Warkah Biru untuk Muslimah Optimis
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Warkah Biru Untuk Muslimah Optimis.
Warkah biru oo warkah biru..
Memuatkan mata hitamku mejadi biru..
Fikiranku jadi celaru....
Hidupku jadi tak menentu..
Siang dan malamku terganggu..
Sejak dua tiga menjak menerima warkah biru ni, hidup MO jadi tak tentu arah. Serius. Kenapa dan mengapa??? Sebabnya, MO terpaksa memaksa otak bekerja lebih pada kadar biasa. Sabtu dan Ahad juga terpaksa bekerja demi untuk mendapatkan sesuap nasi (ayat tragis sangat).
Almaklumkan, bila selesai saja sesuatu peperiksaan, pengajar-pengajar akan mula pening kepala nak menghabiskan menyemak skrip jawapan yang beraneka jenis jawapan dan tulisan. Masa yang diberi hanya TIGA hari selepas tarikh peperiksaan. Mereng kepala dalam tempoh tiga hari nak kena habiskan 100 atau 200++ skrip jawapan. Mujur skrip jawapan student MO 100++ je. Kalau yang 200++ memang masak la. Huhuhu.
Bila menghadap terlalu lama helaian-helaian biru tu mata akan jadi letih amat-amat letih sampai rasa tak boleh nak bukak lagi dan sampai rasa tak boleh nak baca lagi apa yang ditulis, kalo baca pun tak paham butir tulisan (kes serius kan).
Inilah dilema yang dihadapi oleh kami semua. Tapi kena juga jalankan tugas. Bila tengok ada student yang hanya membiarkan helaian kosong tanpa jawapan terasa sedih, pelbagai persoalan bermain di minda. Adakah apa yang diajar tidak difahami atau mereka yang malas belajar (MO pon pernah jadi pelajar yang malas belajar).. huhuhu. Ini agaknya yang menimpa mereka sekarang. Tapi bibir akan mengukir senyum bila menanda dan banyak jawapan yang betul, terasa sejuk hati seorang pendidik. :-)
MO kata : Belajar menguruskan tekanan hidup. Tekanan itu adalah teman baik manusia kerana kita akan menjadi lebih kuat dan matang selepas itu.
Sekian Wassalam.
6 Pesanan:
Assalamualaikum,
Cikgu kah?
Anyhow, thank you and thanks too all the teachers out there (especially in Malaysia) who had work hard to ensure success of their pupils, not only on the papers, but also as human being!
(ah, tiba2 teringat balik semua cikgu2/lecturers)
:)
teringat pesan2 cikgu ca dulu...
"tulisan jgn kecik2 ye..tulis besar2 sikit..penanda kertas bukan robot..time dia penat kang dia xde mood tgok tulisan kecik2.. "
hehe
as salam...
wah..blog MO dan bertukar rupa..sejuk mata.. hehe..pakcik suka warna biru. sejuk.
hmm..menggalas tugas sebagai pendidik bukan mudah kan..hm..sebab MO b'baru' lagi menggalas tanggungjawab, maka dapat 100++ ( er..ni 10 rubi ke? sampai tambah 2.huhu) dah lama2, dapat 200++ pula. hehe..
sabar menempuh dugaan ;)
kalau letih, rehat sebentar. dah ok, sambung kembali.segarkan mata, lapangkan hati. mulakan dengan Bismillah =)
@Musafir Melayu
waalaikumussalam. Alhamdulillah. terimakasih
@Ca Cik Duyung
ya tulisa bagi besaq-besaq sikit supaya senang nak baca.. hehe
@Подтверждаю
alhamdulillah. sekarang ni dah bertukar wajah lagi sekali.. biarkan putih hitam
Post a Comment