G.I.G.O bukan GIGOLO….

Assalamualaikum wbt…
Bercuti selama seminggu memang menggembirakan hati-hati yang sedang parah menangung rindu pada keluarga.  Ok… Semua sihat kan. Kalau ada yang diserang demam atau flu itu menandakan bahawa ALLAH mahu menaikkan taraf anda sebagai mukmin di muka bumi ini sebelum kembali kepadanya pada suatu masa yang telah ditetapkan. Cuma masa itu adalah rahsia ALLAH saw. Dah bersedia ke??? Huhuhuh….Check balik Iman kita... Orang beriman akan sentiasa mengingati mati dan sentiasa bersedia...
Tiba-tiba je masa dah ada kat rumah ni terfikir pasal GIGO.. Apakah GIGO itu?? Jangan salah paham ya bukan GIGOLO tetapi GIGO. GIGO ni amat penting dalam kehidupan kita sebagai hamba ALLAH yang sentiasa inginkan kebahagiaan dalam hidup. Dimana letaknya kebahagiaan hidup sebagai seorang hamba di atas muka bumi ini? Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza. Kebahagiaan masing-masing juga terletak pada cara yang berbeza. Namun sedarkan kita dalam mencari kebahagiaan itu perlu disertakan dengan redha. Apa yang kita lakukan jika disertakan dengan redha ALLAH maka kita akan bahagia dan yang paling penting redha ALLAH terletak pada redha ibu bapa. Jadi jangan sesekali membelakangkan ibu bapa dalam membuat keputusan.

Garbage in Garbage Out atau akronimnya GIGO amat penting dalam kehidupan kita. (dapat perkataan ni masa bengkel penulisan thesis, kalau nak menulis thesis yang baik kena mengelakkan GIGO kata pensyarah). Kalau diterjemahkan secara terus maka maksudnya masuk sampah keluar sampah. Tetapi maksud yang cuba Mira sampaikan di sini adalah sekiranya input tidak elok maka output yang dihasilkan juga tidak elok. Semalam sempat Mira membaca buku Pendidikan Anak-anak tulisan Saedah Siraj yang mementingkan Pendidikan Anak-anak menurut Islam. Tidak mudah ya ingin mendidik anak-anak namun tidak sesukar mana jika kena acuannya. Ramai ibu bapa hari ini yang membesarkan anak-anak mereka bersama-sama syaitan. Kenapa Mira cakap macam tu??? Amboi sesedap rasa saja kan cakap mcm tu. Namun sedarlah bahawa untuk melahirkan anak-anak yang sempurna imannya bermula daripada diri ibu bapa itu sendiri.

Luqman Al-Hakim pernah menyebut “Aku mendidik anak-anakku 20 tahun sebelum mereka dilahirkan”. Jadi bermula daripada pemilihan calon pasangan yang beriman akan menentukan hidup anak-anak sangat penting. Ya memang benar, IMAN TAK BOLEH DIWARISI dan AMAT MUSTAHIL JIKA IMAN BOLEH DIWARISI namun IBU BAPA ADALAH MODEL KEPADA ANAK-ANAK, terdapat sebuah hadis yang menyatakan
“Sebaik-baik perkara yang diwariskan para ibu bapa kepada anak-anak adalah adab (percakapan dan perbuatan yang baik)”
Rasulullah juga pernah bersabda
“Tidak ada seorang pun yang dilahirkan kecuali dilahirkan di atas fitrah maka ibu bapalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi”
Maksudnya di sini Ibu bapa yang melatih anak dan mencorakkan kehidupan anak-anak seperti mana yang mereka mahukan. Oleh itu, ibu bapa perlu menjaga akhlak, personaliti dan ketrampilan diri kerana anak-anak yang dilahirkan ibarat kain putih yang mana jika ibu bapa tidak mencorakkan dengan baik maka persekitaran lain akan mencorakkan anak-anak yang mungkin akan menjadi tidak baik.

Jika kita lihat hari ini, ramai ibu bapa yang terlalu sibuk urusan di luar rumah sehingga mengabaikan kasih saying kepada anak-anak di rumah yang menyebabkan anak-anak terjebak dengan perkara-perkara yang tidak elok (semata-mata mahukan perhatian ibu bapa).

Bila berbincang mengenai soal didikan kepada anak-anak soal makanan yang diberikan kepada anak-anak tidak boleh dilupakan. Dari mana sumber makanan atau pendapatan yang diberikan kepada anak-anak kita (Mira belum ada anak, namun ini sekadar peringatan apabila mempunyai anak nanti). Adakah dari sumber yang halal atau syubhah??? Makanan yang dimakan ni akan dibawa kemana-mana tau sebab akan bercampur dengan darah dalam badan kita (jadi daging).

Teringat satu dialog dengan kawan. Tak ingat pulak bersembang pasal apa masa tu, yang ingat dia kata

“Jom saya belanja awak. Hadiah la tu. Awak akan bawa hadiah tu kemana-mana, mungkin juga sampai mati”..


 Tapi pastikan hadiah yang diberi tu dari sumber yang halal ya. Heheh…. Jangan buat naya kat orang..huhu

Beri makan anak ni bermula sejak hari pertama anak dilahirkan. SUSU IBU.. Halal ke susu ibu ni??? InsyaALLAH halal jika sumbernya halal. Sebab apa Mira cakap macam tu?? Sebabnya kalau si Ibu makan makanan yang haram atau dari sumber yang syubhah, maka susu ibu yang diberikan kepada anak-anak akan mempengaruhi perangai dan sikap anak apabila mereka besar nanti kerana sumber makanan yang diberikan berasal daripada sumber yang diragui. Waalahualam…

Mira tak nak sentuh banyak pasal pendidikan anak-anak, anda semua boleh baca daripada buku-buku yang terdapat di pasaran (kalau beli pun tak mahal) atau di perpustakaan (pinjam je free je pun).

Itulah pentingnya GIGO… Garbage In Garbage OutInsyaALLAH ibu bapa yang baik akan melahirkan anak-anak yang baik. Tapi nanti ada pulak orang cakap, habis mcm mana anak tok Imam terlibat dengan maksiat??? Huh.. sapa nak jawab tu??
Jawabnya, bukan salah ibu mengandung. Itu sebab mereka yang hanyut dengan nafsu kerana janji syaitan dan iblis untuk menyesatkan manusia di muka bumi. Jadi, kita yang waras ni.. Pilihlah JALAN yng kita MAHUKAN…

Buat makluman, Mira baru je selesai menonton cerita Tiupan Sangkakala lakonan Rita Rudaini, Eman Manan dan beberapa pelakon lain. Kisah anak dan Isteri derhaka. Boleh dijadikan contoh GIGO bila part dia marah kat mak dia tu. Dia kata, dia jadi macam tu sebab mak n ayah dia …Nak ke kita jadi anak yang macam tu??? Selamat menonton. Minta maaf sebab tak dapat nak upload, dah banyak kali cuba, maybe sebab besar sangat kot..huhu.. Kalau nak tengok kena cari ler kat youtube ke atau kat mana-mana ek.. Minta maaf sangat-sangat... Lagi pun cerita ni dah pernah ditanyangkan kat TV3 tapi tak ingat tahun bila.. Dah lama dah..
Sekian, Wassalam..

6 Pesanan:

ynn said... [Reply]

entry yg menarik...;d...salam kenal ya..

Muslimah Optimis said... [Reply]

terima kasih rieyana ynn.... jemput2 la melawat selalu...

THE GREEN said... [Reply]

Assalamualaikum...


hmm...good info..


regards,
BLADE EDGE

Muslimah Optimis said... [Reply]

@BLADE EDGE wasalam..terima kasih kesudian membaca

Mek Onie said... [Reply]

kak aima... memang susah kan nak mendidik seorang anak je...segala-galanya kena persiap , tak ley ikut suka hati melawan nafsu syaitan je... bukan senang untuk menjadi ibu bapa ni.... apa yang onie baca ni memberi pengajaran pada diri onie sebagai seorang anak dan bakal ibu2 *bakal ibu2?haha,lambat lagi,bagi kak aima lu :P


tengs kak :)

Muslimah Optimis said... [Reply]

@meaw

hihihi.. akak pun xtau bila masanya tu.. insyaAllah akak dulu k..hihi