Tanggal Kasut Dalam Exam Hall


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Musim peperiksaan akan membuatkan pengajar-pengajar mula sibuk menanda skrip-skrip jawapan yang pelbagai bentuk jawapan. Kalau bentuk buku jawapan tu sama je, segi empat tepat bewarna biru. Mempunyai ruang untuk ditulis nombor matrik, nombor meja, nombor IC, subjek, kod Subjek, tarikh, masa dan program pengajian. 

Yang memeningkan kepala pengajar-pengajar ni bila nak menyemak skrip-skrip jawapan yang sangat meriah dengan pen bewarna warni, tulisan pelbagai font. Yang pakai areal tu takpalah senang nak baca, tapi ada jugak yang pakai tulisan pusing-pusing, lilit-lilit semua ada sehinggakan mata pemeriksa naik juling. 

Bia mula membaca helaian pertama skrip jawapan pelajar pertama rasa mata dah berpinar, sehingga ke skrip jawapan yang paling akhir. Memang rasa nak mengeluarkan segala isi perut bila hampir sampai ke skrip jawapan terakhir. 

Baru kutahu, susah rupanya mahu menyemak skrip jawapan yang beraneka jenis jawapan ni. Tahap kesabaran kena tinggi, kalau tak boleh dapat tekanan darah tinggi. Patutlah dulu masa zaman belajar, pensyarah kata, kalau soalan tu minta EMPAT hanya bagi EMPAT jangan bagi lebih, menyusahkan pemeriksa. Memang benar. Dulu masa zaman study, ingatkan kalo tak konfem jawpan bolehlah bagi lebih, kot-kot jawapan yang lebih tu betul tapi akan menambahkan beban pemeriksa.

Eh, apa kaitan penulisan kali ni dengan tajuk entry. Memang tiada kaitan, cuma nak dikongsikan bahawa memang menjadi trend pelajar menanggalkan kasut semasa jawab exam ke?? Sebab MO pun pernah buat. Kelmarin semasa menjadi pengawas peperiksaan, MO terperasan ramailah pulak calon-calon yang menanggalkan kasut. Siap letak melintang bawah kerusi lagi. Maaflah, tiada gambar nak ditunjukkan, sebab tiada gadget canggih yang dibawa, bawa diri saja. 

Lagi, macam-macam gaya yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar semasa memikir jawapan, yang paling kelakar bila 10 minit lagi nak habis masa, semua pakat kalut dah nak menoktahkan jawapan. Apapaun, pengalaman itu telah saya lalui dulu. 

Dulu masa zaman sekolah saya teringin nak jadi cikgu yang bagi soalan atas meja, masa di zaman universiti saya teringin nak kumpul slip kehadiran pelajar. Dan hari ini, keinginan saya itu tercapai. Banyak keinginan kecil saya sudah tercapai. Alhamdulillah.

MO kata : MO memang suka berangan, dari angan-angan tu MO pasang cita-cita dan impian. Biar angan-angan menjadi kenyataan. Yang pasti usaha dan doa.. :-)

Sekian Wassalam.

12 Pesanan:

H Y D E said... [Reply]

seronok kan? kekalkan keseronokan itu, KA :D

Ca Ezah said... [Reply]

wah.MO..dah mencapai apa yg diingini..tahniah.. :)

ca antara student yg memang ada tabiat bukak kasut time kelas apetah lagi time exam..hehe..terbawak2 sampai ke poli dulu..

Ckin Kembaq said... [Reply]

MO dah jadi tnaga pengajar?tahniah naa.. ^_^

Unknown said... [Reply]

wan main2 tangan kalau dah lenguh sangat menulis

Muslimah Optimis said... [Reply]

@H Y D E hurmmm.. xtau nak ata seronok atau tidak

Kumbang Jingga said... [Reply]

bukak kasut erk..sejuk sikit kot..pastu senang nk bersila atas kerusi hehehee

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Ca Cik Duyung terima kasih.. MO pun sama jugak dalam opis pun bukak kasut jugak.. hehe

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Ckin Kembaq terima kasih ckin

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Rozuan Ismail hehehe..pastu bagi berkeriuk bunyi tulang meletup.. hehe

Bulan Syurga Firdausi said... [Reply]

exam ye mmm lege betul bile da kuar dr dewan kn hehehe

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Bulan Syurga Firdausi aha student yang exam.. student yang lega bila keluar dewan, pengajarnya tak lega sebab nak marking.. huhu.. kalau ramai dapat rendah rasa sedih.. huhu

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Kumbang Jingga

hehehe..syok bersila atas kerusi kan