12 RABIUL AWAL TARIKH UNTUK DIINGATI


Assalamualaikum. Apa khabar semua?? InsyaAllah diharapkan semuanya berada dalam keadaan baik dan sihat walafiat. Alhamdulillah, MO baru sahaja selesai satu misi iaitu Aman Palestin. Alhamdulillah MO dan beberapa sahabat yang lain juga telah sama-sama digerakkan hati oleh Allah swt untuk berdaftar menjadi sukarelawan Aman Palestin. Semoga perjuangan kita mendapat keredhaan Allah swt, insyaAllah. Dengan kejatuhan Husni Mubarak maka kedudukan Israel sedikit tergugat kerana PM Israel pernah berkata bahawa (lebih kurang la bunyinya), sekiranya Husni Mubarak turun dari kerusi pimpinan Mesir maka kedudukan Israel dalam bahaya... 

Program Bicara Aman Palestin ini dianjurkan oleh Balai Islam Kolej Kediaman Bestari, UM. BIcara Aman Palestin ini telah dipimpin oleh Ustaz Md. Nazri Md. Nor iaitu orang kuat Aman Palestin Malaysia (tak pasti pulak jawatan sebenar beliau di Aman Plestin sebagai apa, namun beliau merupakan pensyarah di Kolej Kemahiran Mara dalam bidang Pengajian Islam). Banyak ilmu dan input yang disampaikan, Semoga umat Islam akan terus kuat mempertahankan Baitul Maqdis kerana Baitul Maqdis adalah jantung Umat Islam seluruh dunia dan dikatakan Baitul Maqdis juga merupakan kunci bumi kerana Baitul Maqdis merupakan Qiblat pertama orang Islam. Sesiapa yang tidak mempercayainya akan jatuh kufur. Nauzubillah. kerana Baitul Maqdis terletak dalam kawasan Tanah Haram dan pahala bagi yang bersolat di situ adalah sebanyak 500 kali ganda. Tapi sekarang Baitul Maqdis dah dijajah oleh Yahudi laknatullah... Masih bersenang-lenangkah kita??? Lakukanlah sesuatu hatta berdoa di dalam hati dan memperjuangkan Aman Palestin Malaysia supaya apa yang kita sumbangkan sedikit sebanyak dapat membantu umat Islam di Palestin. InsyaAllah.

Okeh..berbalik kepada tajuk iaitu 12 RABIUL AWAL TARIKH UNTUK DIINGATI…Kenapa kita perlu mengingati tarikh 12 Rabiulawal??? Kerana pada tarikh tersebut telah lahirnya seorang pemimpin umat Islam yakni Muhammad bin Abdullah, Kekasih Allah. Baginda merupakan model kepada kita semua. Dari segenap segi Dari kanak-kanak sehingga kewafatan baginda ketika baginda berusia 63 tahun pada tanggal 632 M.

Baginda merupakan seorang tokoh remaja muslim semasa zaman remajanya,

Baginda merupakan seorang tokoh peniaga yang berjaya sehinggakan baginda pernah bersabda bahawa 9/10 pintu rezeki adalah dengan berniaga,

Baginda merupakan seorang tokoh bapa selain Lukmanul Hakim.

Baginda merupakan seorang tokoh suami mithali kerana baginda tidak pernah membebankan isteri-isteri baginda. Malahan baginda memasak, menjahit pakain koyak dan sebagainya.

Baginda merupakan seorang tokoh panglima perang.

Baginda merupakan seorang tokoh pemimpin hebat.

Dan banyak lagi kehebatan baginda yang harus kita contohi dan jadikan model.

Tiada lagi manusia lain yang layak dijadikan model selain daripada Junjungan Besar Rasulullah saw.


p/s :
Nak lebih banyak info pasal kerasulan Nabi Muhammad boleh cari buku, boleh surf internet. Macam-macam cara boleh buat lani, maklumat hanya dihujung jari.


SALAM MAULIDUR RASUL BUAT SEMUA UMAT ISLAM SELURUH DUNIA.

SEMOGA UMAT ISLAM DI PALESTIN TABAH DAN TERUS TABAH MENEMPUHI UJIAN-UJIAN ALLAH SWT YANG DITURUNKAN DALAM BENTUK PEPERANGAN.

SEMOGA KITA TERUS ISTIQAMAH DALAM MEMPERJUANGKAN ISLAM AGAMA YANG SYUMUL…

Sekian wassalam.

4 Pesanan:

kiera'sakura said... [Reply]

aima kami xdpt bace la entry nie.. tulisan die bertindan.. huhuhu

angah said... [Reply]

terbaik la kak..

shahjiehan said... [Reply]

terbaik!! hmm agak2 sapa la menang... hmm...

kiera'sakura said... [Reply]

alhamdulilah dh dpt bace.. =)
thanks dear...
kite x mungkin menjadi sehebat baginda ,, tp kita blh jadikan sifat baginda sbg ikutan.. insyaAllah...