LELAKI MENANGIS SEBAB PEREMPUAN????


Assalamualaikum wbt…. Tengok tajuk macam gempak je lelaki menangis sebab perempuan…Adalah cek tau beberapa orang (maksudnya lebih dari satu ler) boyfriend cek yang menangis sebab perempuan…Opsss.. Boyfriend je k, bukan special boyfriend.. Special boyfriend (Encik Zauji ler, sebelum kahwin mana boleh ada special boyfriend takut terjumpa dengan buayafriend).. …InsyaALLAH.. Tak lama lagi… Doa-doakan ye….Aminnn…

Bukan nak cerita pasal lelaki menangis sebab perempuan sebenarnya.. Saja ja bagi gempak...heheh.. Nak kongsi pasal Menangis.. tapi sebab baru-baru ni ada seorang hamba ALLAH yang berjantina lelaki menangis (dia mengadu pada cek) mujuq dia tak nangis depan cek, di ngandu kat cek ikut FB ja..kalau depan-depan silap-silap dia tak jadi nangis tapi gelak sebab cek gelak dia nangis)..heheh... kepada orang yang terasa tu minta maaf ye.. Semalam cek tak gelak pon, cuma geleng kepala sikit-sikit ja..hrmmmmm…

 Menangis

Tapi memang ada pun lelaki menangis kan…TAK NORMAL kalo ada manusia tak pernah menangis sebab menangis ni normal…Tapi SEBAB MENANGIS adalah berbeza antara satu sama lain. Menangis tu apa??? Budak-budak kecik pon tau menangis tu apa??? Kalau orang Kedah kata teriak atau gheyau….uyooooo….budak2 negeri lain mesti belit-belit lidah nak sebut kan.. heheh…senang je…cuba sebut gheyau??? Sebut betul-betul GHEYAUPandai pun sebut..ok la pass…heheheh….


Istilah menangis biasanya merujuk pada tindakan mengeluarkan air mata sebagai respon terhadap suahsana emosi pada manusia. Tindakan menangis telah ditakrifkan sebagai "sebuah fenomena  penumpahan air mata dari tubir mata, tanpa rasa sakit (tapi kalau dah gheyau banyak-banyak sangat sakit la jugak mata sampai bengkak-bengkak)…upssss, kawan Mira pernah batalkan janji temu nak pi library sama-sama sebab mata dia bengkak dek kerana menangis di malam hari…sebab apa dia menagis cek tak tau..huhu..cek pon malas la nak amik tau…

Ada kajian pasal lelaki dan wanita menangis ni..jeng..jeng..jeng 
(tak pasti la kat mana kajian ni dibuat)

Lelaki akan menangis sekurang-kurangnya sekali sebulan
&
 Wanita menangis sekurang-kurangnya lima kali sebulan
(ala lebih 4 kali je pun)

Hohoho.. Kalau cakap bab nangis mestilah ada air mata kan. Air mata yang dihasilkan disebabkan SEBAB menangis yang berbeza akan mempunyai komposisi kimia yang berbeza (tak dapat eden nak huraikan dengan lebih lanjut sebab eden bukan budak medic or science or psikologi)…huhu..blaja psikologi pon sket-sket aja..pskologi cinta..sesiapa ada masalah sila emel cek atau inbox FB pon ok…InsyaALLAH buat masa ni FOC..tapi kalau dah buak firm sendiri harga boleh runding..heheh..berangan-berangan…huhu

Menangis ni adalah ibadah tau kalau anda menangis kerana takutkan ALLAH swt… Kalau menangis sebab lain (tambah-tambah yang bukan halal bagi kita hanya sia-sia.. p/s : Maaf kalau ada sesiapa terasa).. 

Allah berfirman:Maka apakah kamu merasa hairan terhadap pemberitaan itu? Dan kamu mentertawakan dan tidak menangis? Sedang kamu melengahkannya? Maka bersujudlah kepada Allah dan sembahlah Dia.

Abu Hurairah pernah menyebut…aduhhhh, tak ingat ayat apa tapi lebih kurang maksudnya Rasulullah dan para sahabat menangis.. Ada hadis tapi xingat jugak dan tiada dalam simpanan dalam folder Muhasabah dalam lappy ni..huhu..So, sesiapa yang tau, boleh kongsikan.. Terima kasih.. 

Kalau kita tengok manusia zaman sekarang ni kan, termasuklah Mira lebih banyak ketawa daripada menangis. Yang lagi tak paham, ada orang ketawa (gelak) sampai keluaq ayaq mata..(huhu, cek jarang nak ketawa sampai keluaq ayaq mata)…

Ketawa kan lawannya menangis.. Sebab tu ada pepatah orang-orang tua jangan suka sangat dok gelak-gelak banyak-banyak takut satgi menangis pulak..huhu…yeke?? Mungkin ada benarnya. Tapi kalau kita ketawa dan menangis untuk akhirat, I am sure n berani kerat jari korang.. Diulang berani jerat jari korang ye bukan jari Mira..(ayat pinjam ni) lebih ramai yang akan menangis daripada ketawa..

p/s : Kalau jari Mira berani kerat kuku je

Allah pernah berfirman:Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis banyak, sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan. Ada seorang hamba yang berkata: saya tidak menenagis kerana saya bukan orang yang emosional melainkan saya adalah orang yang banyak berfikir.


Ada sebuah hadis yang menyatakan bahawa orang yang berilmu akan lebih banyak dan lebih mudah menangis kerana dia menyedari bahawa dirinya begitu kerdil disisi ALLAH. Bila kita susah manangisi dosa bererti kita sedang berada dalam kegelapan. Bila kita berada dalam kegelapan, bukan saja dosa kecil yang tidak terlihat akan tetapi dosa besar pun susah diketahui.

Rasulullah SAW bersabda:Tiga mata yang tidak akan terbakar api neraka untuk selamanya: mata yang menangis kerana takut kepada Allah, mata yang berjaga dimalam hari kerana membaca kitab Allah, dan mata berjaga-jaga membela agama Allah.



Kalau sekarang kita tak menangis mengenangkan dosa-dosa kita, di akhirat nanti menangis air mata darah sekalipun tak berguna...
(nasihat untuk diri sendiri yang utama)

Mata kita menangis sebab apa??? Sebab clash ngan pakwe, makwe…Cinta tu anugerah tapi kita berkahwin bukan sebab kita mencintai pasangan kita. (Rasa Cinta). Mungkin nangis sebab dapat result teruk???

Segalanya mungkin… Jangan menangis sebab bukan-bukan ye. 

Disebabkan Jurusan yang Mira amik sekarang ada kaitan dengan kanak-kanak a.k.a budak-budak so, Mira nak kongsikan sikit sebab bayi menangis. (Kongsi sikit aja, kalau nak tau banyak-banyak sila pinjam buku di perpustakaan..ok)..hehe..Sebab apa bayi menangis ni??? Lumrah alam la bayi menangis..Bayi kalo bercakap pun dalam bentuk tangisan…Sebab,

1. Bila baby rasa lapar
2. Bila basah (huhuhu…so ibu bapa kena sentiasa check setiap 2 jam k)
3. Time sejuk atau panas (hohoho.. time mandi 95 % bayi menangis hatta bayi yang bisu kan..kalau time panas pon sama gak)

Ada banyak lagi sebenarnya.. Nak kena bukak buku balik… Ada banyak jenis wuuu… Setiap bunyi tangisan tu memberi makna lain-lain.. Maybe boleh kongsi next entry yang xtau bila tunggu encik mahMOOD datang menemani cek… heheh…

Nak tahu tak sama ada anda comel a.k.a hensem a.k.a cantek atau tidak semasa menangis???? Go n check sendiri..

Pi menangis depan cermin..hehehe..pastu rasanya korang takkan menangis depan cermin lagi..heheh..no komen ye….

Betulkan niat kita menangis sebab apa ye.. 
Nasihat untuk diri sendiri…

Sekian. Assalamualaikum..

18 Pesanan:

ifti_siddiqi said... [Reply]

salam MO,, sama2 kita sentiasa bermuhasabah diri k,,

moga2 airmata kita akan istiqomah mengalir keranaNYA,,=)

Biar diri t'siksa di dunia, jangan t'siksa di akhirat,, =(

nurmiey sabtu said... [Reply]

salam ziarah MO..bagus entri ni..mmg bermanfaat, dan semoga menjadi peringatan untuk diri kita sbg hamba-Nya..

nurmiey sabtu said... [Reply]

salam ziarah MO...
bagus entri ni, sangat bermakna dan semoga kita mendapat manfaat..

Muslimah Optimis said... [Reply]

nurmiey sabtu : terima kasih kerana sudi membaca.. semoga semua mendapat menfaat dan kebaikan bersama

Farah Mn said... [Reply]

salam,, mohon share entry ni kt fb boleh,,,?

Muslimah Optimis said... [Reply]

ifti_siddiqi : semoga kita sentiasa istiqamah

Farah Mn :ya salam..silakan share mana2 artikel yang berkenan dari Laman MO.. sangat dialu-alukan.. dan terima kasih sebab sudi nak share...

e-saving solution said... [Reply]

haaa,, laki pun ade perasaan leee

fRaMe+LenSeS said... [Reply]

baguihh yang nih.. i like.. ;))

Muslimah Optimis said... [Reply]

e-saving solution : memang ler sebab semua makhluk yang bernama manusia tu dilahirkan dengan perasaan yang pelbagai..itulah kejiadn manusia yang unik..

Muslimah Optimis said... [Reply]

fRaMe+LenSeS : tq2..sila like banyak2..hehe

hafizi fiz said... [Reply]

huhu..cam penah ja..

Muslimah Optimis said... [Reply]

@hafizi fiz

pernah apa???

hafizi fiz said... [Reply]

penah jdik cmni la..hmmm
btw sy pemolow no 500..hehe

aDisH.sHidA said... [Reply]

thanks aima....

FarAh AmiRa said... [Reply]

wah..k.a...hehehehe

*47!k@# said... [Reply]

tanx akk..ika nk share yg ni :)

angah said... [Reply]

terbaik...terharu la..:D

saya bukan tomato said... [Reply]

siapa yg tak menangis tu bukan ego , tapi sebab dia kuat dan tabah hadapi hidup .. kan kak aima ?? :)