ADAKAH KIAMAT SUDAH DEKAT??

Assalamualaikum. 

Planet Nibiru menuju bumi?Kerajaan menolak dakwaan Planet Nibiru akan melanggar Bumi pada tahun 2012. Agensi Angkasa Negara (Angkasa) telah bekerjasama dengan NASA Amerika Syarikat bagi menjalankan pemantauan berhubung dakwaan tersebut.

Datuk Dr. Maximus Ongkili berkata, NASA juga mengatakan bahawa tiada bukti sahih tentang kewujudan Planet Nibiru dalam pencerapannya. "Sekiranya kewujudan planet itu sahih, ia akan dapat dilihat dengan mata kasar dan pastinya ahli astronomi akan buat pemantauan objek tersebut kerana semakin menghampiri bumi seperti yang dikatakan," katanya pada sesi soal jawab Dewan Negara di Parlimen di sini semalam.

Kosmo bertarikh 13/12/2010: Rupa planet Nibiru, lingkaran seperti ular, kepala bertemu ekor sedang menuju bumi dan melintas pada 2012.

Ada sumber yang menyatakan bahawa matahari sudah berubah kutubnya sendiri dan Bumi ada perubahan polar magnetnya sedikit demi sedikit.

Dah tak lama la tu. Tak lama apa? Tak lama lagi kita bakal bertemu dengan hari pengakhiran. Miamat makin dekat. Sebagai umat islam kita tidak boleh menolak dakwaan berkenaan planet Nibiru sebabnya segala yang berlaku di bawah kekuasaan ALLAH swt. Yang pasti ianya menjadi isyarat kepada kita semua kembalilah kpada ALLAH mohonlah keampunan kepadaNYA..

Petanda-petanda akhir zaman di negara kita sendiri sudah dapat dilihat walaupun suasana kita aman tetapi hakikatnya kita telah berada pada tahap yang kritikal dengan kes-kes jenayah yang saban hari meningkat, kes zina,kes buang bayi,kes rasuah, kes saman menyaman antara anak dan mak ayah dan sebagainya.

Bersedialah kita dengan tiupan sangkakala yang hanya akan berbunyi bila-bila masa saja. Entah esok lusa atau mungkin 100 tahun lagi. Hanya Allah yang tahu. Sentiasalah berdoa supaya kita semua ditetapka iman di dalam hati dan kita sentiasa ingat kepadaNya. Amal makruf Nahi Mungkar.

Sekian.Wassalam




4 Pesanan:

Al - Mu'allim said... [Reply]

Salam 'alaik.

Kiamat adalah rahsia Allah. Tidak penting bila berlaku kiamat, yang lebih penting adalah bagaimana persediaan kita menghadapinya.

Kalau pun tahu bila kiamat tp tiada persediaan utknya, sia-sia juga.

Akan tiba saat itu. Sekurang-kurangnya bersedia juga untuk kiamat kecil iaitu kematian.

Muslimah Optimis said... [Reply]

Al - Mu'allim :

waalaikumussalam. benar apa yang kamu katakan.. terima kasih

Ain Zulaikha said... [Reply]

siapa nak tahu pemenang kontest saya, sila datang kemari ya, hehe selamat tahun baru :)

Firdaus Kasim said... [Reply]

apa persiapan kita?