Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
25 tahun tu dah kategori tua ke??? Ishhh. Muda lagi lah. Baru seperempat (1/4) abad..
Minggu lepas masa dalam kelas, lepas mid semester exam, MO tak memulakan kelas lagi, MO cuma sembang-sembang berisi dengan student MO mengenai hidup, motivasi dan wawasan. Bagi yang dapat rendah tu, MO katakan jangan putus asa. Allah bagi kita merasa gagal sebab Allah nak bagi kita merasa berjaya.
Alasan yang diberikan kerana dapat result rendah adalah sibuk kerja sehingga tak sempat study. Berjayanya kita dalam peperiksaan belum tentu kita berjaya dalam kehidupan yang penuh mencabar kini. Setiap hari kita akan melalui proses untuk berjaya. Ujian dan cabaran dalam hidup itu adalah rencah untuk berjaya tapi kejayaan seperti mana yang kita mahukan?? Persoalan ini ditinggalan bersama jawapan yang anda tentukan sendiri. Minggu lepas juga diadakan ceramah motivasi untuk student tapi pengajarnya terlibat sekali dengan tajuk "PERCAYA UNTUK BERJAYA".
Kita Percaya Untuk Berjaya, dengan iringan usaha dan doa pasti kita akan berjaya. :-)
Dalam sesi perbincangan tu (MO dalam kelas suka berbincang - komunikasi 2 hala) ada pulak suara mengatakan Qaisara (bukan nama sebenar) sibuk nak bertunang. Qaisara menafikan. At last dia mengaku jugak nak bertunang bulan depan dan MO pun tanyalah, nikah bila pulak? Dia kata Insya Allah tahun depan. MO tanya lagi, bakal tunang umo berapa (sibuk je nak tau kan.. hehehe). Dia kata bakal tunang dia dah tua. MO ingatkan tua tu merujuk kepada umo 30-an ke, 40-an ke... Cehhhh, 25 tahun tu dia kata tua. Tua dari dia la tapi sebaya MO. MO tak boleh terima dia kata 25 tahun tu tua. Muda lagi ok.. MUDA.... (hakikat MO tak boleh terima diri dianggap tua).. Hehehe. Takdelah, boleh je terima. Tapi rasa macam, jiwa ni masih muda remaja.
Bila dengar orang nak menikah ni,. MO tumpang gembira.
210112 : Wan Hasanah bersama pasangan, Terengganu (sahabat masa di UM)
260112 : Zairi bersama pasangan, Kelantan (rakan sepejabat)
040212 : Akmar bersama pasangan, Terengganu (juga sahabat dari UM)
040212 : Mastura bersama pasangan, Gombak (kawan masa sekolah rendah)
040212 : Che Det bersama pasangan, Kedah (rakan sepejabat)
Tahniah untuk mereka.
Semalam ada seorang kenalan masa zaman sekolah chat di FB berkias-kias menyanyakan perihal MO yang dengar kbabarnya mahu bernikah,. Hurmm, katanya dia dapat tahu dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Entah sumber manalah tu. MO memang nak bernikah, tapi tak tahu bila. Hehehe. MO cakap lah kat dia, mestilah dia yang dulu bernikah sebab dia dah bertunang. MO belum ikat janji dengan sapa-sapa. Jika sudah jodoh, MO terima dengan redha siapa jua pilihan Allah untuk MO. MO berdoa bakal suami MO juga adalah Jurutera-Bangsa sama macam MO. Senang nak plan cuti. Hehehe. Tapi kalau bidang kerja lain pun, MO terima je. :-)
MO kata : Selamat Pengatin Baru kepada semua sahabat handai yang akan atau telah menamatkan zaman solo. Semoga hubungan yang dibina berkekalan hingga ke Syurga. Ameen.
Sekian Wassalam.
30 Pesanan:
klu mcm tue pakcik tue lagi tua la sbb die 26 taun... miahahahahaha :p
muda lagi aih. kami ni muda remaja lagi. :P
25 tu muda belia la..
hehehe...
Alhamdulillah...... :)
akak jugak la ye yang tua hahahahaa
Alhamdulillah,
Kawan Sy Lepas SPM Ramai Dh Kahwin..
belum tua lg kalau 25.huhu.
betul tuh, berjaya dalam study belum tentu berjaya dalam hidup
24 pon muda lagi kan..hahaa
wah! akak jangan lupa jemput naa.. ^_^
ouhh tidakk ! 25 tu muda lagik .. *sebab saya bakal 25 nti . hihik
ca yg 23 ni pon mcm dak skola kot pangai..hihi...
eyda nak paling tua 26.. sbb eyda 21.. 5 tahun jarak kire ok la kan? hahaha
salam,
erm, sy lg tua, huhuhuhu... dah 30, huhuhuhu...
in sya allah, allah akan mengurniakan jodoh yg baik buat awak... juga buat sy :) amiin...
tudia aihh... tua sangat ka 25 ni??
menghampiri 25 gak nanti ni..
xleh nk terima (hentuk2 kepala kat dinding)
hahaha
<---kawen 24 tahun
<---en. hubby 25 tahun..
@kiera'sakura
pakcik ek?? kami panggey dia tokwan.. hehe.. dah ajdi suami ampa pun kan puan kira.. :-)
@fRaMe LenSeS
perasan je no 1 kan ampa ni.. hehehe.. dah nak jadi bapak orang kan kamu
@hana
memang pun, saya muda belia lagi.. hehe
@Bulan Syurga Firdausi
alhamdulillah.. :-)
@aDisH.sHidA
umur tua tapi nampak masih muda kan.. hehe
@Shafiq
alhamdulillah.. jodoh mereka sampai awal
@Rozuan Ismail
kan, pakcek biola pun bersetuju dengan MO kan.. 25 masih muda kan
@Erin Azizan
muda setahun je pun.. hehe
@Ckin Kembaq
insyaAllah.. sama-sama doakan k
@tomato
memang muda pun.. hehe
@Ca Cik Duyung
xpa, berperangai macam budak sekolah, jangan berperangai tak elok sudahlah..
@Eyda Syahida
perbezaan usia 5-10 tahun sangat sesuai.. :-)
@Areef Ibn Naim
wasalam.. insyaAllah ustaz. semoga Allah mengurniakan jodoh yang baik-baik buat kita. ameen
@GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr
eh, GK.. kita bukan sebaya ka?? hehehe
@shida anwar
alhamdulillah. semoga keluarga bahagia hingga ke syurga.. ameen
Post a Comment