Assalamualaikum semua... sahabat-sahabat pembaca sekalian pernah rasa marah dan kecewa tak??? kadang-kadang kita jadi cepat marah, kita kecewa sebab tak dapat apa yang kita nak, tapi yang sebenaqnya kita marah dan kecewa kat sapa??
Contoh macam kita beli sebiji tembikai, si penjual kata tembikai ni memang sedap, isi merah, cantik berair tapi buah tembikali tu tak elok, tak merah, tak manis, merekah dengan erti kata lain tak sedap nak makan. Apa tindakan kita???? mungkin kita akan marahkan penjual tembikai tu kerana kita menyangka penjual itu bercakap bohong sebab nak lariskan jualan dia atau mungkin kita akan pasrah dan bersyukur kerana itu rezeki yang Allah dah tuliskan pada hari itu???
Tapi kalau kita marah-marah kerana terbeli buah-buahan yang rosak macam buah tembikai tadi, kepada siapa kita tujukan rasa marah itu???
Adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu???
Cuba kita renungkan...
Si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marah itu ditujukan kepada Pencipta buah tembikai tersebut.
Kita kena ingat bahawa setiap benda di atas muka bumi ini adalah sekadar pinjaman saja. Semuanya datang dari Allah swt kerana DIALAH yang memberikan ilham. Sama juga dalam penulisan blog, buku dan sebagainya, memang manusia yang melakukan tapi ilhamnya datang dari mana???? Kalau tidak dari Allah swt..
cuba renungkan....
sekian, wassalam
3 Pesanan:
artikel yang menarik. terima kasih. ;)
ermm betul2..macam kita benci kat orang yang kita tak suka sebab fizikal dia cth budak OKU ke, sindrom down ke..kalau kita benci, maknanya kita benci PENCIPTA dia lah kan...^__^
nice !
Post a Comment