Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera..
Alhamdulillah
kita dah memasuki ke tahun baru yakni 1433 Hijriah. Sekejap je kan masa
berlalu. Sedar tak sedar dah masuk bulan kedua MO berkelana di bumi Shah Alam.
Banyak perkara yang MO belajar di sini, walaupun baru masuk bulan yang kedua.
Setiap hari kita akan melalui pengalaman yang berbeza. Nikmati hidup selagi
nyawa dikandung badan.
“Aku tak perlukan lelaki / perempuan dalam hidup aku.
Lelaki / Perempuan hanya menyusahkan sahaja. Mengongkong hidup. Aku mahukan
kebebasan supaya tiada siapa boleh halang apa yang ingin aku lakukan.”
Pernah
kita dengar kata-kata sebegini daripada kenalan lelaki mahupun perempuan?
Kerana mereka terlalu mengejar kerjaya sehingga meletakkan perkahwinan itu
suatu yang menyusahkan. Lebih baik hidup sorang-sorang daripada hidup dengan
pasangan berlawanan jantina. Mereka menyangka mereka mampu hidup seorang diri
tanpa bantuan pasangan yang berlawanan jenis.
Setiap
kejadian itu dijadikan Allah dengan penuh hikmah. Lelaki dengan tugasnya yang
tersendiri dan perempuan pula dengan tugasnya yang tersendiri. Bak kata orang,
lelaki dan perempuan saling melengkapi antara satu sama lain.
Bila
menyebut mengenai saling melengkapi antara satu sama lain, pasti akan ada
suara-suara yang membantah. Siapa kata, dia tak perlukan lelaki mahupun
perempuan dalam hidup. Ohhhh, dia seorang penipu besar tu. Mana mungkin kita
tak perlukan lawan sejantina dengan kita dalam hidup ni.
MO
tidak mahu mengulas dari sudut perkahwinan. Yang MO mahu sentuh adalah dalam
aspek kehidupan. Mana mungkin seorang perempuan itu berjaya tanpa seorang
lelaki dan tidak mungkin seorang lelaki itu berjaya tanpa seorang perempuan.
Hidup
seorang diri (mungkin diri rumah) iaitu dengan melakukan semuanya secara
sendirian. Tetapi semasa di tempat kerja dan di luar rumah pasti ada insan
berlawanan jenis dengan kita kan dalam sama-sama melakukan kerja. Jadi bantuan
antara satu sama lain memang diperlukan.
Sebagai
contoh, kereta rosak. Belum pernah rasanya MO menjumpai bengkel kereta yang
mana mekaniknya seorang perempuan. Yang ada semuanya lelaki. Mungkin ada
mekanik perempuan tetapi bilangannya sangat sedikit. Bolehkah “dia” yang tidak
memerlukan lelaki dalam hidupnya membaiki keretanya sendiri?
Contoh
lain yang paling ketara adalah ibu dan bapa. Mana mungkin seorang bayi
dilahirkan tanpa salah seorang sama ada tanpa ayah atau tanpa ibu kecuali Nabi
Isa yang dilahirkan Saidatina Maryam secara sendirian. Jadi sepanjang hidupnya
memang dia memerlukan pasangan berlawanan jantina untuk meneruskan hidup.
Jangan
ego dengan diri sendiri sehingga tidak mahu mengakui keperluan orang lain dalam
hidup kita. Percaya dan yakin dengan Allah kerana Allah memang menjadikan
manusia itu dengan peranan yang tersendiri.
Artikel
ini ditulis kerana mahu kita semua memandang bahawa setiap penciptaan Allah itu
ada peranan yang tersendiri. Seperti mana tumbuh-tumbuhan untuk membebaskan
oksigen dan menghirup karbon dioksida. Manusia pula memerlukan oksigen untuk
hidup dan membebaskan karbon dioksida. Saling melengkapi bukan?
MO
kata : Dah masuk tahun baru ni? Ada azam tahun baru ke? Azam MO tahun ni,
errrrmmm.. Biarlah MO je yang tahu.. :-)
Sekian
Wassalam.
14 Pesanan:
hurmmmm.. manusia di jadikan berpasangan.. mereka yg berkata2 sedemikian hanya mengikut perasaan semata2.. mungkin masa silam dgn bekas kekasih menyebabkan mereka bersikap sedemikian rupa..
kita saling bergantungan dan memerlukan
nice!! ^^
betul tu. kedua duanya saling memerlukan :)
betul tu kak lelaki dan perempuan itu saling memerlukan.. saya ni pun rasa sunyi sebab blom ad wanita yang istimewa hadir dalam hidup saye.. hehe mungkin blom tiba waktunya dia hadir.. tetapi saya ykin satu rusuk kiri saya yang hilang itu pasti sedang menanti saya dan pasti ia aka kembali kepada saya.. hehehe
*panjang plak komen saye.. huhu :p
sbb tue manusia nie Allah ciptakan tak sempurna, untuk saling melengkapi.. :)
Assalam MO.
Benar, setiap penciptaan Allah itu ada peranan yang tersendiri. Selain itu, kita saling memerlukan di antara satu sama lain. Lelaki ada kelebihan, perempuan juga ada kelebihan. :-)
@Deen Azmee mjngkin itu adalah salah satu sebab daripadanya
@Rozuan Ismail ya sangat betul
@ユ ユ 江角 thax
@H Y D E yep... :-)
@r-5 r-5 kan muda lagi.. jadi bina kerjaya dan ilmu dulu.. hehe
@kiera'sakura ya. tepat sekali... tahniah kira
@Hadi Rofiee waalaikumussalam.. ya masing2 ada kelebihan dan kekurangan
Post a Comment