RINDU

Bismillahirahmanirrahim. 

Alahai sekejap je masa dah 25/02/2017. Rasa macam baru je menjejak ke tahun 2017 tapi dah hampir dua bulan berlalu. 

Walaupun dah hampir dua bulan berlalu, MO tetap nak mengucapkan selamat tahun baru. Tak kisahlah lambat pun sebab memang tak sempat nak masuk ke dunia blog ni awal tahun hari tu.

Tajuk entry kali ni RINDU. Ya MO sangat merindui zaman menulis blog tahun 2010, 2011. Masa tu sangat rancak menulis. Setiap hari wajib masuk blogger.com, blogwalking, masuk giveaway dan sebagainya. 

Tapi bila tamat belajar dan memulakan alam pekerjaan, MO mula jadi malas nak menulis di blog. Nak kata up status di FB pun tak rajin juga. Memang malas sungguh. Bagaikan tiada mood nak menulis. Kadang-kala memang terdetik perasaan rindu di hati. Rindu nak menulis lagi, rindu nak jadi macam dulu. 

Semoga 2017 ni menjadi titik tolak supaya MO rajin menulis. Tambahan pula sekarang MO berada di dalam semester akhir untuk menyiapkan tesis master. Harap-harap lepas habis menulis tesis mood rajin menulis di blog akan kembali. Mana tahu boleh tulis novel pula kan. Hahahah. Berangan je kerja MO ni. 

Korang doakan MO ya. 

MO kata : Nak mengubah sesuatu yang biasa itu sangat banyak cabarannya. 

MO kata lagi : Enjoy your life. 


Oktober 2016

Bismillahhiramanirrahim.

Ermm, rasanya baru je bulan lepas masuk tahun baru dan hari ni dah 29 Oktober 2016. Huishhh, masa bergerak dengan sangat pantas. Sedar tak sedar dah masuk minggu kesembilan kuliah sem 3 ni. Makanya minggu 9 kenalah submit 3 tugasan (ni rasa nak nangis kejap). Susah bebeno tugasan kali ni. 

Esok lusa dan November. Kemudian Disember. Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan-urusan kami dalam perjalanan menujuMu. 

Oktober juga adalah bulan kelahiranku. Happy birthday to me. 

MO kata : Masa bergerak pantas atau kita yang suka buang masa?

MO kata lagi : Kena belajar urusakan masa dengan baik. 

Kurang Dari Seminggu Lagi

Bismillahhirahmanirrahim.

Minggu yang sangat padat. Minggu depan tarikh akhir penyerahan draf tesis bab 1 hingga 3.  
Doakan saya. 

Itu je nak cakap. 

MO kata : Usaha tanpa kenal erti putus asa. 

MO kata lagi : Walaupun stress senyum juga yo. 


Misi Kemanusiaan Royal Belum 2.0 (2014)

Bismillahirahmanirrahim. 

Alhamdulillah 3 September 2014.

Masa yang Allah peruntukkan untuk kita 24 jam sehari berlalu dengan begitu pantas. Jika dulu manusia ibaratkan masa itu seperti emas yang sangat mahal harganya. Namun kini masa lebih sinonim diibaratkan seperti sebilah mata pedang, jika terlewat pedang itu akan memancungmu. 

Syukur pada ALLAH kerana dengan izinNya saya bersama rakan-rakan yang lain berjaya menawan Hutan Belum (sebahagian sahaja). Hutan Belum ni merupakan hutan yang tertua di dunia. Haiwan-haiwan liar pun banyak dalam tu. 

Entry ni tertangguh selama 2 tahun. Fuhh lama sangat.

Kat sana ada sekelompok masyarakat minoriti, Orang Asli kaum Jahai. Rambut kerinting dan berkulit gelap, sekali tengok sama macam orang negro kat Afrika. Kalau buat lawatan ke sana biasanya kami akan bawa barang-barang asas yang boleh didermakan seperti minyak, beras dan sebagainya.

Kat sana juga ada kawasan berbukit yang menjadi kawasan pembiakan bunga pakma aka bunga Raflesia tapi malangnya masa kami pi bunga raflesia masih belum kembang. Bukan rezeki kami la nak tengok bunga yang mengembang beberapa hari je dalam setahun lepas tu akan mati.

Sebenarnya nak cerita banyak lagi tapi dah lupa. Hehehehe. Kalau nak tau, anda kena pi sendiri ke sana. Tidoq dalam houseboat. Best. Pengalaman baru.

MO kata : Hidup mensyukuri nikmat Allah bagi.

Semester 3

Bismillahhirahmanirrahim

Alhamdulillah sedar tak sedar sesi pengajianku dah nak masuk semester ketiga dan bermulalah zaman mencabar sebagai pelajar master separuh masa.

Disertation Time. 

25 Ogos 2016, telah diadakan Pembentangan Usul Penyelidikan @ nama omputehnya Proposal Defence. 

Aku terpaksa ubah tajuk penyelidikan, bila dah ubah tajuk semestinya, latar belakang, pernyataan masalah, objektif kajian dan sorotan literatur terpaksa berubah. Skop penyelidikan masih sama berkaitan bidang bahasa kanak-kanak. 

Doakan aku berjaya eh. Lepas habis study bolehlah pikio nak kawen, Heheh, 

MO kata : Tak sabar nak habis belajar.


Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

Bismillahirahmanirrahim,

Alhamdulillah, hari ni dah 12 Syawal. Sekejap je masa berlalu kan. Komitmen semakin banyak.

Ini hanyalah entry ringkas untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin atas segala salah dan silap saya pada awak semua selama ini secara langsung mahupun tidak langsung. 

MO kata : Kuih Raya dah habis ke? Kuih raya di rumah MO masih banyak untuk bekalan ke Open House di tempat kerja. 

MO kata lagi : #kosongkosong

"GIVEAWAY COMEBACK CASHMONEY BY MG "

Bismillahiramanirahim.

Saja malam ni rajin nak join GA lagi. Hehehe. Lepaskan gian berblog kejap. Mueheheh.




Klik RM 10 tu untuk details.

MO kata : Kalau dah rezeki tak kemana.

MO kata lagi : Dengan RM 10 boleh beli beras 5 kg tau untuk makan sekeluarga.


Review Buku @ Novel

Bismillahiramanirrahim

Entry ni sebenarnya renteten dari komen aku di blog Yanty Lee. Dia ada review pasal novel Pergi Mati. Dah lama sangat aku tak review novel. Rindu bertandang pula. Baca sempat review tak sempat. Negehehe.

2016 (Jan-Mei) sempatlah jugak aku baca beberapa buah novel dari pelbagai genre, seram, cinta, keagamaan. Adalah dalam 20 ke 30 buah. Jumlah sebenar aku tak ingat sebab tak pernah buat catatan pun. Dalam sebulan adalah aku baca dalam 5 buah novel atau lebih. Yang aku tau lepas baca aku akan jual atau swap. 

Part swap best sebab kita tukar novel suka sama suka di group FB. Kadang-kadang kita tak kenal pun orang tu tak friend pun tapi atas dasar minat dan percaya semuanya jadi nyata. Kita iklankan di group FB kemudian kalau ada yang berminat dengan novel kita atau kita berminat dengan novel dia, maka swaplah. Kadang-kadang akan guna Pos Laju atau Flexi Pack. 

Nak mereview ni sangat malas dan kekangan waktu sebenarnya. Tapi lepas ni aku akan cubalah untuk review ye. Dulu-dulu rajin gak mereview ni. 

MO kata : Azam aku bulan JUN lepas habis membaca naskah-naskah fiksyen nak mereview barang dua tiga ayat. 

MO : Azam aku juga nak habiskan pending sebelum aku mula beli koleksi novel baru. Tapi selalunya aku akan beli dulu dengan harapan nanti aku akan baca. 


'Giveaway NALMR BLOG featuring SASSYROSE'

Bismillahirahmanirrahim.

Last day in Mei.

Tak pernah perasan pun kewujudan SassyRose Butik Muslimah Online ni.

Ternampak giveaway ni dari blog Penselduabee.comso tanpa membuang masa rasa nak menjoinkan diri.

Untung-untung boleh dapat OOTD free. 

Syarat nak join senang je. Klik Banner Untuk Join.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

*STICKY POST*








klik banner untuk join


Hai semua! Hari ini kami Nalmr Blog dan SASSYROSE ingin jemput semua blogger-blogger yang hebat untuk sama-sama memeriahkan GiveAway yang kami adakan ini. Hadiah menarik akan diberikan kepada pemenang-pemenang bertuah. Kami dari SASSYROSE selaku penaja utama GiveAway ini.

SASSYROSE merupakan kedai muslimah online yang mula beroperasi dari tahun 2015 sehingga kini. Konsep SASSYROSE adalah untuk mewujudkan pakaian muslimah yang sopan, sederhana dan cantik untuk si pemakai. Jubah keluaran SASSYROSE adalah sangat selesa dan merupakan jubah murah 2016. Bukan itu sahaja, tunic dan top SASSYROSE juga pastinya dapat memikat para pelanggan untuk mencuba produk terlajak laris ini. Pelanggan juga boleh ke laman web kami di www.sassyrose.my untuk pembelian secara online dengan lebih pantas dan mudah.

Antara Produk Yang Hangat di SASSYROSE adalah :



Jubah Bahyea - Jubah Bahyea diperbuat dari material bermutu tinggi Como Crepe dan dihiasi dengan panel French Lace. Terdapat 4 pilihan warna menarik yg pasti memukau iaitu Ruby, Turquoise, Emerald & Sapphire. Didatangkan dalam saiz XS, S, M, L & XL. Lebih menarik, jubah ini juga nursing dan wudhu' friendly (zip sorok di dada dan lengan), mempunyai poket, patuh syariah (labuh & longgar), tidak jarang, mudah digosok, tidak mudah kedut, selesa & ringan dipakai

Olivia Tunic - Olivia Tunic diperbuat daripada high quality Material Satin Saluna (bukan macam Dull Satin ye) dan boleh didapati dengan 3 warna yang gorgeous;Teal, Purple & Burgundy. Tunic ini boleh didapati dengan saiz S hingga XL. Bukan itu sahaja, Olivia Tunic juga nursing dan wudhu' friendly (zip sorok di dada dan butang di hujung lengan), kain sejuk, boleh dipakai casual @ formal, 2 poket sisi kiri kanan, patuh syariah, tidak jarang, tidak stretchable, selesa & ringan dipakai

Nadine Tunic - Nadine Tunic boleh didapati dalam 4 pilihan warna iaitu Emerald, Sapphire, Turquoise & Ruby. Diperbuat daripada high quality Como Crepe dengan FREE SIZE from M up to L. Nadine Tunic juga merupakan nursing dan wudhu' friendly (zip sorok di dada), poket kiri dan kanan, patuh syariah (labuh hingga ke lutut & longgar), tidak jarang, tidak stretchable, mudah digosok, tidak mudah kedut, selesa & ringan dipakai.

Qamila Top - Qamila Top diperbuat daripada high quality Moss Crepe dan boleh didapati dengan 3 warna menarik;Camel, Brick & Moss Green. Nursing dan Wudhu' friendly, patuh syariah (labuh hingga ke lutut & longgar), material berat & tebal (tidak perlu inner baju), design sesuai untuk semua jenis badan, sejuk dan flowy

Kebaya Kardigan - Kebaya Kardigan direka dgn fungsi 2 in 1 boleh digayakan sebagai kebaya untuk majlis formal atau sarungkannya bersama t-shirt anda untuk gaya santai. 4 warna menarik;Camel, Brick, Black & Moss Green. High quality Moss Crepe dengan FREE SIZE from M up to XL, Nursing dan Wudhu' friendly, patuh syariah (labuh hingga ke lutut & longgar), material berat & tebal, design sesuai untuk semua jenis badan, sejuk dan flowy













Testimoni daripada pelanggan kami :









Untuk melayakkan anda menyertai GiveAway ini, anda perlu memenuhi beberapa syarat mudah yang perlu anda patuhi.


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

1. Like facebook penaja.
SassyRose
Nalmr Blog

2. Follow instagram penaja.
SassyRose
Nalmr Blog

3. Follow Blog penaja
Nalmr Blog

4. Buat satu entry khas dengan tajuk 'Giveaway NALMR BLOG featuring SASSYROSE'

5. Copy Coding yang disediakan dan paste kan di html blog post anda.

6. Share/Ping artikel anda samaada di Babab.net, Facebook Personal anda, Fanpage, Facebook Group lain atau Google +.
7. Tinggalkan link entry anda di bahagian komen ini.


Tarikh tutup pada 11 Jun 2016 jam 11.59 malam.


SENARAI HADIAH PEMENANG

Produk dari SassyRose x Tempat Pertama
Produk dari SassyRose x Tempat Kedua
Lyna Shawl by Alyachan.co x Tempat Ketiga


Pemenang dipilih secara random

Semoga berjaya semua.. Terima kasih

p/s : SORI CODING PANJANG PULAK . Selamat mencuba. Rajin rajin tag kawan ok?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kalau tak menang pun, MO macam dah pasang angan-angan nak shopping barang sehelai dua blouse kat SassyRose. Hehehe. Tapi alangkah bahagianya kalau menang kan sebab MO memang dah lama tak membeli pakaian untuk diri sendiri ni. Asyik-asyik pakai baju sama je. 

Nak tag kak Adish Shida dan kak Lydia Mirza

MO kata : Berdoalah semoga ada rezeki. 

MO kata lagi : Minggu depan (8 dan 14 Jun, final exam, mohon doakan MO yeh. Tak sabar nak habis study oiii, pastu nak kawen. Ada sapa-sapa nak masuk meminang tak? ngeheheh. 

Conan

Bismillahhirahmanirrahim.

Lima tahun lepas (Ogos 2010) aku pernah tulis satu cerpen sesedap rasa atas tujuan join Contest Cerpen Sesedap Rasa yang dianjurkan oleh blog ni Ain Zulaikha. Costest tu diberi beberapa keping gambar dan peserta diminta untuk membuat cerita berdasarkan gambar yang diberikan. Aku menang kategori serius kot. Oklah dapat menang topup. Zaman study, topup free memang dinanti-nanti. 

Mungkin cerpen aku tu boleh tahan best kot, tu boleh menang juga walaupun penganjur nak cari cerpen yang kelakar. Alhamdulillah, rezeki. Tapi bila aku baca balik nampak sangat kebudak-budakan.

Tapi selepas lima tahun, seorang paksu ni masih menantut sambungan cerita Conan ni. Dari dia single, dah kawen dan dah ada anak seorang, aku masih belum berjaya membuat sambungan cerpen tersebut. 

Hero dia aku letak nama Abontony Zulkarnain kot, tengok aku sendiri lupa apa aku tulis. Yang aku ingat heroin ada kucing warna kelabu jadi aku namakan dia Bool a.k.a Labu.

Kalau korang teringin nak baca try la KLIK LABU

MO kata : Sekejap betul masa berlalu eh.

MO kata lagi : Enjoy Hidup dalam tahun 2016.

"Bags Giveaway By Penselduabee"

Bismillah. 

Waaa lama betul meninggalkan dunia blog, giveaway dan sebagainya. Jadi hari ini MO nak mencemar duli untuk join giveaway pertama tahun 2016 setelah bertahun-tahun tak join giveaway. Almaklumlah hadiah yang bakal dimenangi adalah beg. Mih3. 



Nak tau maklumat lanjut, hanya klik gambar untuk ke blog penganjur.


Tarikh tutup 30 Mac ni, namun tuan tanah kata kemungkinan akan ditutup lebih awal jika penyertaan melebihi target personal tuan tanah. 


MO kata : Moh kite meriahkan "Bags Giveaway By Penselduabee"

MO kata lagi : Kalau dah rezeki tetap akan jadi milik kita kan. :-) Senyum tak perlu kata apa-apa.

Terima Kasih Yanty Lee

Bismillah..

Lamanya tak update. Bersawang.

Just nak ucap terima kasih pada Yanty Lee sebab tumpangkan rumah dia sepanjang berkursus di Putrajaya.

Dah berapa kali mai pun tetap juga tak ingat jalan. Ngeee. Mujur ada Google Maps.

MO kata : Semoga entry pertama 2016 menjadi pemangkin untuk menulis entry-entry seterusnya.

MO kata lagi : Sekejap dah 2016. Azam? Mahu kawen. Mih3.

Sambung Study

Bismillahirahmanirrahim.

Wuuuu, entry pertama pada tahun 2015. Lamanya blog bersawang.

3 September 2015

Alhamdulillah, telah selesai taklimat bagi pelajar-pelajar baru calon pascasiswazah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia. Calon yang terpilih untuk meneruskan pengajian di sini adalah seramai 190+ orang berbanding yang memohon seramai 400+ orang. Daripada kesemua calon 3-4% daripadanya adalah calon PhD. Alhamdulillah MO salah seorang yang terpilih meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana Pendidikan. PhD, insyaAllah akan datang.

Sebenarnya dulu-dulu masa tahun pertama sarjana muda, MO punya semangat belajar tinggi menggunung konon-konon habis degree terus nak sambung master. Tapi bila dah mula kerja, semangat nak sambung master dah semakin berkubur.

Tambahan pula course Early Childhood Education tidak ditawarkan di universiti yang paling dekat dengan rumah MO (USM) bagi coursework mode or mix mode. Yang ditawarkan hanyalah research mode sahaja. Kalau research mode memang anytime boleh sambung di USM tapi bagi MO yang bekerja dari jam 7.30-5.30 petang ni tak mampu pula rasanya nak buat fully research. Sampailah pertengahan tahun 2015 course ECE buat julung-julung kali ditawarkan di USM untuk mix-mode. Cuba nasiblah memohon sebagai pelajar separuh masa. Alhamdulillah diterima. Sesi pendaftaran pada 5 September nanti.

Untuk semester 1 ni MO mendaftar 2 subjek iaitu Research Methodology In Education dan Approaches In Early Childhood Education. Kelas hanya pada hari Selasa dan Jumaat. Jam 5.00 hingga 10.15 malam (jam 7.00-8.15 rest untuk solat). Walaupun 2 kelas je Tapi MO dah terasa cabarannya bila semua kena cari sendiri. Nota tak dibekalkan macam masa 1st degree dulu. Tajuk diberi so pandai-pandailah korang cari artikel jurnal dan bahan bacaan lain sebagai rujukan.



MO Kata : Semoga bertabahlah nak menghabiskan master dalam tempoh dua tahun ini.

Tips Jimat Petrol

Bismillahirahmanirrahim.


Kecoh mengenai kenaikan harga petrol naik 20 sen seliter suatu ketika dahulu. Pada malam kenaikan harga petrol berlaku sesak semua stesen petrol. Penuh wall FB mengenai ketidakpuasan harga petrol dinaikan. 

Sebagai pengguna bijak kita kena la bijak untuk berjimat dalam penggunaan petrol kan. Kenalah jadi pemandu berhemah. 

Pertama, jangan memandu terlalu laju. Suatu ketika dahulu saya suka sangat memandu dalam keadaan yang laju ketika di lebuh raya. Kebiasaan 150km/j. Pernah juga 170km/j. Tapi sejak-sejak harga petrol naik ni saya dah jadi pemandu berhemah. Berhemah la sangat kan. Hehehe. 120km/j je perjalanan ke Putrajaya baru ni. Dapat jimat banyak jugak.

Ditambah dengan penggunaan Perfect T. Lagilah jimat minyak. Kalau nak cuba Perfect T ni cuba contact no ni 013-6285673. Saya bagi 5 bintang selepas menggunakan minyak ni. Perjalanan pun lancar je. 




Kedua, kalau nak jimat minyak kita juga kenalah jadi pengguna yang bijak, jangan membayar lebih kepada steses minyak kan. Jadi amalkan pengisian petrol dalam jumlah liter yang genap. 

Sebagai contoh, harga petrol sekarang seliter RM 2.30. Jadi isilah dalam gandaan 10, 20, 30. Boleh bagi tau kat kaunter nak isi sama ada RM23, RM46 atau RM69. Saya selalu isi RM69 untuk 30 liter. 




Ketiga, isi petrol bila bar menunjukkan tangki dah separuh penuh. Jangan biarkan sampai tanda aras petrol berkelip-kelip. Itu bahaya. Pengalaman MO, kereta pernah berhenti di tengah jalan sebab kehabisan petrol. Konon sempat sampai ke stesen minyak. Jangan jadi macam saya. Bahaya sangat tau terutama kepada wanita-wanita di luar sana. 


MO kata : Jom jadi pengguna bijak. Kenapa bayar lebih kan. 


17 Oktober dan 10 Zulhijjah

Bismillahirahmanirrahim..

1.    Syukur Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk meneruskan hidup di muka bumi Allah ini dengan aman damai walaupun subsidi petrol ditarik 20 sen. Lepas ni kena bayar petrol lebih 20 sen la untuk seliter. Kerajaan kekurangan dana dah kot. Rakyat marhaen macam saya ni memang terasa jugak keperitannya memandangkan perjalanan saya setiap hari almost 100km++ pergi balik. 

2.    Lupakan seketika pasal petrol naik 20 sen. Hari ni dah 4 Oktober 2014. Sekejap je kan dah 4 Oktober. Esok dah raya Eidul Adha. Saya mohon maaf zahir dan batin. Semoga ibadah korban kita pada tahun ini diterima oleh Allah swt. Korban ni luas skopnya dan untuk mengecapi sesuatu yang kita impikan kita terpaksa korbankan banyak benda lain kan. Lumrah alam. 

3.   Pejam celik pejam celik je nanti 17 Oktober saya pun akan berusia 27 tahun. Amboi sekejapnya masa berlalu. Masih banyak liku-liku hidup yang perlu ditempuh. Moga Allah memanjangkan usia dan mengampunkan dosa-dosa saya agar saya dapat terus berbakti pada keluarga dan masyarakat. 

MO kata : Maafkan saya. Cabaran 30 Hari anjuran Kelab Blogger Ben Ashaari tidak berjaya saya habiskan kerana kekangan tugas yang lain. 

MO kata lagi : Sekarang ni nak menulis blog pun aduiii berat amat rasanya. Tapi saya akan cuba juga selitkan sedikit masa untuk blog ni. Ada banyak nak kongsi tapi masa je tak mengizinkan. Ada tugasan lebih penting. 

Belum Terlambat

Bismillahirahmanirrahim.

Syukur Alhamdulillah, 
hari ini aku masih lagi diberi kesempatan terus hidup bagi mengumpul saham akhirat.

Syukur Alhamdulillah, 
hari ini aku masih berpeluang menyalam dan mencium tangan mama dan abahku.

Syukur Alhamdulillah, 
hari ini aku masih berpeluang untuk berbakti kepada adik-adiku.

Syukur Alhamdulillah, 
hari ini aku masih berpeluang mencurah ilmu kepada anak didikku.

Syukur Alhamdulillah,
hari ini aku masih berpeluang berkongsi mengenai kepentingan langkah pencegahan kanser kepada wanita.
.
Syukur Alhamdulillah
atas semua nikmat yang telah Allah berikan kepadaku. 

Syukur!!
Syukur!!
Syukur!!

Sekadar monolog dalam diri. 

Masih belum terlambatkan saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Taqabbalalahu minna wa minkum. Maaf Zahir dan Batin. 





MO kata : Rupanya dah masuk bulan Ogos. 4 bulan lagi akan masuk Tahun Baru 2015 dan 2 bulan lagi juga akan masuk Tahun Baru Islam 1436.

MO kata lagi : Syawal dah nak habis. 

Zikir Setiap Hari

Bismillahirahmanirahhim..

Jom amalkan zikir walaupun dalam kesibukan tugas setiap hari. Sambil memandu boleh berzikir, waktu berjalan boleh berzikir, sementera nak tidur boleh berzikir. Pendek kata boleh berzikir di mana-mana sahaja. Sambil menyelam minum air. 



Gambar hosted at blog Muslimah Optimis

MO kata : Lama tak menulis di blog jadi rindu.

MO kata lagi : Sepanjang 6 bulan pertama 2014 banyak trip percutian yang ingin saya kongsi di blog tapi tak tertulis.

Nah satu gambar pulau. Sekarang ni suka pulak ke pulau menikmati keindahan ciptaan Allah di dasar laut. Dah mula rindu air masin. 


Pulau Sibuan, Semporna.


Bihun Sup Paklong

Bismillahirahmanirahim.

Hari ni dah 11 Januari 2014. Sekejap je dah 11 hari.

Ini kisah kelmarin.

Semalam (9 Jan 2014) tertinggal laptop kat office. Dah sampai rumah baru teringat bag laptop tertinggal. Jam pula dah menghampiri jam 6.30 petang. Memang bukan saya ler nak patah balik ke office semata-mata nak ambil beg tersebut walaupun kandungan dalamnya sangat urgent memandangkan saya perlu submit *kerja* saya pada Sabtu.

Jadi petang tadi saya ajak adik bongsu saya temankan saya, sekali mama pun nak ikut sebab lepas dah ambil laptop nak ke Tesco. Sebelum ke tempat yang nak dituju singgah makan Bihun Sup Paklong kejap kat Kilang Lama. Sedap memang sedap sampai habis licin kuahnya. Sambal mau lebih. Favorite sungguh bihun sup paklong ni walaupun paklong dah arwah tinggal maklong dan anak menantunya aje yang masih meneruskan perniagaan keluarga ni.

Kalau datang ke Kulim mesti cuba Bihun Sup Paklong. Parking memang senang. Bihun memang banyak, isi ayam daging perut semuanya pun banyak. Pendek kata memang puas makan. 

Ni bukan entry nak review pasal makanan or JJCM so tak buat persediaan gambar-gambar menarik. Lain kali mungkin boleh review makanan dan tempat makan best di sekitar Kulim @ Utara. Ada banyak tempat lagi yang favorite. 

Tak sempat nak tangkap gambar tadi. Nikmat sangat nak makan. Jadi, pinjam gambar dari Pakcu Sopi yang dikongsi di group whatsapps Kami Blogger Utagha. Beliau saja perangat pi makan Bihun Sup Paklong 4 Januari yang lalu lepas balik kenduri salah seorang Blogger Perak. 

Harga semangkuk bihun sup ayam/daging/perut RM 4.00. Kalau campur 2 jenis RM 5.00. Kalau campur semua sekali tak pasti berapa sebab selalu saya suka order ayam+perut. SEDAP. 


MO kata : Tertunai hajat nak makan bihun sup paklong ni. 


Derita Semalam

Bismillahirahmanirrahim.

Hidup itu satu putaran
Berputar mengikut paksi yang tersedia
Aku yang hilang
Sedang mencari dan tercari
Allah yang sentiasa menyayangi

Berpeluk tubuh
Mengharapkan keajaiban
Jangan harap akan ada keajaiban berlaku
Kerana Allah mahu kita berusaha
Berusaha walau dengan secebis doa

Bertindak walau ia meyakitkan
Bertindak walau ia melukakan
Bertindak walau diri dimalukan

Kesakitan hari ini
Derita hari ini
Mahupun derita semalam
Hanyalah sementara

Allah takkan mengubah nasib hamba-hambaNya tanpa usaha dari kita
Masih mahu menunggukah
Tunggulah kalau masih mahu menunggu tanpa tindakan

Pastikan hari esok
Senyuman sentiasa di bibir

Aku tidak baik
Jauh sekali alim

Cuma memperbaiki diri
Itu matlamat hidup hakiki.


MO kata : Hari ini merupakan mukasurat terakhir bagi buku Dua Kosong Satu Tiga dan esok akan bermula buku baru Dua Kosong Satu Empat. Semoga perjalanan hidup kita akan diredhai.

MO kata lagi : Banyak perancangan 2014. Kita buat satu-satu ye.


Ogos, September dan Oktober

Bismillahirahmanirrahim..

Sekarang dah bulan September. Bulan depan dah Oktober. Bila Oktober menjelma, usia saya akan bertambah lagi setahun. Tahun ni angka akan menginjak ke 26 tahun. Yeayyy dah dewasa. Tapi sedarkah kita, bila usia kita makin bertambah sebenarnya bukan tiket untuk kita menjadi besar kepala dan boleh melawan cakap ibu bapa sesuka hati kerana menyangka kita sudah dewasa boleh buat keputusan sendiri. 

Bila dah dewasa tak bolehlah nak mengharap mak ayah support lagi kan. Kita pulak la kena support mak ayah kan. Misi 2014 nak bawa mama dan abah menunaikan umrah. Impian ni sejak zaman study lagi, dalam tempoh 5 tahun selepas grad; pertama, saya nak beli sebuah kereta untuk memudahkan urusan mama memandangkan mama tak boleh bawak kereta manual kepunyaan abah. Heheh. Anak dia pun tau bawak auto je.. Hihihi. Alhamdulillah, impian pertama dah tercapai pada sambutan ulangtahun kelahiran mama ke-45 tahun lepas. Kereta sendiri?? Tunggu lepas nikah. Hahaha. Impian kedua, nak bawa mama dan abah ke tanah suci. Semoga niat suci ini Allah akan permudahkan tahun depan. Dah lama berhajat, moga Allah makbulkan hajat hati saya 2014. 

Lepas pulang dari menunaikan umrah, saya nak bernikah boleh tak. Hihihihi. Bukan gatal tapi usia macam dah layak nikah kot. 2015, umur saya 28 tahun. Mama saya usia 20 tahun dah dapat saya kot, anak beliau umur 26 tahun pun masih single. Hahahah. Belum sampai masa kan. Tengok kawan-kawan seusia, malah junior-junior lebih muda pun dah ramai yang menamatkan zaman bujang. Tumpang gembira dan bahagia. Moga Allah permudahkan juga niat tuan blog ni selepas menunaikan umrah tu. Tapi kalau saya bernikah pada tahun 2015 (awal tahun), suami saya nak ikut saya atau izinkan saya join Trip Trans Seberian tak middle of 2015 ni? Trip 3 minggu atau sebulan. Jadi bersedia untuk cuti tanpa gaji. Which one come first nikah @ TS. Doakan saya okey. Kepada suami saya nanti, nasiblah dapat isteri kuat berjalan @ melancong. Jomlah melancong bersama-sama. Please.... :-)

Kenapa saya kongsi kat blog niat saya yang dua ini. Sebab ini adalah misi yang terdekat 2014 dan 2015. Ada lagi misi 2014 dan 2015, tapi itu rahsia dulu. Ada beberapa perkara penting yang saya ingin capai 2014 dan beberapa perkara penting lagi yang ingin saya capai 2015. Saya kongsikan yang dua paling penting antara banyak-banyak impian yang tercatat dalam dream board saya. Nikah tu masuk dalam acara terpenting sebab pernikahan itu menyempurnakan separuh daripada iman kan. Saya kongsi impian saya kerana saya mengharapkan doa kawan-kawan juga yang terbaca catatan ini. Tolong doakan ye. Ameen. Terima kasih. Wink.

Saya rasa dah lama sangat tak menulis blog kan. Lama membiarkan blog ini sepi je. Nak kata sibuk, takdalah sangat. Nak kata malas, macam ye jugak. Nak kata takda idea menulis pun macam banyak je idea cuma tak terluah di atas papan kekunci je. 

Percaya dengan rezeki Allah. Yang penting usaha dan doa. 


MO kata : Hadiah hari lahir 2013 untuk diri sendiri Galaxy Notes III ok tak?? Ok. Berangan.

MO kata lagi : Genap usia saya 26 tahun, saya nak rajin menulis catatan perjalanan hidup saya yang boleh dijadikan perkongsian bersama orang lain (kalau ada yang terbaca la). Mungkin ada sedikit ibrah yang boleh dijadikan peringatan. Laman Muslimah Optimis kan laman peribadi, boleh kongsi apa sahaja kan tentang diri tuan punya blog. Heheheh. 

MO kata lagi dan lagi : Ogos tak da entry sebab terlupa nak tulis. Alasan boleh diterima tak? Hohoho. Dan belum terlambat kan nak mengucapkan Selamat Hari Malaysia. 16 September 2013. Malaysia dah 50 tahun. Semoga Malaysia terus aman. 

P/S : Subsidi minyak ditarik 20 sen menjadikan harga petrol naik 20 sen. Memang terasa sebab harga barang semua naik. Jika anda sedang mencari peluang perniagaan untuk dijadikan pendapatan kedua (bukan pendapatan sampingan sebab kalau sampingan mesti ciput-ciput je). Boleh hubungi saya ok. 

Emel : shameera.aima@yahoo.com

Sekian.