Explorace Antara Pelajar dan Pensyarah PTPL College di Taman Tasik Shah Alam


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Lama rasanya badan tak beriadah, kalo beriadah pun sekadar pergi dan balik kerja berjalan kaki. Naik tangga turun tangga rumah dan kolej.  Itu pun dikira riadah kan. Kiranya hampir setengah jam berjalan kaki pergi dan balik kerja dan jalan-jalan kaki di sekitar kawasan kolej. Cukuplah tu kan. 

Tapi tubuh badan ni terasa lama sangat tak jogging dan berlari-lari anak. Jadi kesempatan Exploarace antara Pelajar dan Pensyarah PTPL College di Taman Tasik Shah Alam, petang tadi (19 Januari 2012), digunakan sepenuhnya. 

Aktiviti dimulakan pada jam 2.30 petang (bergerak ke Taman Tasik Shah Alam dari PTPL College). Kemudian, pendaftaran dan senam robik sehingga jam 4 petang. Senam robik siap dengan aktiviti memanaskan badan. Dah lama tak bersenam robik ni, seronok pulak rasanya. Hurmm, macam lepas ni nak join senam robik pulak.

Lepas dah bersenam robik, semua pelajar dan pengajar di bahagi mengikut kumpulan masing-masing. Saya kumpulan UNGU. Ungu tu lambang kepada kemewahan dan kemampuan. Mewah tu subjektif kan, mewah dengan kasih sayang, mewah dengan ilmu dan segalanya. Mewah bukan merujuk kepada harta saja kan.

Taman Tasik Shah Alam tu bukan kecik, bosau sangat. Kami kena pusing dua pusingan untuk menyelesaikan explorace tu. Enjoy sangat. Di setiap check point akan diberikan tugasan untuk pelajar. Kami sebagai mentor saja membantu apa yang perlu dan sebagai sumber semangat.

Check point pertama, klunye adalah "Si Kembar siam duduk berteduh, nak minum kopi tak ada duit". Kat mana ni, jalan-jalan ke check point, salah, check point kedua yang kami jumpa pon salah dan check point ketiga barulah betul. Sebelum dapat klu dan tugasan kena habiskan pembayang pantun yang diberi.

Pembayang Pantunnya, 

Berburu ke padang datar, 
dapat rusa belang kaki

Alamak, tak ingat pantun ni. Tetiba Si Zaqir pun dengan lantangnya sambung berguru kepalang ajar dan dia terlupa maksud pantun terakhir. Memikirkan beberapa saat sebelum saya menyambung, bagai bunga kembang tak jadi. Yes, betul. Alhamdulillah, Allah kembalikan ingatan. Pantun ni dulu pernah dilukis sebagai mural di sekolah rendah MO dulu. Dah beberapa belas tahun, ingatan itu didatangkan semula. Tugasan pada check point pertama ini, adalah pelajar diminta menulis di atas kertas Siapa Mereka 7 tahun akan datang. Kalau MO, 7 tahun akan datang MO dah berkahwin, ada anak dan sudah tamat Sarjana. Ameen. Moga dipermudahkan urusan.

Kemudian kami diberikan klu kedua, "Mama, adik nak Nemo". Aduh..Aduh, kat mana nak cari Nemo?? Ok, sebelah tasik Shah Alam ni ada Wet World, mungkin di situ yang dimaksudkan. Kami ke Wet World. Mak Aihhh, jauh nak jalan. Jumpa lah check point seterusnya. Ada tiga teka-teki yang perlu dijawab sebelum diberikan tugasan dan klu. 

Soalan 1, Kenapa cowboy maxico bawak guitar? Jawapan yang kami beri "sebab dia tak bawak pistol". Yes betul.

Soalan 2, Apa persamaan antara gajah dan tiang eletrik? Jawapan kami "dua-dua perkataan ada huruf E". Tukang jaga checkpoint kata, jawapan boleh diterima. MO pun tanya lah apa jawapan yang diberikan, dia kata "dua-dua tak boleh terbang". Hahaha, kalau masukkan gajah dalam kapal terbang, agak-agak gajah tu terbang tak??? Hehehe. Kemudian, disampuk oleh Kak Bet, Kami bagi jawapan yang akademik. heheheh. 

Soalan 3, MO tak dapat nak recalled. Huhuhu.

Tugasan kat sini adalah, setiap pelajar perlu buat path way perjalanan hidup mereka dalam tempoh beberapa tahun akan datang. 

Kami meneruskan perjalanan dengan klu, "Memandang air mencurah-curah". jauh weh, ni kena pusing balik ke check point tak jadi kami yang pertama tu, yang hampir dengan tempat pelepasan. Ok, sampai kat sini, kami kena nyanyi lagu dengan lirik sendiri menggunakan melodi lagu tiga kupang. Ok, done. Tugasan adalah pelajar diminta untuk menuliskan strategi untuk berjaya menjadi siapa mereka tujuh tahun akan datang. 

Klu yang seterusnya kami dapat ialah, "Rumah pondok dasarnya basah". Ni kami agak mesti dekat pondok yang dalam air kat seberang sana. Sekali lagi kami terpaksa berlari-lari anak sambil berjalan-jalan kaki nak menuju ke sana. Kedudukan check point terakhir dengan check point tempat air mencurah-curah tu adalah lebih kurang setengah km kot.

Sampai di check point seterusnya, kami kena nyanyi dengan semangat beserta dengan gaya lagu yang kami cipta liriknya tadi. Ok, tugasan dekat sini adalah pelajar kena buat jadual belajar mereka sendiri dibantu oleh pensyarah. 

Leganya, bila dimaklumkan itu adalah check point yang terakhir. SO, memang genap dua pusingan kami berlari-lari anak tadi. Cuma nak ke kereta yang diparkir tu pun, jauh jugak nak berjalan. Kalau kira-kira dalah dalam Dua pusingan setengah tasik tu ditawafnye. 

Pengalaman yang menarik dan sangat enjoy. Positif-positif selalu. Walaupun nampak jauh sangat, tasik tu nak kena pusing, tapi berjaya diharungi dengan keyakinan yang kuat untuk sampai ke garisan penamat. Apa sahaja yang kita lakukan adalah mental kita kena kuat. Apa saja yang kita buat, mental kita yang kena beri arahan. Bila mental kuat, fizikal secara automatiknya akan kuat. :-)

MO kata : Esok malam akan bergerak ke Terengganu ke walimah Hasanah dan Husaini. :-) Perancangannya, esok malam gerak dan akan sampai pagi sabtu, singgah berehat di rumah Miss Fa dan tengah hari akan ke walimah sahabat tersebut. Kemudian akan pusing-pusing Terengganu lah. Hajat singgah-singgah ke tempat menarik. Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam, harus dilawati. :-) Doakan perjalanan kami semoga selamat pergi dan pulang.

Sekian Wassalam. 


2 Pesanan:

aDisH.sHidA said... [Reply]

akak masih ingat n rasai apa yang aima cite kan malam tu hehee..sambil2 wat begedil

Muslimah Optimis said... [Reply]

@aDisH.sHidA

apa ek yang aima cerita tu.. hehe..lupa dah la