tahniah kerana konvokesyen. :-)

Udin said... [Reply]

nice entry MO.. dlm hidup ni mana boleh lari dari tanggungjawab.. sama ada suka atau tak setiap masalah tu ada jalan penyelesaian.. pandai2 la cari jalan.. hehehe.. ;)

Anonymous said... [Reply]

http://wanwidget.com/
assalamualaikum, pertama kali singgah sini