JOM MEMBELI MASA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. –Samuel Johnson-
Kenapa dikata “Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang”? Sebabnya pelaburan yang kita lakukan hari ini akan menentukan hidup kita pada masa akan datang. Pelaburan? Kalau kita tak ada duit macam mana nak melabur? Hurmmm, adakah nak melabur itu perlukan duit yang nilainya jutaan ringgit? Yelah kan, selalu kita dengar pelaburan ni dilakukan untuk projek juta-juta. Untuk syarikat besar-besar. Orang kaya-kaya. Tapi kita yang hidup sederhana ini juga boleh melakukan pelaburan. Ohh, ini bukan pelaburan Skim Cepat Kaya.
Pelaburan yang saya maksudkan adalah PENDIDIKAN. Tahukan kita bahawa pendidikan itu juga adalah salah satu bentuk pelaburan. Pendidikan perlu dibayar dengan wang ringgit. Macam MO sendiri mempunyai hutang dengan PTPTN semata-mata kerana pendidikan. Bukan sikit, tapi hampir 30K untuk pengajian 4 tahun.
Memang ada yang cakap, “kalau nak belajar pun sampai kena berhutang lebih baik lepas SPM terus kerja je. Dapat duit tak perlu nak berhutang. Lagipun sekarang ni lepas degree pun belum tentu dapat kerja. Sebab tu sangat banyak program untuk graduan yang kerajaan dan pihak swasta lakukan.
Cuba kita tanya dengan diri kita sendiri dulu sebelum nak menyalahkan sistem pendidikan.  Adakah diri kita ini cukup bagus dan layak untuk diterima bekerja? Apakah nilai tambah yang ada pada diri kita? Apa kelebihan diri kita? MO tak kata MO bagus kerana tak perlu menganggur lama. MO lulus temuduga pertama MO selepas bergraduasi. Alhamdulillah. Itu mungkin rezeki yang Allah tetapkan untuk MO. MO masih dalam usaha nak meningkatkan kredibiliti diri MO. InsyaAllah sama-sama kita tingkatkan nilai diri kita di mata masyarakat dan juga di mata Allah swt.
Jangan berputus asa. Yang penting usaha dan doa. InsyaAllah Allah akan permudahkan urusan.
Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang kerana masa yang pergi tidak akan berpatah ke belakang semula. Jadi belilah masa depan anda dengan masa sekarang. Tidak semestinya membeli masa depan dengan pendidikan tinggi, namun dengan melakukan perniagaan kecil-kecilan juga merupakan satu pelaburan. Siapa tahu jika perniagaan kecil-kecilan hari ini mampu menjadi sebuah empayar multinasional suatu hari nanti pada masa akan datang.
MO kata : Jangan sesekali menyesal kerana sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan masih belum ditawarkan kerja yang sesuai dengan kelulusan. Pasti Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita kerana Allah mengetahui sesuatu yang kita tidak ketahui. 
MO kata lagi ; Alhamdulillah adik MO juga sudah diterima bekerja sebagai QS di salah sebuah syarikat pembinaan.
Sekian Wassalam.

5 Pesanan:

aamalinaazman said... [Reply]

emm3
betul3
msih dlm usaha mncri pekerjaan lagiiii

beruah MO dan adik MO.. alhamdulillah atas kejayaan kalian ye =]

adysuR said... [Reply]

Mabruk alaiki MO!^^

Faris Al-Muhandisu said... [Reply]

Menyalahkan orang lain takkan mengubah apa-apa. Pilihan di tangan kita. Apapun, Tahniah! Alhamdulillah

kokser kokdam said... [Reply]

bace pendahuluan da mcm bisnes emas.. eheee

Al - Mu'allim said... [Reply]

Jika diniatkan belajar utk kerja yang bagus, maka hanya kerja itu yang kita akan dapat. Jika tidak dapat kerja, kita akan kecewa.

Berapa ramai yang berjaya di dalam bidang berlainan dengan apa yang mereka belajar. Secara tuntasnya, rezeki Allah Taala itu luas, jangan pernah berputus asa. :D