PENGEMBARAAN BERSAMA MUSLIMAH OPTIMIS (MO)


Assalamualaikum wbt…
Salam Imtihan buat semua sahabat-sahabat yang akan menduduki peperiksaan walau dimana sahaja anda berada. Esok adalah peperiksaan MO yang terakhir untuk sem ni. Semoga berjaya kepada MO dan Semoga semua yang mengambil peperiksaan esok akan menjawab dengan baik. 
Hari ini Mira a.k.a Muslimah Optimis (MO) ingin membawa pembaca semua ke sebuah destinasi menarik. Destinasi yang mana satu, anda semua tentukan sendiri.. Kita akan berehlah di tepi pantai.
Sebelum kita meneruskan pengembaraan, jom sama-sama kita membaca kalimah Bismillahhirohmanirrohim dengan penuh tertib.

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang kita akan mulakan pengembaraan kita pada hari ini. Bukan Pengembaraan Upin Ipin tau.. Ini Pengembaraan bersama Muslimah Optimis.. Nak mengembara ke mana ye? OK.. Jom… betulkan duduk biar selesa.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Baiklah, sekarang tarik nafas dalam-dalam.
Hembus.
Tarik nafas.
Hembus.
Tarik nafas..
Hembus..

Ok, setelah anda menarik nafas dalam-dalam dan hembus nafas secara perlahan-lahan sebanyak tiga kali, cuba anda buang semua masalah yang sedang bersarang dalam fikiran anda sekarang. Buang jauh-jauh. Segala situasi dan cabaran yang anda hadapi anda letakkan di dalam sebuah beg plastik hitam dan anda ikat kuat-kuat. 
Bagi pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan, sila masukkan segala input yang telah anda baca di dalam peti besi supaya semua ilmu itu tidak lari.
Ok. Sekarang pengambaraan bersama Muslimah Optimis bermula.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
(Sila baca dengan penuh perasaan ya).
Cuba anda bayangkan anda kini sedang berada di sebuah pulau yang sangat cantik. Pepasir pantai yang halus dan bersih. Anda terdengar desiran ombak yang memukul-mukul pantai. Anda berjalan-jalan menyusuri pantai tanpa kasut. Anda berjalan tanpa menoleh kebelakang. Anda menapak dari satu tapak ke satu tapak. Anda melangkah selangkah demi selangkah sehingga anda sampai ke tempat permulaan tadi kerana pulau ini berbentuk bulat. Anda tidak tahu dari mana pantai ini bermula. Tiada titik penyambung. Yang anda nampak hanyalah ciptaan ALLAH yang sangat indah. Kini anda merasai hembusan bayu di wajah anda. Hembusan lembut. 
Anda kini sedang melutut di atas pasir pantai. Tiba-tiba anda teringatkan dosa lampau yang anda pernah lakukan. Anda rasakan diri anda begitu kerdil di tengah pulau yang tidak berpenghuni itu. Anda terasa mahu menangis, namun air mata anda tidak mahu mengalir. Anda memaksa untuk menangis namun anda masih tidak berjaya. 
Kemudian,
Anda merenung ke langit, anda melihat hamparan langit yang sangat cantik. Warnanya kebiru-biruan sama seperti warna air laut di hadapan anda. Ada dua ekor burung sedang terbang beriringan di langit biru. 
Anda ternampak wajah ibu dan ayah anda di hujung pantai. Anda memanggil mereka tetapi mereka tidak mendengar panggilan anda. Anda menjerit sekuat hati anda, namun usaha anda sia-sia. Anda masih tidak berputus asa, anda berlari sekuat hati anda untuk sampai ke hujung pantai, namun setelah anda sampai ibu bapa anda telah tiada di situ. Anda kecewa. 
Tiba-tiba anda terdengar suatu suara berkata kepada anda 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
“Imej 3D”…
heheheh.. jangan marah

dah lama tak menyusuri pantai...  
Masa kecik-kecik abah suka bawak pi Pantai Bersih, Penang 
tapi lani dah tak tau apa jadi kat pantai tu.. Masih bersihkah?? hehe

Macam mana pengembaraan bersama MO. Apa yang anda dapat bayangkan? Pulau? Pantai yang bersih pasirnya? Laut yang biru airnya? Langit yang terbentang luas? Tidak kisahlah apa sahaja yang anda semua bayangkan, Itu adalah imej 3D yang wujud dalam minda anda (akan lebih berkesan imej yang wujud jika anda memejamkan mata dan menghayati setiap bait kata, namun anda sedang membaca, kalau menutup mata macam mana mahu menghabiskan pembacaan? Kan..kan… hehe…
Pernah tak anda merasai seperti anda benar-benar berada dalam khayalan anda. Pernah rasa atau tidak??? Jika YA, sila maklumkan ke MO. 
Sebenarnya semasa sedang bersiap petang di hadapan cermin, tiba-tiba terlintas satu perkataan di minda MO iaitu Imej 3D. Tu yang MO coretkan disini. Saja mau kongsi dengan para pembaca. 
Yakinlah dengan diri anda bahawa anda adalah apa yang anda fikirkan. Mohonlah pada ALLAH apa yang anda mahukan kerana hanya DIA yang berkuasa memberi. 
Walau suapa pun kita, jagalah hubungan dengan TIGA, 
Tuhan, Ibubapa, Guru-guru, Al-Quran..
Jangan membelakangkan Allah swt dalam setiap perlakuan kita,
Sentiasa memuliakan ibu bapa yang banyak berkorban untuk kita,
Jangan lupakan Guru yang mengajar tulis baca,
Dan Jadikan Al-Quran sebagai teman rapat kita..

(kata-kata ini diperolehi semasa mendengar ceramah menjelang peperiksaan dulu - tepat sekali hubungan dengan yang TIGA ini perlu dijaga)

InsyaALLAH jika kita menjaga hubungan dengan yang TIGA ini, hidup akan sentiasa berada dalam rahmatNya. 
Jika anda semua perasan dalam pengembaraan bersama MO tadi MO ada selitkan kata-kata Anda tidak tahu dari mana pantai ini bermula. Ya kita tidak tahu dari mana pantai itu bermula, kita tidak tahu dari mana bumi ini bermula. Adakah dari Australia dan berakhir dengan Malaysia atau dari Tanah Arab dan berakhir di Jepun??? Jawapannya TAK TAHU...
Tetapi kita harus tahu bahawa kita semua bermula daripada setitis air yang hina sehingga terbentuknya zigot di dalam rahim ibu kita dan setelah berada di alam rahim selama 38 minggu maka kita menjenguk ke dunia. Kehidupan kita di dunia kita tidak tahu selama mana. Mungkinkah hanya selama sebulan (tetapi Alhamdulillah anda yang membaca ini dan MO juga pastinya umurnya lebih panjang dari sebulan kerana ada sahabat kita yang mungkin kini sebaya atau lebih tua telah dipanggil pulang oleh ALLAH sejurus selepas dilahirkan), mungkin usia kita di dunia selama 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun, 60 tahun atau lebih panjang??

Jangan sesekali kita lupa bahawa daripada DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali. Hanya masa dan ketikanya adalah dalam rahsia ALLAH. Tiada siapa yang mengetahui kecuali DIA.

Bersyukurlah kepada yang mengetahui bila mereka akan ‘pergi’. MO ada seorang teman yang pernah berkhidmat di salah sebuah hospital sebagai social worker, salah satu daripada tugasnya adalah memberi kaunseling kepada pesakit kronik yang mana menurut doctor tiada harapan lama untuk bertahan (hidup). Salah satu kes yang pernah beliau ceritakan kepada MO iaitu beliau terpaksa memberi kaunseling kepada pesakit kanser hati (kalau tak silap) yang ada masa kira-kira seminggu untuk hidup namun pesakit itu bukan beragama Islam. Beliau sendiri berasa tidak sampai hati dan risau mengenangkan nasib yang menimpa pesakit yang kini telah meninggalkan suami dan anak-anaknya yang masih kecil. 

Beruntunglah jika kita mengetahui bila kita akan pergi menemuiNya. Bagi mereka yang mengetahui (mungkin yang sakit-sakit kronik) bisa bersedia menerima dengan redha. Namun kita yang sihat-sihat ini bagaimana?? Mahu duduk sajakah??? Takkan dah sakaratulmaut baru nak bertaubat a.k.a nak bertaubat last minute seperti dalam entry MO Saat Terakhir.

Kata beliau lagi, memang menginsafkan bila mengenangkan pesakit-pesakit yang sedang bertarung nyawa di hospital. Kalau rasa-rasa anda sedang mengalami cabaran yang sangat genting (big n biggest problem yang tak tertanggung) anda bolehlah melawat ke hospital atau melawat ke rumah-rumah orang tua (yang kudratnya telah berkurangan berbanding kita yang masih muda belia) atau mambuat lawatan ke rumah spastik (kanak-kanak cacat CP) atau merenung nasib pengemis-pengemis di jalanan atau apa-apa sahaja yang boleh membuatkan kita berasa bersyukur bahawa situasi yang anda hadapi itu tidaklah sebesar mana.
  
Renung-renungkan dan selamat beramal (pinjam ayat prof Izi)….
Sekian…sehingga berjumpa lagi…
Wassalam.

0 Pesanan: