IMEJ 3D : NERAKA

Assalamualaikum kepada semua pengunjung yang sudi mengunjungi Laman MO ini. 
Apabila bercakap pasal imej 3D yang wujud dalam minda maka jelas di sini bahawa kita mampu membayangkan segala jenis imej dalam minda kita sama ada imej yang cantik, buruk, hodoh, seronok, sedih atau segala jenis imej yang mungkin tidak terbayang oleh individu A namun dapat dibayangi oleh individu B.
Beberapa minggu yang lepas semasa bersiap siaga untuk beradu di atas tempat peraduan MO yang menjadi tempat persinggahan di kala malam (wah nak pinjam bahasa istana kejap) …hehe.. MO sempat mendengar radio.. Mintak maaf sebab MO tak pasti sama ada saluran radio yang MO dengar tu IKIM FM atau Suara Islam. Masa tu dalam jam 2 pagi tetapi DJ yang bertugas masih setia berada di konti bagi menemani pendengar yang masih belum tidur atau yang sedang bertugas. Kalau tidak salah slot pada waktu itu adalah slot Munanjat.. 
Ada seorang pemanggil (Pada firasat MO beliau seorang ustaz kerana cara percakapan beliau seperti sedang memberi ceramah). Menurut ustaz tersebut bahawa kita wajib untuk membayangkan neraka. Ya, memang benar pemikiran kita tidak terjangkau bagaimana rupa dan bentuk neraka mahupun syurga ALLAH.. Namun tidak salah untuk kita membayangkan bagi meningkatkan rasa insaf di dalam diri kita. Semua orang takut nak masuk neraka, mulut kata takut tapi perlakuan seperti tak takut. Kalau tanya semua nak masuk syurga kan (dari budak kecik sampai la orang tua). Ada tak pengunjung laman MO yang nak masuk NERAKA?? Nauzubillah.. Namun (MO biarkan anda menjawab sendiri). MO bukanlah ustazah atau orang yang arif untuk bercakap soal ini. Namun penulisan ini hanyalah sekadar untuk mengingatkan diri MO sendiri yang tidak sempurna dan tidak lari dari melakukan dosa.
Memang benar, kita tak dapat nak bayangkan bagaimana rupa sebenar neraka, namun kita bayangkan sekadar fikiran kita yang seperti yang tertulis dalam al-Quran..
Tapi sebelum kita bayangkan keadaan neraka, cuba kita bayangkan jika kita ditempatkan di dalam sebuah rumah yang menunggu masa untuk dibakar. Api yang membakar rumah boleh membuatkan kita rentung. Bukan tidak ada kes mayat mati retung di dalam kebakaran. Banyak contoh yang boleh diberikan, namun anda semua boleh recalled semula kejadian-kejadian mati retung sebelum ini. Itu baru api dunia. Api dunia hanyalah cebisan api neraka dan tidak sampai satu zarah atom pun. Itu pun sudah mampu membuatkan manusia menjerit kesakitan sebelum meninggal. Apatah lagi di dalam neraka kelak.
cuba bayangkan kalo kita terperangkap dalam bangunan ni??
Jika kita terperangkap dalam sebuah rumah yang terbakar mungkin kita berkesempatan melarikan diri namun jika kita sudah berada dalam neraka Allah maka tiada peluang lagi kita akan melarikan diri. Kita jerit sampai terkeluar anak tekak pun tidak berguna. Tiada maaf bagimu. Melainkan bertaubat semasa di dunia.
Di dalam neraka kita akan dibakar, direjam berulang kali setimpal dengan dosa yang dilakukan di dunia. Kemudian baharulah kita akan dimandikan di sungai al-Kautsar (kalau tidak silap Mira – kalau salah para pembaca tolong betulkan) sebelum kita ditempatkan di syurga kerana ALLAH telah berjanji bahawa setiap muslim akan masuk ke syurga ALLAH walau cepat atau lambat (seingat dalam kelas Ustaz Azhar masa Form 1). Walaupun iman manusia sebesar biji sawi, dia tetap akan masuk ke syurga selepas diseksa di neraka kerana kunci syurga adalah mengucap dua kalimah syahadah.. Itulah beza antara Muslim dan Non-Muslim. Non-Muslim akan kekal di neraka selama-lamanya.  Amatlah rugi kepada orang yang riddah suda dijanjikan syurga namun mereka memilih untuk ke neraka selama-lamanya. Wallahualam.
Cuba kita bayangkan keadaan NERAKA… Berani sangat nak buat dosa kan (peringatan untuk diri sendiri) kerana setiap daripada kita tidak terlepas melakukan dosa.

Cuba bayangkan kita dibakar dalam api ini dan akhirnya menjadi abu??
  1. Sungai neraka adalah darah dan nanah busuk yang menggelegak,
  2. Minumannya adalah air yang mendidih,
  3. Naungannya adalah awan hitam yang panas,
  4. Anginnya adalah samum yang membawa hawa panas,
  5. Makanannya adalah zaqqum yang jika setetesnya jatuh ke bumi, nescaya hancurlah dunia dan seisinya,
  6. Bahan bakarnya adalah manusia dan batu api, panasnya membakar kulit hingga ke ulu hati,
  7. Pakaiannya adalah daripada potongan-potongan api yang membakar,
  8. Kedalamannya sejauh batu yang dibaling selama 70 tahun baharu akan tiba ke dasar.
  9. Suara neraka akan meraung geram kepada penghuninya.
  10. Penghuni neraka akan dibelenggu dengan rantai besi membara dan dipukul dengan palu godam, yang jika mengenai sebuah gunung nescaya gunung tesebut akan menjadi abu, dan wajah-wajah mereka diseret di atas bara api sedang tangan mereka terikat”
Selalu kita makan bebola ayam, bebola sotong tapi dalam neraka kita makan bebola api???
Sebenarnya lebih banyak yang diceritakan pasal neraka. Ini hanyalah sekadar pembacaan dan ceramah-ceramah yang pernah Mira hadiri. Itulah api neraka. Dalam entry kali ini cukuplah sekadar ini sahaja. InsyaALLAH jika berkesempatan akan dikongsikan lagi (nak kena pi tambah ilmu dulu). 
Cikgu Mira ni sudah insaf ke belum??? Sendiri mau jawab na.. huhu.. Dan Ustaz yang menghubungi DJ radio tu juga ada berpesan supaya kita sentiasa beristigfar selalu dengan rendah hati dan rendah diri selama 1000 kali sehari disamping perbanyakkan zikir. 
Kalau boleh berjam-jam menghadap FB takkan dalam tempoh 2,3 jam berzikir tak boleh. Masa paling sesuai adalah sebelum tidur kerana pada masa itu otak kita sedang berehat. Sebelum tidur juga jangan lupa baca Zikir Fatimah ya.
Semoga beroleh manfaat. Sekian, Wassalam

3 Pesanan:

Ckin Kembaq said... [Reply]

=_= Takut..huhu

Mohamadazhan.com said... [Reply]

salam, menakutkan, peluang hidup sementara dimanafaatkan dgn baik.

siti norlaili yusof said... [Reply]

entri ni mmg menginsafkan wat kita. betul tu MO,zaman skrg semakin byk wanita yg berpakaian tp x cukup syarat..sng kata,x ikut syariat. islam x pernah melarang untuk berfesyen,bahkan islam itu amat adil..x mengekang hamba-Nya.
semua yg dilarang tu ada sebabnya,batas aurat kita terutama wanita perlu dijaga kerana harga diri kita terlalu tggi.
minta maaf kalau terasa tp kalau kita ingat sejarah kedatangan islam,kita akan tau bahawa semua agama merendahkan wanita..hanya islam yg meninggikan martabat/darjat wanita..
tp ramai org lupa tentang tu..
berfesyenlah,tapi ikutlah syariat..lilitlah bape puluh kali pun,tp apa yg perlu ditutup tu,tutup..
sebab islam adalah up to date...cuma jgn kita berfesyen mengikut budaya sesuatu kaum kerana itu tabaruj jahiliah..
n sememangnya kita kena kejar kekayaan duni n akhirat.

laili ni bukan alim ulama' so,kalau ada yg kurang tu,harap perbetulkan.. mudah2an bg kebaikan wat kita semua..insyaallah..

sama2 kita muhasabah diri kita semua.
terima kasih MO untuk entri kali ni..:)