Perlis Indera Kayangan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kalau nak ikutkan Negeri Perlis hanya bersebelahan dengan Negeri Kedah Darul Aman. Tapi sampai lani tak pernah sampai lagi. Entah bila berpeluang nak pusing-pusing Perlis tak tau. Tapi perancangannya tahun ni jugak. Ameen. Moga Allah permudahkan urusan.

Kenapa penting sangat nak pi jalan-jalan ke Perlis ni. Heheheh. Bukan penting sangat pun. Cuma nak melengkapkan pengembaraan ke seluruh negeri di Malaysia. At least jejak kaki pon jadilah kan, walau tak sempat nak pusing satu negeri kan. InsyaAllah, jika ada kesempatan. Jom buat gathering kat sana, even KBU dah beberapa kali bergathering kat Perlis. MO je tak sempat join. Huhuhu..

MO tak pernah mimpi pun akan menjejakkan kaki ke seluruh Malaysia (even daerah-daerah tertentu saja). Syukur Alhamdulillah dapat tengok tempat orang. Walaupun daerah-daerah kecil sahaja.

Negeri pertama sekali yang MO jelajahi semestinya Perak Darul Ridzuan la, setiap kali raya pun mesti ziarah meh sebab mama orang Perak. So, MO ni boleh dikira as Perakian tak?? Hoho. Lepas tu Negeri yang selalu jadi tempat berjimba sekeluarga adalah Penang. Ohh, rindunya nak naik Feri. Dah lama sangat tak naik Feri. Suka sangat keluaq dari keta lepas tu pi duduk kat tepi feri tu tengok ayaq laut dan kena angin. Nyamannya. Tapi dalam hati pernah gak terpikiaq, 'kalau aku jatuh, memang naya tak naik dah'. Nauzubillah.

Lepas UPSR baru pi jauh sikit. Masa tu rombongan sekolah ke Kuala Lumpur dan Cameron Highland. First time pi berjalan jauh la. Kenangan masih tersimpan di memori. Hahaha.. Nakalnya MO sebab kenakan driver bus tu. Sapa suruh mai sembang-sembang, nak join orang dengaq lagu apa. Sekali nah, MO bagi lagu tamil kat dia. Hihihi. Masa tu kan glemer radio kecik tu, lani ada lagi ka ek?? Orang pakai Ipod, pakai henset kan. Rindunya zaman kecik-kecik dulu.

Lepas tu pergi family day sekolah abah, masa tu pi buat rombongan Kelantan-Terengganu. Keropok lekor wajib beli la kan. Ishhh, tetiba teringin nak makan keropok lekor lah pulak. Macam nak belajaq buat keropok lekor sendiri macam blogger ni pernah buat. Nampak macam senang tapi memerlukan keazaman yang tinggilah. InsyaAllah one day.

Masa Tingkatan 1-5 langsung tak pernah pi jalan-jalan ke mana dah ikut rombongan sekolah rasanya. Cuma join camping saja. Tapi masa Tingkatan 6 ada ikut pi English Camp kat Langkawi. First time la tu pi Langkawi. Bila lagi nak pi Langkawi agaknya. Mudah-mudahan murah rezeki nak ke sana lagi. Nak shopping coklat dan pinggan mangkuk banyak-banyak. :-)

Lepas SPM bersama 2 orang kawan lain dipilih untuk ikuti Kursus Asas Kaunseling kat ILKEB, Port Dickson. Kursus tu memang best, ala-ala komando pon ada. Tu lebih bersemangat nak jadi kaunselor. Etika seorang kaunselor adalah kerahsiaan. Term yang paling ingat sampai sekarang.

Negeri-negeri lain tu masa di alam Universiti Malaya. Pi free memang seronoklah. Memang tak payah keluarkan duit sendiri sebagai kos perjalanan tapi kena buat kerja la cari tajaan semua kan. Fuhh, kenangan yang memang tersimpan elok dalam lipatan sejarah. 

Kenangan tak dilupakan bila berpeluang untuk mendaki Gunung Kinabalu bersama Pimpinan Kolej Kediaman Bestari, Subhanallah memang sangat cantik permandangan di sana. Hajat di hati memang nak naik lagi. InsyaAllah, suatu hari nanti. Tapi cuaca maha sejuk sampai ke tulang hitam.

Pernah terfikir, 'kalau aku jatuh ni memang Inalillah' curam ya amat.

Pengalaman ke Sarawak juga bersama team PAKK. Kami adakan program dengan 8 buah sekolah di sana. Perjalanan memang jauh. Jika dikumpul waktu perjalanan memang perjalanan pergi dan balik dari sekolah boleh balik Kedah dari KL jika speed 140km/j atau 160 km/j. Jauh kan. Ingat pesan seorang cikgu, kalau dah bekerja nanti kena cari rumah yang dekat dengan tempat kerja supaya senang nak pergi dan balik.

Perjalanan paling lama dalam sejarah hidup apabila MO dan beberapa sahabat lain yang sanggup meredah jalan raya dari Utara ke Selatan (masa banyak dihabiskan dalam kenderaan) untuk berziarah sahabat blogger di bulan syawal. Siapakah yang bertuah itu yang diziarah oleh kami??? Haaaa, boleh klik ke entry-entry ini , ini . Kat sini pon ada jugak dan sini. Hurmmm, memang perjalanan yang jauh dan menyeronokkan. Perjalanan hanya melibatkan kos minyak dan tol sahaja sebab makan semua kat rumah orang. Hehehe.

Semua tu adalah kenangan yang tersimpan di kotak fikiran saya. Kenangan manis atau pahit semua tu amat bererti pada saya. Terima kasih kepada semua yang pernah bekerjasama dengan saya. Terima kasih yang sanggup duduk dan dengar leteran dan celoteh saya. Anda semua adalah kenangan terindah dalam hidup saya. InsyaAllah jika Allah izinkan kita akan berjumpa lagi tapi dalam keadaan yang macam mana masih menjadi rahsia Allah swt. 

MO kata : Hope sangat dapat jelajah perlis tahun ni. Bila dah kerja nanti bolehlah pulak jalan-jalan ke luar negara pulak kan. Simpan duit nak pi Umrah dan Ziarah jugak. Sama-sama kita doakan. Ameen

Sekian Wassalam. 

13 Pesanan:

JIJI YU said... [Reply]

tak pernah join kbu eh

sergeant keroro said... [Reply]

untunglah dapat pergi kinabalu. tough jugak rupanya :P

Solihin Zubir said... [Reply]

MO org kedah.. Sabah Sarawak yg jaoh gila dh pnah smpai.. perlis jiran sebelah tak penah jenguk? hahaha.. ini mmg rare la..

sy pnah pi semua dh, kecuali sabah sarawak.. Johor plak, pi takat tol ja.. tu pun sbb terlajak.. ;-p

Muslimah Optimis said... [Reply]

@JIJI YU hang orang kelantan, mana boleh join KBU.. :P

Muslimah Optimis said... [Reply]

@sergeant keroro amboi boboi dak tecit ni, apa jangan pandang akak sebelah mata ya..

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Solihin Zubir huhuhu.. tak dak orang nak bawak pi perlis nun.. huhu.. jom pi perlis SZ.. haha..

Gen2Merah said... [Reply]

kagum dengan MO... jauh2 akhirnya dapat juga tawan puncak Kinabalu kan... yeaahhh

fRaMe+LenSeS said... [Reply]

moga2 ALLAH pelihara persahabatan yang terjalin ni na. :D

Nia Ridzwan said... [Reply]

meh la Perlis ! =D

aniki said... [Reply]

sabah memang syok..rindu ngan sabah...huhu

FiZ said... [Reply]

nnti nk g perlis, bgtaula...ada rezeki, boleh kita brjumpa :)

~eZmALiZa~ said... [Reply]

kak aimaaa...kalo dtg perlis, jumpe ezma tawwww... :) nanti ezma bawak kak aima jenjalan sekitar perlis plus cari kedai makan yg sedap2..hehehe :D

aDisH.sHidA said... [Reply]

akak sabah sarawak je belum sampai lagi...huhu..jom jom akak bawak aima p perlis...mai pendang...kita p sama2