"Kami Couple, Tapi Islamic Way"

Assalamualaikum... Ni MO nak kongsi 1 kisah lagi.. Tadi terjumpa artikel ni kat FB group Srikandi Muslimah.. Jom sama-sama baca..

Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

p/s :

 yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipun untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri MO sendiri terutamanya....wallahualam

so kepada sesiapa yang bercouple tu hayatilah kisah di atas..

tak salah nak bercinta tapi biarlah cinta yang halal kerana cinta itu fitrah dan ia hadir tanpa dipinta...Siapa kita untuk menghalang rasa cinta yang diberikan oleh Sang Pencipta Rasa Cinta...

sahabat-sahabat tahu bagaimana kisah Saidina Ali dan Saidatina Fatimah bercinta??? Cinta yang sangat mulus... Cinta yang disimpan di dalam hati, dan akhirnya memang itu dinamakan jodoh mereka berdua disatukan dengan ikatan yang halal. InsyaAllah MO akan kongsikan kisah percintaan Saidina Ali dan Saidatina Fatimah lain kali..

kot-kot rajin nak baca Salahkah aku bercinta dan Rasa Cinta. 
Klik jangan tak klik

sekian, wassalam


24 Pesanan:

@mel said... [Reply]

as'salam...

MO good info..perkongsian yg baik ilmu ni...
papa khai mintak izin share kt FB papa khai yer...

thanks..

Muslimah Optimis said... [Reply]

@mel : waalaikumussalam papa khai..silakan kongsi untuk kebaikan bersama.. insyaAllah

Miz Waniey said... [Reply]

nak kongsi gak .....bleh x,.....c:

Muslimah Optimis said... [Reply]

Miz Waniey : boleh boleh.. lepas ni sapa2 nak share kat mana2 pun silakan ok.... demia kebaikan bersama...insyaAllah

Faizal said... [Reply]

salam, nak kongsi gak.

Unknown said... [Reply]

salam MO, ana nak kongsi kat blog ana yer.

T ana letak link anti. =) tq cayang ...

Hadi Rofiee said... [Reply]

Salam Mira. Bukan mahu memuji, akan tetapi menarik sekali cerita ini. Kiasannya begitu tepat & mudah difahami.

Semoga memberi pengajaran kepada semua. ;-)

Solihin Zubir said... [Reply]

xnk kapel2 dah.. nk bercinta lpas kawen.. lebih afdhal.. kan.. =)

SHAHRUL HAIRY DOT COM said... [Reply]

couple more to zina kot? zina hati,mata,tangan.. arghh.. too much dosa made from "couple"

Anonymous said... [Reply]

MO... tq share mende nie..saya pernah bercinta dlu, tapi last2 putus jgak... skang nie, da bertekad, xnk kapel2 lg da, kalo boley, nk kawen terus baru la bercinta.. :) smoga Allah membantu... amin...

AhmaD MuizZ said... [Reply]

lawak la babi ada agama....

penemuan luar biasa dari perut bumi said... [Reply]

bercinta lepas kawin lee.. baru ikut sunnah,, huhu...

http://tinyurl.com/penemuan-luarbiasa

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said... [Reply]

yeah setuju sangat...

thanks 4 the info

Anonymous said... [Reply]

salam...nk kongsi kt fb yer...

Anonymous said... [Reply]

salam..sy share citer ke fb..

Tuan Hijau said... [Reply]

sempoi la..

K O R I E said... [Reply]

SAYA PUN NAK KONGSI! THANK YEA SBB POST BENDA BGUS NI

Anonymous said... [Reply]

salam~ info yg sgt bgos..mintak share ea
tq

Muslimah Optimis said... [Reply]

kepada semua.. sharelah yang mana yang baik untuk teladan bersama dan share jugaklah yang tidak baik untuk dijadikan iktibar.. mudah2kan dalam redha Allah..ameen

Pusat Usahawan MARA Negeri Sembilan said... [Reply]

entri bagus!! syukur.. menyedarkan.. menjemput blogger semua membantu membuat hebahan blog keusahawanan kami iaitu http://pusman9.blogspot.com dan http://direktoriusahawanmara.blogspot.com ikhlas utk usahawan Muslim. terima kasih

hana said... [Reply]

sapa yg uat cite nh??\macam kenal aje sekolah tu..
=D
setiap yg haram tetap haram...

Anonymous said... [Reply]

very nice blog

dy Rahman said... [Reply]

single sampai nikah.. hehe

fRaMe+LenSeS said... [Reply]

dalam sangat.. ahahahah. .:D i like.. :D