LUKISAN BOLEH BERCAKAP???

Assalamualaikum wbt.

Semoga semua sihat-sihat sahaja. Alhamdulillah. Nikmat kesihatan itu adalah nikmat yang paling besar dalam hidup kita selepas nikmat Iman dan Islam kerana kalau kesihatan tidak baik maka yang bekerja tidak boleh bekerja yang belajar tidak boleh belajar. Nak beribadah pun kurang selesa. 

Semoga semuanya sihat, Alhamdulillah

Tengok tajuk.. LUKISAN BOLEH BERCAKAP??? Hai, parah ni kalau tengok lukisan boleh bercakap, mau lari tak cukup tanah.. tak pun Mira dah pengsan dulu..hehe...

Orang selalu kaitkan lukisan monalisa ni dengan misteri, nape ek???

Tapi Mira bukan nak bercerita pasal misteri monalisa ni...Ramai ramai orang dah bercerita kot..kita tinggalkan sebentar misteri monalisa ni. 

Conteng-conteng. Kelmarin dulu, sambil-sambil menulis Academic Exercise sambil-sambil jugak kami berYM dan kami pun main lukis2 kat imvironment doodle tu. Sorang lukis satu objek. Dan terhasillah lukisan actually contengan di bawah ni.


Bagi Mira contengan ni cantik walaupun nampak macam lukisan budak-budak tadika ja kan. Hehe.. Pensyarah Mira pernah cakap, mana ada lukisan yang tak cantik sebab lukisan itu adalah satu seni. Mungkin pada pandangan mata kita tak cantik tapi pada pandagan mata orang lain cantik. 

Eh, Kami tu siapa??? Kami tu Angin dan Bintang. 

Siapa Angin? Siapa Bintang? Mengisahkan mengenai dua orang sahabat Bintang dan Angin. Bintang tu Mira , Angin la ni yang bagi nama. 

Siapa Angin???

Dia seorang kawan dan sahabat yang baik...Mira kagum sebab dia pandai masak dan pandai menulis..heheheh...

 Lukisan
Kajian telah membuktikan bahawa lukisan boleh menjadi luahan perasaan dan pasti ada kisah di sebalik lukisan yang dilukis.

Dalam kelas Mira dulu  masa 1st Year 2nd Sem, dalam kelas Art and Craft pensyarah ada bagi tau bahawa kita akan melukis perkara yang menjadi sinonim dengan kita. Kita ambil contoh kanak-kanak (sebab Mira pun amik bidang berkaitan dengan kanak-kanak kan - kalau sebut kanak-kanak tu sangat sinonim lah kiranya..hehe). 

Kanak-kanak di Malaysia akan melukis suasana di Malaysia. Benarkah??

Lukisan seorang kanak-kanak di Malaysia berkenaan Hari Kemerdekaan.

Kanak-kanak di Iraq yang hidup dalam suasana perang , kemungkinan besar mereka akan melukis kereta kebal, jet pejuang, peluru berpandu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Cuba tgk gambar di bawah.

Lukisan kanak-kanak Iraq yang penuh tragedi berdarah.

Sebab itu dikatakan lukisan ini menceritakan sesuatu. Lukisan boleh bercakap. Ye tak?? 

Lukisan juga merupakan terapi minda. 

Menurut Presiden Persatuan Pskiatri Malaysia, Dr Yen Teck Hoe, berkata seni asasnya adalah produk pemikiran dan emosi. Ia juga boleh diklasifikasikan sebagai perangkap persepsi yang mewakili minda pada satu-satu masa. Walaupun hanya satu garisan, ia adalah luahan emosi pelukis. 

Tambah beliau lagi, “Adakalanya pesakit tidak mahu bercakap dengan doktor, takut, teragak-agak dan pelbagai lagi. Namun, pada sekeping kertas dia bebas meluahkan apa yang dirasanya, apa difikirnya. Ia adalah simbol percakapan yang boleh membantu doktor membuat diagnosis tepat mengenai masalah hingga menjejas emosi dan peristiwa yang menghantui mereka,” katanya.

Ermmm…

Terdapat satu kes yang berlaku seorang kanak-kanak yang selalu melukis meja dan kerusi dan pakar psikatri sampai pelik kenapa budak ni hanya lukis meja dan kerusi saja sehingga mereka mendapat jawapan bahawa kanak-kanak ini sering diasingkan di dalam kelas kerana dia merupakan ADHD.

Apa tu ADHD??? Sebelum ni Mira pun tak tahu malah tak pernah dengar pun apa itu ADHD tapi bila dah lama2 belajar baru lah tahu ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorder) merupakan satu gangguan kepada kanak-kanak khas (anak-anak Istimewa yang kurang daya tumpuan dan pada masa yang sama hiperaktif).  Oleh itu dia diasingkan di dalam kelas kerana guru merasakan dia mengganggu kanak-kanak lain dengan suka membuat bising. 

Satu lagi kes, sila tgk video ini.



video
Kalau tak dapat tonton dari laman Muslimah Optimis sila klik Child Genius.


Terima kasih kepada Kak Liza yang sudi berkongsi berkenaan video ini di dalam kelas Asuhan Kanak-kanak Islam. Banyak yang Mira pelajari...

Terima kasih juga kepada Dr. Zaharah yang banyak mengajar dalam kelas tersebut. Dalam kelas tu jugak Mira belajar cut audio n video.. hehehe.. terima kasih juga kepada groupmate (Ayu, Wawa dan Sha) dalam merealisasikan courseware kita..Hasilnya sangat menarik kan.. Perisian Pembelajaran Adab Sopan : Kalimah Bismillah..Mulakan sesuatu dengan Kalimah Bismillah... Memandangkan courseware ini direka untuk pembelajaran kanak-kanak autism maka hanya satu kalimah saja yang diajar iaitu memulakan sesuatu dengan kalimah Bismilillahhirohmanirohim...

Berbalik kepada rakaman Video tadi, Kanak-kanak ini penghidap autism dan pada masa yang sama adalah asperger. Secara ringkasnya kanak-kanak autism ini akan hidup dalam dunia mereka sendiri dan  kalau yang asperger pulak ala-ala genius. Nak tahu lebih lanjut pasal autism dan asperger sila klik.

Berkenaan kanak-kanak tadi yang pada mulanya kita hanya melihat dia mewarnakan hitam sahaja pada kertas lukisan dan pada akhirnya apabila dicantukan semua hasil lukisannya terhasillah sebuah puzzle ikan paus...

MasyaALLAH, hebatnya ALLAH menciptakan manusia begitu dengan pelbagai kelebihan. 

Kembali ke alam masih bergelar junior di UM (sekarang dah senior kot)..hehe.. Nak cerita pasal kisah di sebalik sebuah lukisan. 

Dulu dalam kelas pertama kami semua dikehendaki melukis tentang Diri Saya. Ish, ish, ish. Antara subjek yang paling Mira tak suka sejak zaman sekolah dulu adalah Pendidikan Seni (amik Pendidikan Seni sampai Tingkatan 3). Selalu kalau kelas lukisan ni, Mama la yang tolong anak dia ni.. hehehe.. Terima kasih mama.. Tapi dalam exam mama mana boleh tolong-tolong. Jadi soalan yang paling senang sekali adalah teknik pengulangan untuk buat pembalut hadiah. Hehe… tu la kenangan zaman sekolah. 

Tup-tup bila dah masuk Uni pun nak kena amik subjek Art & Craft.. Aduiii.. Mama tak dak kat sini nak tolong... huhuhu.. Disebabkan xberapa nak pandai, so asal ada waktu lapang je (kebetulan kelas-kelas lain pagi) Mira pun masuk le ke Makmal Seni untuk siapkan hasil kerja seni tu sebab setiap hasil seni perlu dihantar dalam tempoh seminggu sebelum bermula kelas pada minggu depan. Orang lain dah awal2 siap, Mira je antara yang lambat siap..huhu...Bukan setakat lukisan je, macam-macam Mira belajar Buat tembikar pun pernah. Itu semua kenangan yang akan tersimpan kemas di satu sudut hatiku. Chewahhh...

Eh, kembali kepada cerita lukisan Tentang Diri Saya tu. Jadi apabila semua dah selesai melukis, Cik Din  (Panggilan untuk pensyarah) pun round-round sekelas dan akan amik salah satu lukisan then Cik Din akan describe lukisan tu secara ringkas. Sampai la kat tempat Mira, erkkk…malu seyy bila lukisan buruk yang kita buat tu ditunjuk pada semua orang. Cik Din cakap, orang yang melukis ni mesti seorang yang suka bergaya. Wahaahah.. Agak betul tapi takdela bergaya sangat dan masih ikut syarak. InsyaALLAH.

Sebab tu la kalau kita perasan la kan, pelukis-pelukis ni jual lukisan diorang sangat mahal dah tu ada pulak orang sanggup nak beli. Itu menunjukkan setiap lukisan tu ada nilai dan seni tersendiri. 

Kalau rasa bosan-bosan atau boring-boring boleh la cuba-cuba luahkan isi hati anda di atas sebuah kertas. Tidak kira sama ada dalam bentuk lukisan atau penulisan sekurang-kurangnya anda mampu mengurangkan beban di dada..

Tapi jangan lupa kepada yang memberi ILHAM adalah Sang Pencipta iaitu ALLAH swt.. Tiada yang Lain melainkan DIA…

Sekian Wassalam

4 Pesanan:

NAMI said... [Reply]

lukisan itu seni yg sgt kreatif.bkn semua orang dapat melukis dengan baik.hakikatnya lukisan dapat menceritakan suka dan duka kehidupan yang mempunyai nilai yang tersendiri.

nadzli azlan said... [Reply]

panjang gilakkkk !! tp sangat menarikkk :) sukaa ~

Muslimah Optimis said... [Reply]

@NAMI
betul tu cikgu NAMI.. lukisan tu adlah luahan jiwa

Muslimah Optimis said... [Reply]

@nadzli azlan haha.. panjang gilakk tu habis tak bacanya adek?? dulu2 memang akak suka tulis panjang2..huhu