2013, Satu Perjalanan Baru

Bismillahirahmanirrahim...
Tahun 2013 telah menunjukkan wajah. Hari ini merupakan hari yang kedua, jadi tinggal  lagi 363 hari untuk kita melalui tahun 2013 yang kita pun tak mengetahui bagaimana pengakhirannya. 
Tahun 2012 telah menjadi kenangan dan sejarah yang tak mungkin berulang lagi. Bagi saya, kisah silam akan hilang dan mahu dilupakan tatapi menurut kata Sunah Sakura, "Ingat Aima, masa silam adalah tempat terbaik untuk dilawati tetapi bukan tempat yang terbaik untuk tinggal. Move on sayang, Allah ada rancanganNya." Beliau meninggalkan komen di talian telefon bimbit bukan komen entry saya. Boleh jugak macam tu kan.
InsyaAllah. Akan diambil ibrah daripada kisah yang lepas. Teruskan hidup dengan senyuman ok walaupun saya ni tak pandai nak senyum. :-)
Terpandang status di FB sahabat-sahabat handai.
"Jangan minta hidup yang mudah tetapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya" -Nurul Huda Nasir-
Ya, tepat sekali. Ada sebuah kisah yang pernah menjadi pedoman saya. Jangan kita minta untuk diringankan beban tetapi mintalah untuk diberi kekuatan untuk menghadapinya. Lebih kurang sama kan quote tersebut. Kisahnya begini. Ada 5 orang pemuda gagah yang diberi ujian untuk membawa kayu balak menyusur sebuah perjalanan di dalam hutan. Seorang demi seorang mengeluh. Kayu balak yang panjang diminta dipendekkan, dikecilkan, diringankan dan sebagainya. Semua permintaan mereka dimakbulkan sehingga ada balak yang dipikul menjadi kecil seperti sebatang pensel. Hanya seorang pemuda yang tabah dan sabar memikul balak tersebut tanpa mengeluh. berzikir sahaja di dalam hati. Apabila sampai di suatu tempat mereka terpaksa menyeberangi sebuah sungai dan kayu balak yang dipikul itulah yang perlu digunakan untuk dibuat jambatan. Pemuda yang sabar dan tidak mengeluh tadilah yang berjaya mengharungi perjalanan tersebut. Yang lainnya, kandas di tengah jalan. 

Ujian yang Allah beri itu ada manfaatnya pada masa akan datang. Sebab selalunya Allah memberi ujian untuk memberikan tarbiah dan pengalaman supaya ia menjadi bekalan pada masa akan datang. Mintalah untuk dipermudahkan urusan dan kita boleh melalui semua ujian dengan janyanya dan bukannya meminta untuk diringankan ujian.
"Sememangnya hati kita kadangkala perlu diketuk dengan ujian. Rindu, sayang itu semua ujian hati. Semua itu untuk mendidik kita agar tidak sentiasa selesa dengan 'kesukaan' tetapi juga 'kesakitan' :) itulah asam garam kehidupan. Sampai satu ketika, kita akan tersenyum mengenang kesakitan kerana dia yang mengajar kita erti kehidupan :)" -Fatin Furtado- 
Biar sakit sekarang supaya pada masa akan datang kita mampu tersenyum kebahagiaan. InsyaAllah. Allah uji sebab Allah sayang. Tapi ujian hatilah ujian yang paling berat kerana seketul daging yang bernama hati itu apabila baik maka baiklah segala isi tubuh dan apabila ia buruk maka buruklah segala isi tubuhnya.
"Alhamdulillah.. 365 hari telah berlalu.. Tanggal 1.1.2012 membuka satu lembaran baru, moga 1.1.2013 juga membuka satu lagi lembaran baru. Moga Allah perkenankan doa kita. Amin.." -Ainul Hajar-
Moga Allah mendorongkan jalan yang baik-baik untuk kita. Doa itu senjata orang mukmin. jangan lupa berdoa kerana doa itu adalah secara lansung kepada Pencipta kita tanpa ada pengantara. Tak perlu gunakan wayar pun. Akses tanpa wayar. Itulah hebatnya Allah. Dalam dunia ni kalau nak jumpa bos besar kena jumpa pengantara dulu kan??? Islam ni indah kan.
"Doaku hari ini : Tuhan, terima kasih atas semua yang telah Kau beri. Maaf jika aku kurang bersyukur dan masih meminta banyak padaMu." -Pakcu Sofi-
Kita kadang-kadang memang jarang sangat nak bersyukur kan. Hanya tahu mengeluh bila Allah tidak memakbulkan doa. Alhamdulillah, selama saya hidup ada banyak doa saya yang Allah makbulkan. Terima kasih Allah. Syukur Alhamdulillah kerana masih memberi perhatian kepada hamba yang tidak punya apa-apa ini.
Ada yang bertanya mengenai azam tahun 2013. Tiada azam yang spesifik cuma setiap hari saya berazam untuk menjadi lebih baik dan lebih baik dan lebih baik lagi. InsyaAllah. Moga Allah redha dan makbulkan doa. Ameen. 
MO kata : Ermmm. hajat dihati memang nak tukar url blog ni. Tapi masih sayang dengan url http://ukhwah-dhearty.blogspot.com. Sebab dalam hati ada ukhwah yang terjalin dan lebih manis kalau ukhwah yang dibina dengan orang sekeliling kita adalah ukhwah untuk membawa kita ke jalan yang diredhai Allah. By the way, saya kekalkan dulu url blog ni. Mungkin suatu hari nanti nak berdotcom pulak kan. Masa tu baru tukar. InsyaAllah. Ada orang nak sponsor hosting dan domain x?
MO kata lagi : Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Jangan mengeluh. Ikut saja aturannya tapi kita perlu memilih jalan yang diredhai. InsyaAllah hidup akan gembira selalu. Hadapi dengan senyuman. :-)

10 Pesanan:

Tuan Cimot said... [Reply]

semoga trus istiqamah dgn amaln yg dilkukan..

H Y D E said... [Reply]

tak jadi tukar? bagus bagus :)

Muslimah Sejati said... [Reply]

Terima kasih MO dgn entry yg benar2 memberi motivasi utk sy melalui ujian ini...

Sy redha di atas segala TakdirNYA, ALLAH uji kerana ALLAH sygkan? Sy perlukan kamu utk terus bersama-sama sy mencari RedhaNYA...

Sy sudah mampu tersenyum kembali... Belalulah pergi kedukaan di hati,ttp kepahitan 2012 dengan mengambil segala ikhtibar & pengajaran..

Semoga tahun 2013 memberi sinar yg lebih baik & menjadi hamba yg baik kepadaNYA... Aamiinn..

CikguAreefNaim said... [Reply]

salam,

sy pun setuju dgn sunah... masa lepas adalah kenangan yg mematangkan kita... yesterday is history, today is destiny...

Anonymous said... [Reply]

membaca entri awak buat sy rasa bersemangat di waktu2 diri ini tengah merasa down. betul tu, Allah ada perancanganNya. mgkin sy akan berada di tempat lain yg boleh memakbulkan impian sy, walaupun bukan tempat yg sy inginkan.

inshaAllah.. ^^

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Tuan Cimot

terima kasih tuan cimot.. insyaAllah akan terus istiqamah

Muslimah Optimis said... [Reply]

@H Y D E

insyaAllah 1 day maybe.. tapi tak tau bila

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Muslimah Sejati

sama-sama. Terima kasih kerana sudi membaca laman muslimah optimis.

Jika perlukan pengisian jiwa, boleh singgah di laman ini. InsyaAllah tidak banyak sikit tentu kamu akan mendapat pengisian. Saya bukanlah orang yang terlalu baik untuk menjadi penulis kebaikan.

ya ameen, semoga 2013 membawa sinar baru buat kita

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Areef Ibn Naim

wasalam.

ya tepat sekali, pengalaman lepas akan mematangkan kita

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Cik Gee

insyaAllah cik gee.. apa masalah yang cik gee hadapi? InsyaAllah, Allah ada peracangan yang terbaik.